Tuesday, November 5, 2013

Life must go on~

Assalamualaikum!

Hai kawan2,sahabat2,and silent stalker ?..hehe..sihat tak?..Lama dah tak update blog ni..banyak juga sebab2nya mengapa aku tak sentuh2 langsung blog ni untuk meluahkan rasa..yelah..untuk meluah rasa ni bukannya kat alam maya...tapi pada Allah SWT..at the first place.. :)

Sekarang ni dah dekat 2 minggu juga aku meneruskan hidup di bumi Insaniah..dan so far..alhamdulillah..semuanya ok..bertambah pula dengan ahli keluarga baru iaitu pelajar2 second batch..makin ramai..ahli2 keluarga yang berbagai latar belakang..and most of them from egypt~

Awal2 semester tiga ni aku masih mencari rentak untuk study.mood dan tempo tak sekata sekarang ni..yelah..baru berpindah asrama baru~~sedang mengadaptasikan diri...manusia kan makhluk yang cepat adapt dengan suasana baru~hoho

Perasaan aku sekarang ni pun lebih pada rasa takut untuk menghadapi clinical year~boleh ke aku tempuh tahun2 clinical year tu dengan jayanya?macam mana nak hadap patient?nak buat history taking? physical examinations?..sumpah takut.tapi hidup mesti diteruskan..ni jalan yang aku pilih,dan buat kerja separuh jalan bukanlah salah satu prinsip aku.buat kerja sampai habis ke garisan penamat. :)

Kepada bakal suami saya yang berada di luar sana, bear this in mind..antara cita-cita dan cinta..saya pilih cita-cita melebihi cinta..kerana cita-cita saya korbankan segalanya..masa,duit,tenaga dan air mata...untuk menerima dan diterima saya...awak kena terima cita-cita saya...hanya dengan itu awak akan mendapat cinta saya...harap faham,kalau tak faham jangan kejar saya.

P/S:nak sthethoscope warna merah jambu,ehem :3

Lots of Love,
fatinajwa :3



Saturday, September 28, 2013

Driving lessons

Assalamualaikum,!..hai..!

Sebenarnya aku adalah terfikir nak buang (delete) je blog aku ni,sebab rasa macam tak bawa manfaat je?..Tapi bila aku skroll and korek2 balik isi hati blog ni,ceh..banyak pulak sebab aku tak nak delete blog ni..ehem..banyak kenangan kot..rasa macam aku nampak diri aku membesar pulak bila baca balik tulisan2 aku yang merapu2 ni..sekarang matang sikit kot?

Dah lama simpan niat untuk menceritakan,atau berkongsi pengalaman tentang driving lessons yang aku jalani sepanjang 3 bulan ak duduk bercuti di rumah..mana tahu boleh jadi guide adik atau akak abang yang baru je nak ambil lesen kereta kan?

First,mula2 aku tak adalah terpikiaq sangat pun nak ambik lesen kereta..tapi atas  sebab2 tertentu aku pun menggagahkan diri untuk mengambil lesen kereta.(ceh,macam nak pergi berperang je) .Maka ayah aku pun mencari ejen2 ataupun cikgu memandu untuk aku.Nama pak cik yang ajar aku tu.Pak Cik Ali.Erm..2 minggu pertama selepas daftar tu..amat membosankan..sebab aku kena(wajib!) attend :

KURSUS PENILAIAN PEMANDU ATAU KURSUS KPP (5 JAM)

-Selama 5 jam ni,memang sakit kepala aku dengar ceramah..bukan sebab ceramah tu..tapi sebab PENceramah tu India..ok not racist..but i'm almost dizzy and fainting hear uncle ni berceramah dalam Malay...hahaha...But seriously,uncle ni punya english terbaik kot...Ah,ah,lupa nak cakap..aku dan yang lain2 wajib pakai kasut bertutup..kalau tak kena halau keluar..wahahaha..


UJIAN  BAHAGIAN 1: UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER (1 JAM)

-Yang ni..aku tak ada banyak nak cerita..buku yang diberi tu baca je lah..and faham betul2..aku dapat cukup2 makan je.. 42/50.ehem.

KURSUS PRA-L (6 JAM)

-Lebih kurang sama dengan KPP.

Lepas tu,aku pun dapatlah lesen L..Start belajar bawa kereta (8 jam minimum)..hahaha..hari pertama aku cuma bawa kereta kancil yang cute tu dalam litar aje..then..belajar side-parking~ehem..senang je side parking ni~..ceh..padahal naik sengal tangan aku menahan azab 'paut' stereng.awal2 lagi aku dah suruh pak cik Ali tukar stereng kereta tu..(ceh,demand betul aku,ingat anak raja ke hape?)

Banyak insiden yang lawak dan boleh dijadikan pengajaran untuk aku semasa belajar memandu kereta..
Insiden ni korang akan alami nanti masa belajar memandu..Then believe it or not..aku ambil ujian praktikal ni..3 kali kot baru pas!!!..dah lah ujian kali ketiga tu hujan lebat ya amat!!!..

Ujian kali pertama aku gagal dalam dua2 bahagian..sebab...bhgn 2 aku gagal dalam laluan 3 penjuru,di jalan raya..errr..aku tak sempat masuk jalan lagi dah kena halau dari kereta sebab enjin asyik mati je..arghhhh...stress!Ujian kali kedua pulak..aku gagal kat bukit dan di jalan raya pegawai JPJ tu gatal!! dan cakap aku memandu macam orang mabuk!cess!

Ujian kali ketiga..aku sakit..batuk2..hampir demam..tapi sebab dah booked,aku pergi juga..masa tu..lagi 2 minggu nak naik cuti semester..hujan lebat pagi tu..aku lepas..dua2 bahagian..yang lawak..masa kat bukit..aku tekan minyak sampai 3-4..kereta tetap kat atas bukit tak bergerak2..yang bergerak hanya tayar..memang tak fikir apa dah time tuh..nak terbang..terbang la kereta ni..minyak memang aku tekan habis..wahahaha...

Oh,lupa..aku ambil lesen di MSDC Sdn Bhd,Melaka.Jalan kat sini mencabar ok?..memang betul2 jalan tengah bandar..fuh..thrill kot.Bayaran pulak RM 850 (lesen kereta saja),tapi campur 2 kali gagal (RM 140),buat lesen (RM 60) dekat seribu juga habis untuk dapat lesen memandu ni..Alhamdulillah...aku dah dapat lesen P!!
My lucky number!

Lots Of Love
Dr to be
fatinajwa :3


Friday, September 13, 2013

Stop!

Assalamualaikum!

Lama kan dah tak update blog ni?..Aku tak bolehlah cakap aku sibuk sebabnya masa lapang aku banyak sangat2 awal2 sem ni..plus kelas sehari ada 1-2 kelas sahaja..ngee
Sebenarnya,aku dah tak tahu macam mana nak menulis dan menaip cerita2 yang best untuk korang,sebab aku rasa lately post2 aku macam boring kot~ceh..macam tak ada kesan langsung kat hati pembaca2 sekalian..hahaha...

Sekarang ni,13 September 2013,hari Jumat,pukul 10.22 pm..aku sensorang dalam bilik no 8..roomate aku balik Sungai Petani...bosannya..nak baca lecture note macam tak larat!(malas sebenarnya)..kain baju bertimbun2 lagi kat atas katil Anis (roomate aku).masih tak berlipat2...heee..dan baru je lepas membaham MAMEE Chef Tom Yam....hujan lebat je sentiasa kat Kedah Darul Aman ni...petang tadi ada taaruf dengan kakak2 HO?..errr..err...siapakah?..(aku tak pergi sebab sedap sangat tido,hujan kan?haruslah memenuhi tuntutan mata)

Kan?..bosan gila hidup aku..silap2 orang boleh kata aku ni anti-sosial ke hape ntah...forever alone.. haiya..haiya...entah apa aku membebel pun aku tak tahu..Korang pon sedap je baca ea?..hehehe
Sebenarnya dah dua minggu aku menjalani hidup sebagai seorang pelajar perubatan tahun 2...dan seriously..entah kenapa ntah aku rasa macam alone and lonely dan isolated dari orang lain..apakah?Aku bukan tak nak cakap dengan orang..tapi aku tak tahu nak cakap apa..contoh perbualan:

 Situasi 1

Kakak 1:(tengah basuh2 baju kat bilik air)
Aku       :(pandang2) dah makan?
Kakak 1:Dah (mata masih kat buih2 sabun lagi)

Situasi 2:

Kakak 2:Hai!
Aku       :(tengah iron baju) Hai!
Kakak 2:Tengah gosok baju ke?
Aku       :(dalam hati;obviously lah kan aku tengah gosok baju~hai laaa) Ha' ah..(senyum2 rabbit.)

Situasi 3:paling haru~

Girl 1:(keluar dari pintu bilik)
Aku  :Hai!(dengan tone suara ala2 merdu bak Siti sambil senyuman hingga ke telinga)
Girl 1:(buat muka toye,bagi jelingan laser ala2 sotong kurita tak makan sepuluh hari,syiuuuu..jalan selamba badak je tak peduli aku)
Aku  :(telan ayaq liuq)

 -THE END-

Then,semua manusia2 ni akan berlalu pergi..Apakah kerana muka aku ni dia orang tak nak berbual lama2 dengan aku?Muka aku macam yakuza ke?..ceh.Mungkin sebab aku ni hati kering kot?..weyh..semak kot pikir pasal ni....Kalau senyuman pon tak dibalas..sapaan pun orang buat tak endah..ade rasa macam korang halimunan tak kalau orang buat macam tuh kat kau?..plus..aku bukanlah attention seeker.

Boleh bayang tak hidup aku camna?..dah lah student kat sini sikit..isolated pulak..perghh..pergh..macam duduk kat pulau buangan penjenayah2 sedunia kot..Korang doakanlah aku terus bertahan..tak pon doakan aku boleh masuk dengan kepala2 yang seramai 18 orang kepala di sini..boleh kan?

Lots Of Love:
Dr-to-be,
fatinajwa :3


Saturday, August 10, 2013

Senyum~ senyum~

Assalamualaikum.and alhamdulillah..aku masih hidup dan diberikan peluang untuk memperbaiki diri yang masih banyak kekurangan di sana sini..Rasa memang dah lama kan aku tak update apa2 at blog ni?Reasons?
aku tak dapat ceritakan semuanya di sini..tapi cukuplah aku katakan..aku sibuk menghadapi penindasan kejam oleh orang2 yang sama agama dan bangsa sendiri...and that feel..wont wash away...and that pain that leave scar for me...will remains the same...Me?..senyum..senyum..menutup semua parut2 yang tertinggal kat hati...and from that moment i vowed..there will be NO MERCY to those who make us like this.

To my ayah and mak..there will be great ending and happiest moment that Allah had promised to those who always patient with His tests..and obstacles..in syaa Allah..thanks..for being with me..there's no words,tears or anything else that can express my feeling how greatful i am to be your daughter..

In syaa Allah..everything will going smooth and fine for next semester..wish all of you..
Happy Eid Mubarak...



Rasulullah (saw) says about the ruler who betrays the people whom he is supposed to manage: 

"Every traitor will have a flag on the Day of Judgement to identify him according to the amount of his treachery; there is no traitor of greater treachery than the leader of people" 
(Bukhari & Muslim)


Lots Of Love:
fatinajwa :3

Wednesday, June 26, 2013

Fasa 1

Assalamualaikum~hai..hai readers~
aku malas nak melepak-lepak dekat sini,tapi oleh kerana ramai pulak yang request entry baru,aku pon menggagahkan diri yang diserang penyakit kemalasan untuk memerah otak dan memaksa jari jemari ini untuk   menaip perkembangan hidup aku (kembang ke?..badan je yang kembang aku tengok~ha ha ha.)

Well,aku dah bercuti hampir sebulan sebenarnya,ke dah sebulan?haish cuti semester panjang buat aku tak tahu mengira hari~revision hanyalah dibuat di google dan internet..maaf..maaf..aku bukanlah student medic yang rajin gilanakmati..(still tak ambil pengajaran lagi dari sem lepas..ngee).tapi In Syaa Allah..aku akan cuba bermula minggu depan..ehem,aku pon ade perancangan aku sendiri.. :)

Aku dah mula ambil driving class sejak 2 minggu yang lalu,dan baru je pertama kali drive minggu lepas~Huh!
Seksa~seksa~ For some reasons,aku rasa bawak kereta tu lagi susah dari exam biostatistics aku~haha..Macam bawak bom!..But,so far..aku maintain je..tak adalah kereta tu terlompat-lompat macam kuda..hahaha.

Aku tak tahu lagi nak menaip pasal apa,idea kering~~aku dah tak sekreatif dulu untuk mengarang~(kesan-kesan pembacaan buku ilmiah yang terlampau?)..Hope all the day that i'm going through just nice to me~

Lots of Love
Dr to be,
Fatin


Thursday, May 30, 2013

Mixture Of Feeling

Assalamua'laikum and hye readers!

Sesungguhnya apa yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman semata2...tiada yang kekal..

Mulakan entry hari ni dengan sedikit peringatan..buat diri ini..dan juga sahabat2 di luar sana..Semalam,30 Mei 2013,berakhirnya exam final semester 2 bagi pelajar perubatan tahun 1 Insaniah..dan juga pada petangnya,result untuk subjek medic terus dikeluarkan..Alhamdulillah setimpal dengan usaha..

Sepanjang minggu2 peperiksaan..aku rasa semua pelajar2 perubatan merasai apa yang aku rasa dan kawan2 aku kat sini rasa..tak tidur malam..minum kopi~..buku2 yang kita study pun melambak2 tapi rasa macam banyak je lagi tak study..semua tu ada..dan yang paling best,bila time OSPE..haha..aku rasa macam aku je dok kalut2 time menjawab.

Petang tu juga..kami diberitahu bahawa dekan kami akan resign disebabkan hal2 yang memang dia tak dapat elakkan...Masa berita tu diberitahu,result baru je diumumkan.. automatik rasa gembira tu terus jadi sedih..dan aku tak tau berapa ramai yang mengalirkan air mata masa benda ni berlaku..sebab aku pun tak dapat berhenti menangis petang tu..even sekarang time menaip pun aku masih terasa kesedihannya..


Aku bukanlah pelajar yang menarik perhatian,ataupun on the spotlight dalam kelas seramai 23 orang tu..tapi pada aku,Prof Nasa amat2 mengambil berat tentang student2..dan dia tak pernah berat sebelah..kadang2 tu aku dikejutkan dengan soalan2 bom..haha..tiba2 je blur bila ditanya..tdan pada aku dia adalah seorang pengajar yang tak ada gantinya..sobs.. :')

Dan satu pesannya pada petang tu. "Awak kena study balik subjek2 tahun 1 time cuti 3 bulan ni,ada Professional Exam nanti"..

Moga kita berjumpa lagi di masa akan datang Prof..In syaa Allah..

Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..

Lots Of Love,
Dr-to-be,
Dr Fatin.







Saturday, April 13, 2013

The Unexplained



Aku tak tahu sama ada korang akan faham ke tak apa yang bakal aku ceritakan sekejap lagi.Sebabnya?Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni.Marah,kecewa,sedih,rasa tak guna,benci,dan rasa diri dipergunakan semuanya bercampur jadi satu.And somehow,i felt abandoned.Aku tak paksa korang baca,atau memahami apa situasi yang sedang terjadi kat aku.aku Cuma perlu,luahkan saja apa yang terbuku kat hati aku ni.

The story begin:
Memang aku dari kecik tak ada kawan baik.Reasons?.I don’t know.Aku cuba jadi budak nakal untuk dapat kawan baik time budak2 dulu,tapi FAIL.Then,aku start nak dapatkan kedudukan top kat kelas,kawan baik?langsung TAK ADA.Semuanya mempergunakan aku .Tiru homework,tiru time exam,ada yang baik sikit minta tunjuk ajar (tak apa,aku anggap tolong orang kot.) hasil?..Still,i have no best friends.Reasons?..Akhirnya aku fed-up cari kawan baik.Jenis kawan yang aku ada hanyalah kawan sekelas,kawan sebilik,dan kawan gunaan (friends 4 benefit).

Sampai aku kat matriks,aku dipertemukan dengan tiga orang hamba Allah.Syud,Mas,Maru~Entah macam mana aku boleh terlekat dengan dyeorang,aku lupa.But it takes whole 6 months (one semester) to get closed with them.Aku tak tahu apa yang aku rasa masa lepak sama2 dengan dyeorang,cabut lari dari larian 1Malaysia sama2,makan sama2,nangis sama2,ntah pape lagi ntah yang aku dengan dyeorang buat sama2,still aku tak tahu..what its means.Sampai satu tahap,one of them..leads me to my dream..and i will never forget that,for the rest of my life.

26 April,genap setahun kami berpisah.Memang aku jarang sangat contact dyeorang...Tapi aku rindu.Aku tak malu nak cakap aku rindu kat mereka bertiga.Memang aku tak jumpa lagi kawan2 macam dyeorang kat sini,tempat aku belajar sekarang.(tears)

Kehidupan aku kat sini,aku tak cuba cari kawan baik.Dan dengan izin Allah,dia jadi seorang sahabat baik untuk saya.Memang setiap hari aku tak pernah berhenti mengucapkan rasa syukur kepada Allah,kerana menggerakkan hati dia untuk menjadi seorang sahabat.But lately,i don’t know if it sounds childish..i think she abandoned me..memang dia tak luahkan dengan kata2,tapi dia zahirkan dengan perbuatan..makin hari,makin tercalar..makin sakit..

Aku cuba tidak mempedulikan semuanya,tapi sampai bila?..Aku cuma berharap dia akan gembira dengan sesiapa sahaja yang dia bersahabat..Aku cuma sayangkan persahabatan kami dulu...Diri aku?..At least,aku ada mak dan ayah merangkap kawan terbaik yang aku pernah ada di dunia.. J

Lots Of Love,
fatinajwa :3

Wednesday, March 20, 2013

Selangkah~


Salaymualaykum and hye readers!

Muzik latar ketika entry ini ditulis~
-fullhouse OST-Why- Venue:Bilik No 2,sambil minum2 air Kacip Fatimah~=,=’malas betul nak buat susu~
LANGIT STARGATE
Perkara yang paling senang berubah adalah hati manusia.Tiba2 je quote,ehehe..Sebenarnya,aku dah fed up hadap buku Pak Cik Netter,dan anatomy..So untuk mengelakkan burn out dalam kepala aku ni,aku decide nak tulis entry merapu2 dalam blog ini.

2 minggu sejak berumur 20 tahun ni,bukan tempoh yang mudah buat aku~sakit memanjang,adakah simptom2 penuaan?..dan baru2 ni aku tak dapat berjalan dengan betul pun,gara2 popliteal fossa yang dijangkiti virus~dan dah 2 kali jugak dalam tempoh 2 minggu aku berulang alik ke klinik.Sesungguhnya,hal ini amat mencabar ketahanan,iman,emosi,fizikal dan dompet aku!..Kenapa aku merungut?..No,tu bukan point aku kat sini.

Sepanjang aku sakit,aku amat berbangga pada jasad yang dipinjamkan Allah ini yang masih setia melangkah ke kelas dengan terdengkot2,tanpa jemu dan gagal(walaupun selalu jugak tertidur)..dan bakal mengharungi practical exam hari ni..(thanks to Dr Sarah and Dr Dante for their concern)...The Reasons?

Kenapa aku kuat melangkah ke kelas?..walaupun markah minitest aku ke laut~walaupun sakit je memanjang,walaupun selalu tertido dalam kelas,walaupun kadang2 malas bangun tidur?..This is the reasons:

1-Aku sedar aku ni siapa,niat aku ke sini kerana apa,dan apa yang aku korbankan untuk berada di sini..dan itu semua,memang mahal harganya nak ditukarkan dengan sehari dua cuti.

2.Aku percaya,setiap langkah aku ke kelas Allah dah janjikan pahala...sebab aku adalah antara umat2 Rasulullah SAW yang sedang berjihad menuntut ilmu...dan memang aku sedang mengumpul pahala..aku hamba Alah yang banyak dosa..

3.Aku dikelilingi oleh ramai orang2 yang prihatin..Allah je tahu,betapa aku rasa bersyukur dengan kehadiran mereka2 di sini..kawan2,lecturer2..yang sentiasa memimpin aku kalau aku terjatuh...

4.Ini ujian buat aku..makin Allah sayang hambanya..makin banyak ujian yang diberikan untuk menguji iman hambanya..aku selalu lekatkan reminder ni dalam hati dan otak aku..

5.Bila aku dah pilih sesuatu jalan..aku akan habiskan sehabis baik..dan biasanya..jalan yang aku pilih memang akan penuh dengan cabaran...dan memang aku akan siapkan diri aku untuk menghadapi semua ni.

6.Doa mak ayah..sebab mereka..aku di sini..dan aku tak akan sia-siakan harapan dyeorang..dyeorang hantar aku kat sini bukan nak tengok aku terbongkang je atas katil kan?..Aku tak mampu lagi nak bagi sumbangan apa2 kat mak ayah aku..at least ini yang aku boleh buat...

Lots Of Love,
Dr-to-be
fatinajwa:3

Saturday, March 9, 2013

Dua Dekad~


Salaymualaykum n hye readers~
Hai~petang2 macam ni,tengah study public health (minitest esok)..buka lagu2 lagha~then tiba2 lagu Astrid muncul~huk alah,ntah mana ntah datang lagu ni~bukan aku dah delete dari playlist aku ke?..then tetiba idea nak menulis pun tiba~jeng..jeng..then i realize i can hear this song without crying again..fuhh..

Btw,pada 8 Mac yang lalu..genaplah umur si penulis blog ini 20 puluh tahun..ehem~..Thanks a lot pada kawan2 yang wishes,yang bagi hadiah,bagi mesej,tak ketinggalan sanggup menyanyi memalam buta walaupun sakit2..haha.Amoi~..kau tak lupa ye birthday aku...thx..pada Anis..orang pertama yang wish happy birthday..thx...crying~~ sob..sob..(feeling lebih,soundtrack Titanic pulak keluar time nie)..Puteri dan Farah..thx for the sweetest cards..nanti saya simpan dalam diari~haha..

Tiba2~
And at the same day,aku demam...atoiyai...Apakah ini tanda-tanda penuaan?..Apa salahku~haha..kenapalah soundtrack petang2 ni tangkap cintan je.. =,=’..Sebenarnya tujuan aku tulis entry ni..Cuma nak kongsi ceritera aku selepas menjadi single~tu dia..punyalah panjang pendahuluan,baru jump into isi~

Dah sebulan lebih aku hidup sebagai orang single~tiga perkataan boleh describe hidup aku sekarang ni..freedom,friendship,lonely...Somehow,bila aku dah single,aku rasa bebas..bebas dari fikirkan dia..bebas dari rasa risau tak bertempat,bebas nak buat apa2...Kenapa bila aku single,friendship tu jadi salah satu life aku?..well..aku dapat rasakan akhir2 ni hubungan aku dengan kawan2 makin baik..well..nak buat camna kan?.time aku bercouple dulu..aku sedar aku memang banyak terperangkap dengan siri2 perselisihan faham yang tak sepatutnya aku terlibat..tapi sekarang ni aku lebih sabar?keep silent?..ambil sikap berkecuali?..ntah aku tak tahu...

Lonely?..yes..i’m admit it..hidup aku lonely...fone aku sunyi..and memang dah tak ada lagi orang yang akan dengar aku membebel pasal benda bukan2..dulu pasal nak kucing tergolek pon aku ley citer at dia..pasal gosip2 kelas..bilik bersepah,berapa ekor lipas jumpa time kemas bilik,makan nasi goreng terlebih pedas then tercirit-birit~haha..sekarang..aku dah tak ada sesiapa..nak dengar aku menceceh pasal bukan2 lagi...i mean (yes my parents memang adelah dengar aku ni membebel,tapi takkanlah semuanya..nanti dyeorang pening~ @_@)..aku rindu..bukan pada dia..kenangan..somehow..pasal ni lah..aku jadi passive dengan guys sekarang...aku jadi takut..kalau benda yang sama jadi lagi kat aku...

SO,I DECIDED TO FOCUS ON MY STUDY...sorry..mr love..i really dun want you now...juz..if u really want i accept your love...keep waiting for me..or..u can move on..search for another girl..I’m sorry..i’m not ready now..



Lots Of Love
Dr-to-be
FatinajwaJ

Friday, March 1, 2013

Summary of Mid Sem Break~

Salaymalaykum n  hye readers! ins syaa Allah..comel2 dan soleh serta solehah semuanya..Amin..

Pelik kan?..time aku tak cuti,banyak pulak post aku..time cuti ni..sepatah habuk pon tak berupdate2 blog ni..Mana tak nya..asyik makan dan tido je~..tengok tv dan aktiviti2 seangkatan dengannya..muehehehe..
Btw...nak kata aku belajar memasak pon,hanyalah 2 hidangan je aku sempat masak sepanjang minggu ni iaitu Kek Batik dan Bubur Jagung Bersagu~~(seyes malas anak dara sorang nieh,isy3~)

Aww!..comelnye awk!
Alhamdulillah,aku sempat buat portfolio...ngee..dan dapat habiskan masa yang amat banyak dengan family terchenta..dan..inilah cuti sem pertama selepas aku menjadi single.Yup,hidup aku kembai kepada seperti hidup orang yang betul2 bujang~Duit top-up aku langsung tak luak,hampir sebulan barulah habis top-up RM5 aku tuh~dan sunyi sepi fone aku,sampai fone jatuh bawah katil berhari-hari boleh je buat tak kisah~


Motif?


Lelaki lain?..Aku betul2 tak bersedia nak terima lelaki lain dalam hidup~walapun ada je yg approach..sama ada di luar sedar aku,ataupun di bawah sedar aku..(my mom said there's two guys love u in silent~i'm know)..konpius aku~lantaklah...malas nak amek tawu..but people says,mother's instinct its always right..Cuma sekarang ni tiba2 aku terfikir tentang mixed family...kadang2 aku terfikir jugak,maybe sebab aku selalu clashed dengan lelaki Melayu Islam adalah disebabkan aku memang tak boleh masuk dengan lelaki Melayu yang ego?..oppss..sorry..cuma mainan minda aku je..

Forever~
Dan sekarang aku amat addicted dengan Breaking Dawn Part 2..masuk hari ni,dah 3 kali aku tengok tanpa jemu..bring tears when i first watched this movie~~well..kisah cinta aku membesar bersama-sama cerita ni kot..dan lagu A Thousand Years versi 2 memang menusuk memori betul la~~wuuuuu.dan pasal cerita ni aku teraddicted dengan warna purple (reason?..wisteria flower tuuu cantik sangat!)
Cantik kan?



The day we met
Frozen I held my breath
Right from the start
I knew it I found a home for my Heart~

miahahahaha~

Dan hari ni aku akan berangkat ke Kedah Darul Aman..Lately,macam2 khabar angin yang buruk keluar kat media massa pasal universiti aku dan course yang aku ambil..Ya Allah..kenapalah...orang2 ni busuk hati sangat....

Doakan saya selamat sampai!

Lots Of Love :
Dr-to-be
fatinajwa :3



Wednesday, February 6, 2013

Segmen kesihatan dan anda~~


Salaymualaykum and welcome to my tiny and messy blog..but in syaa Allah..will be informative to you..(at least today)..ngee

Aku rasa sebagai seorang medical student and in syaa Allah will be a doctor 4 years later,aku bertanggungjawab untuk share maklumat,opinion,dan nasihat lagi2 dalam bidang kesihatan .So,hari ni meh sini meh,terutamanya ladies,nak story sikit pasal kesihatan dan penjagaan tulang,dalam bahasa yang mudah.Why ladies?..sebab ladies selalunya berisiko untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan tulang.Contoh?osteoporosis,osteoarthritis,scoliosis,dan lain-lain.

First nak tunjuk graph bone density mass (BDM) dan sila tumpukan pada garis merah (wanita):



See?..pembentukan tulang dan pengumpulan kalsium tu,naik mendadak dan dan mencapai nilai maksimum bila berumur 20 tahun.Yup,20 tahun...masa ni tulang anda mengalami tempoh consolidation,dlm bahasa mudah,tulang akan mengumpul segala bahan,terutamanya calcium untuk menjadi solid.seolah2 tulang menjadi store untuk calcium..yep..then gradually,BDM menurun...decline..sebab digunakan...sama je proses lelaki dan wanita,tapi storage calcium untuk wanita sikit berbanding lelaki..dan menurun dengan banyaknya..this is due to pregnancy,menyusukan anak..dll.sebab tu lah wanita tend to get osteoporosis compared to men.

Macam mana nak elak ataupun kurangkan risiko untuk terkena penyakit ni?

Jangan nak mengada2 lompat2 macam ni selalu~sekali2 xpe
First,girls...yang dah mencecah 20 tahun ataupun yang masih belasan tahun,sila makan/minum sumber calcium dengan banyaknya..Contoh?..susu..tak kiralah susu jenis apa,but aku sarankan Anlene.janganlah korang tibai susu pekat manis,sesungguhnya kandungan susu pekat manis hanyalah GULA semata2~~.cheese(jangan ambil banyak sangat,takut masalah lain pula timbul,hihi),dan lain2..
Second,pada girls yang memang suka sports..tolonglah elak vigorous aerobics yang memang ada adegan2 lompat melompat,(tak kisahlahlah lompat bintang ke,lompat kijang)..sebab,semua ni akan lead to osteoarthritis...yep,hyaline cartilage(anggaplah macam satu selaput,ataupun sponge yang melapik pertemuan tulang kaki anda..yakni femur,tibia dan fibula)..akan haus..tak boleh bayang lagi?..meh aku bagi gambar~
Nampak tak hyaline cartilage yg putih2 tu terhakis?


























Alah,banyak je lagi aktiviti sukan yang korang boleh buat,Contoh?..cycling,brisk walking,tennis,swimming..err...rasanya tak payahlah kot aku nak cakap satu2..korang lagi arif dan bijaksana...

Pesanan ringkas,tolonglah jaga kesihatan tulang anda...aku tak main2 bila buat entry ni..ramai je orang di sekeliling aku menderita sakit (osteoporosis/osteoarthritis)..tak lepas dari Tok Ning dan Mak Wan aku,cikgu2 aku,dan even doktor2 yang aku kenal ....sampai satu tahap,pembedahan terpaksa dilakukan..pain killer tak jalan dah nak legakan sakit~

So, apa lagi?..Jadikan susu sebagai minuman wajib anda...jangan nak mengada2 melompat2 tak tentu arah...dan pada mereka yang melepasi umur 20 tahun tu,janganlah nak putus asa ataupun menarik nafas lega sebab tak payah minum susu..(aku tahu some people memang tak suka susu)...minumlah jugak..sebab reabsorption(penyerapan semula) calcium tu tetap ada,Cuma tak semaksimum ketika anda berumur 20 tahun.

Ada versi air kotak~ehem,aku minum dua2,susu tepung dan kotak.


P/S:Tengah buat practical sheet,boleh pulak membebel kat sini..hihi..btw,I’m 20 this year!And I’m already started to drink Anlene almost every single day~~wahai tulang,serap semua calcium yang aku minum ni..yaaaaa...Fighting!

Lots Of Love,
Dr-to-be,
Fatinajwa :3



Sunday, January 20, 2013

Dresscode~



Salaymualaykum and hye readers!

Sepanjang 3 hari bercuti ni~(weekend plus cuti umum untuk rakyat Kedah),tak ada pun apa2 yang berlaku..so,tak ada la hot stories or cerita2 air mata kat sini,~~hew3..Tapi setelah berhempas pulas memerah otak untuk menulis di blog ini,dapatlah idea untuk menaip.Ehem,majorly all about fashion.Actually bukanlah pasal fashion pun sangat,lebih pada revolusi fesyen aku dari kecik sampai umur 20-an ni~tettt..isu umur amat sensitive di sini..hohoho.

Fikir~~fikir~~


Let’s start the journey~!

1.Kanak-kanak
Sepanjang aku bergelar kanak2 ribena,range umur 4 sampai 10 tahun~uniform rasmi aku bila kat rumah ataupun luar rumah hanyalah seluar panjang dengan t-shirt gedoboh.Rambut pendek macam Maruko-chan...well,aku tomboy dulu bro~mana main pakai skirt2 kembang,riben2 ikat rambut bagai ni..nanti geng gelaklah beb~Kat sekolah je aku berbaju kurung plus tudung putih~ngeh3.

macam nilah kot,but without skirt~~aku pakai seluar~!

2.Alam remaja
Zaman muda2~~
Serabai2~~~
Bagi aku,umur remaja aku start di usia awal since 11 tahun sampai~19 tahun..Masa umur 11 tahun sampai 17 tahun ni,ak dah start feminine sikit..taklah bermaksud aku pakai skirt kembang pada waktu ni,Cuma aku dah start pakai tudung,wajib dah kot tutup aurat.Selalunya,uniform aku bila kat luar rumah,seluar track atau slack hitam dengan baju t lengan panjang plus tudung bawal.Masa ni aku tak aware lagi pasal stongan (sarung tangan/lengan) dan stoking.Tudung pon sipi2 je tutup dada...~~~dan jubah bagi aku pada masa ni memang luar alam nak jadi dresscode aku.~hew3

3.Alam matriks
Pernah je pakai shawl macam ni~kena kat Hana Tajima lawalah~kat aku??wahahaha
Versi aku~~
Selalulah pakai baju kurung~dengan tudung Incik bawal lagi...Dan masa ni tengah meletoppp fesyen pashy(pashmina),shawl,Hana Tajima,dll.Sadly to say,aku pon tak ketinggalan ikut pakai fesyen2 ni semua.Still tak aware lagi pasal stongan,Cuma aku dah start pakai stoking~..Bila kat luar,aku masih pakai seluar track atau slack with tshirt.Dan akhir2 matriks,aku mula pakai tudung labuh sedikit (tutup dada) dan konsisten pakai stongan dan stoking.(thanks to Syud.. )

4.Alam university
Masa kat matriks,aku selalu berangan2 nak bebas berfesyen bila masuk alam U..tapi~~~akhirnya aku terdampar di bumi Insaniah ni.Alhamdulillah,aku masih berbaju kurung dan mula memakai jubah (jubah yang dulunya tak termasuk pon dalam list baju aku..ngeh3)..Aku mula mengenal tudung Akel,tudung bulat (budak demok cakap tudung cendawan),dan segala jenis tudung bidang 60..Well,tak bermaksud aku meninggalkan pashy aku,sebab aku masih lagi setia dengan pashy bila aku rajin nak pakai lenses..hahaha..reason?..boleh je kalau nak cover chest bila pakai pashy ni,sebab kainnya tebal dan lebar serta panjang~~aku rasa lagi selamat pakai pashy dari tudung bulat coz pashy tak terbang ditiup angin~~so selamatlah korang~~hee
Aku setia dengan pashy~~


Uniform kat luar aku,whether jubah (mostly hitam) ataupun seluar palazzo/skirt kembang+blouse labuh with pashy or akel..see,Nampak skirt tak kat situ?..Finally aku jadi feminine jugak~

Hope it will last~Amin...

THE END

Kenapa aku cerita pasal dresscode aku?Sebenarnya kan,aku Cuma nak tekankan pasal perubahan berpakaian aku..dari tudung bidang 45 sampai jadi 60,dari tak ada stongan & stoking sampai ada..Mungkin pada korang,that’s mean nothing at all..Tapi pada aku..itu perubahan yang sedikit tetapi membawa makna yang besar pada aku..dan memberi seribu satu kesyukuran pada aku..Just imagine gradually,dresscode aku bukannya bertukar macam cerita di atas,tapi bertukar dari bertudung ke freehair??Nauzubillah..

Berpakaian menutup aurat ni,tuntutan agama Islam..perintah Allah..seseorang itu tidak perlu menjadi alim atau menghafal 30 juzuk al-Quran untuk memakai tudung yang menutup dada...ataupun untuk memakai jubah..sebab itu tanggungjawab setiap insan yang mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah..Aku pun masih belajar untuk menjadi hambaNya yang baik..aku masih lagi bertatih-tatih untuk menghafal surah2..masih merangkak2 lagi untuk mendirikan solat2 sunat,kadang2 masih leka mendengar lagu2 yang lagha..dan lidah aku terlalai untuk mengucapkan zikrullah....tetapi aku gagahkan juga untuk menyarung pakaian mengikut syariat Islam...sebagai salah satu usaha untuk mencapai Jannah..In syaa Allah...

DALAM MEMBUAT IBADAH,KADANG-KADANG PERLU HIPOKRIT SEMENTARA AGAR SELEPASNYA AKAN MENJADI KEBIASAAN DAN KERELAAN...

Lots Of Love.
Dr-to-be,

Fatinajwa :3

Monday, January 14, 2013

Resipi Bergedil Ayam~

Macam ni lah rupanya nanti-Ihsan En Google

Salaymualaykum n hye readers!
Nak share resipi bergedil ayam requested by Cik Demok~hew3
Btw,Aku tak tahu portionnya macam mana,kalau buat tu agak2 je la~~

Bahan-bahan:
Dada ayam
Kentang 3 biji
Lada sulah atau black pepper
Daun sup
Garam
Telur(asingkan kuning telur dengan putih telur.)

Cara2~
1.Dada ayam direbus dan di kisar(blend)
2.Kentang dipotong bentuk wedges dan digoreng.
3.Tumbuk kentang yang digoreng tadi.
4.Gaul kentang lenyek tadi dengan dada ayam.
5.Masukkan lada sulah/black pepper,daun sup yg dicincang,garam secukupnya,kuning telur dan gaul rata~
6.Bentukkan adunan tadi bulat2.
7.Celup adunan yang dibuat2 tadi ke dalam putih telur
8.Selepas itu,goreng adunan tadi dalam minyak yang cukup panas hingga menjadi kuning keemasan.

Selamat Mencuba!

Lots Of Love
Dr-to-be
fatinajwa:3





Saturday, January 12, 2013

Kebuluran~


Salaymualaykum and hye readers!

Ini entri sedih~tak sedih mana pon~

Aku rasa blog aku ni dah macam kena bom dah kot.haha..tiga post sekali dalam satu hari~~semua ni ditulis dalam masa sehari~~of course la pada hari weekend aku..kalau nak harap hari Ahad aku dok menaip pasal benda2 ni memang tak la kan~

Just wanna give u olls a situation~

Korang tinggal dalam satu rumah,and then bila tiba waktu makan korang tak diajak langsung hatta ajak2 ayam.

Then,ada satu group tengah berbual2 but bila kau datang group tu tetiba senyap..krik2 bunyik cengkerik je dengar.

Tiba-tiba ada kawan baik korang datang,bawakkan makanan..dari rumah..sebab dia kata..hati dia tergerak nak bawak kan makanan untuk korang..dan dia dapat rasa something wrong happen kat korang sepanjang dia tak ada kat rumah...sobs~

Pernah tak korang hadap benda2 ni?.Annoying right?.Sampai satu tahap tu,korang rasa sayu-sesayu sayunya..Kalau aku bab makan lah..Sedih kot..Dengan keadaan yang memang lapar..orang memasak then makan macam tu je tanpa intention nak ajak korang...

Agak2nya,macam ni la kot sardin yang dyeorang masak~sigh~
Terharu plus sedih time aku tahu ada jugak orang ingat yang aku tak makan..huwaaa..Allah..memang selalu dengar doa hamba2 Nya yang teraniaya..

Memanglah kan..benda ni kecik..memang kecik..tapi berbekas jugak kat hati kita...Aku..memang jenis manusia yang susah lupa apa yang orang buat kat aku..Aku tak salahkan orang yang buat aku macam ni,maybe orang2 berkenaan ada terasa hati kat aku ke,tu aku tak tahulah..kadang2 apa yang kita buat ni kita tak sedar sama ada menyakiti hati orang ke tidak.Kalau korang nak salahkan aku sebab muka aku yang garang ni,t memang aku tak boleh buat apa2,dah Allah bagi muka aku macam ni,tak kan lah aku nak buat plastic surgery semata2 nak ambil hati korang.eh,g mam*** la nak wat camtu wey~

Tapi syukur Alhamdulillah juga..aku boleh lagi meneguk air,makan biskut kering,kunyah2 kacang dalam bilik ni walaupun tak dapat makan nasik...compared to orang2 Islam di Gaza yang susah nak makan dan minum di negara mereka sendiri...

Kesimpulannya,marilah kita sama2 makan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan.ngeh3.

Lots of Love:

Dr-to-be
Fatinajwa:3

Kenapa saya pilih untuk menjadi doctor?


Salaymualaykum n hye readers!

Ini entri klise:

Dah baca tajuk kan?So,let’s straight to the point tak payah nak round-a-bout sangat lah kan~tehee.

Camana boleh timbul nak buat entri pasal ni?Sebab sesi mentor mentee aku dah tiga kali bincang pasal ni~sigh..naik muak pulak.Tapi muak2 pon,pung pang pung pang aku goreng cerita dengan Dr Mary Jane dan Miss Fai.haha..Nak buat camana kan,dah aku selalu dapat last turn nak cakap,obviouslylah,masa2 terluang tuh aku penuhi degan cerita yang ntahkonon2nya inspired orang lah kan,padahal~~~

Kenapa aku pilih bidang ni?.Ini jalan cerita aku...

Sejak kecik lagi,my mak and ayah trained aku supaya cepat membaca dan menulis.I think i can read a book at 4.Yep,due to my parents training~~Garang kot mak ayah aku time tu,rotan memang tak pernah lepas,hanger selalu jugak aku rasa..sakit wooo..Tali pinggang pon pernah..well,Nampak macam penderaan je,tapi aku rasa kalau parents aku tak buat macam tuh..tak jadi orang aku nieh..aku nakallllll!hahahaha.

Then,mula la pasang impian nak jadi doctor haiwan,sebab aku suka sangat  binatang(sampai peringkat membunuh,errr..err..tak sanggup nak cerita).So,cita2 tu berterusan sampailah umur aku 11 tahun.Aku telah di diagnosiskan sebagai pesakit Idiopathic Adolscene Scoliosis,di mana tulang belakang aku membengkok tanpa diketahui sebab2nya~~Bermulalah bab baru dalam hidup aku dimana hampir separuh usia remaja aku tidak dapat dipisahkan dengan hospital...Bila operation tu dijalankan pada 12 Januari 2006,oleh Dr Kamal,eventhough time tu dia sedang bercuti raya korban..That is when i think the doctor is like WOW!..he’s keeping his promises.

This was change my whole perspective of life~
Maka bermulalah misi untuk memburu cita2...I tried so  hard during high school,i did my best to achieve it,until i sacrifice my high school time..hahaha..what i meant is...yer memanglah aku ni pelajar kesayangan sekolah,but aku rasa aku fail untuk membentuk bond dalam kalangan kawan2 aku,kecuali beberapa orang.I triggered my first bullet to achieved my target which is during PMR,got 8 A’s..yup..Pure Science,here i came~~But big turn around after SPM,where my bullet missed the target.

Memang masa tu aku rasa akulah manusia paling tak guna kat dunia,padahal ada je orang yang double triple teruk dari aku.Nak dipendekkan cerita..this is where I belong now,Insaniah Medical School.Yep,I barely put myself here,but i did it,because I believe..We write our own script of life with,Allah permission.We choose what we wanna to be..yet still with Allah permission..

BIla dah masuk bidang ni,intention aku atau niat aku untuk jadi doctor ni berubah..dulu honestly speaking aku nak jadi doctor sebab aku rasa bila orang tengok doctor ada aura WOW kat situ,doctor banyak gaji,doctor Nampak cool pakai jubah putih,betapa tak matangnya aku~~sigh

Aku tak secantik ni pon~gambar ihsan Pak cik  Google~~
Sekarang,aku tahu...bila jadi doctor..tanggungjawab besar dipikul di bahu..sebab..with great power,there’s great responsibility..orang akan menggantung harapan kat doctor untuk merawat pesakit...hidup mati di tangan Allah..tapi kehadiran. doctor sebagai usaha untuk menyelamatkan pesakit..

P/S:Promote for intake September..For who those interested in medical field..wants to become medical students..please..u are welcome to Insaniah Medical College..There is no such requirements for being a doctor u should get 4 flat or genius like Einstein...the important essence in it..just passion and of course..with the help from Allah.
 Dah ada junior to be datang for interview hari ni~~

Dr to be.
Fatinajwa:3


5 tips untuk mengatasi orang2 jerk di sekeliling kita


Ini entri panjang:
Salaymualaykum n hye readers!
Hai gadis2 solehah dan jejaka2 yang soleh di luar sana,in syaa Allah..
Lama kan saya tak mengupdate benda2 yang berfaedah di sini?..Asyik2 mengutuk orang,kejap2 membebel2 ntah hape2,lepas tu gaduh..huh! Bosan la,bukan korang je meluat dengan haku2 sekali meluat..pfft.

Cuma nak membincangkan dan berkongsi cerita pasal proverb ni ‘what goes around,come around’.ehem,ayat nak carik gaduh jer..kannn..ye la,memang berkait,sangkut,bersimpul bagai dalam hidup manusia,tak terkecuali aku,si insan yang memang tak sempurna serba serbi.

Somehow,bila aku ‘terkena’ or ‘tersakiti’ oleh orang2 yang obviously lah kan memang jerk dan talak guna itu olang,aku terfikir pasal proverb ni,hati aku dari gundah gulana jadi tenang dan gembira.ngeh3..sebab apa,aku pikir one day,u will feel what i feel,then suffer like i suffer.Kejam kan?..but,itulah hidup..sebab tu memang janji Nya..Dosa dan amal..walau sebesar zarah akan dibalas juga..cepat atau lambat je bezanya.Barulah adil.So,orang2 yang memang selalu kat atas roda tu,janganlah nak over the top sangat pon,satu hari korang akan jatuh  dilenyek2 roda kalau tak beringat.Sekadar nasihat,nak ikut tak ikut suka hati kaulah bedah oiii~~

Panjang plak intronya,sebenarnya aku nak bagi 5 tips macam mana nak manage orang2 yang suka sangat carik pasal dengan kita:

First:Istighfar banyak2,lepas dah tenang sikit..confront la orang tu,dapatkan penjelasan dia.

Second:Buat dono je..Buatlah dia tak wujud kat dunia korang..Haha,in my case,ak memang buat dono jer lah.

Third:Involve dengan kawan2 lain.Eleh,bukan dia sorang je manusia dalam dunia ni.Kat Padang Mahsyar nanti sorang2 jugak.

Fourth:Lepaskan je.Apa yang berbuku2 kat hati sembur je terus macam kuah pasembor.wahahaha.Ok,ni pada sesiapa yg memang jenis tak boleh tahan lama2 lah.

Fifth:Doa supaya Allah lembutkan hati dia untuk menerima kita..Aku rasa ni jalan terbaik..ngee..Honestly,i’ll do the same..everyday..Satu lagi aku buat,baca al-Fatihah..sebut nama dia(orang2 berkenaan),mohon supaya Allah lembutkan hati dia...jangan la asyik carik pasal je dengan aku..Hope that working.. J

Berharap sangat lepas ni tak ada gaduh2.Aku penat la wey tiap2 minggu ada je orang cari pasal dengan aku.Tarik mukalah,giliran mesin basuh lah(last2 aku hantau je dobi,lantaklah duit aku,malas nak gaduh2 pasal giliran mesin basuh..pffft),macam2 lagilah benda remeh temeh yang menyesakkan kepala otak aku nie.Sebab tu sekarang aku barely tengok muka orang tepat2,malas la wey nak tengok muka cemberut korang yang macam takpuashati dan ntahapehape kat aku.Korang ingat lawa sangat ke muka korang bila jeling2 sotong dan muncung2 itik kat aku?pfft.==’(luckily ada my besties Nina and  Anis),and aku rasa better aku duduk terperuk kat bilik aku yang dah macam gua nie,(suka hati korang lah wey,nak cakap aku ni tak sosial ke,dari so-sial macam korang kan,baik aku dok je bilik aku senyap2,kunyah2 pistachio layan running man lagi bagus)..ayat pedih kannn..tapi aku tak rasa la orang2 berkenaan ni baca blog aku,sedangkan fb pon aku dah block~kekekeke.

Ingat lawa sangat lah muka macam ni? =,='


Kesimpulannya:see,aku seriously dah jadi betul2 macam Fatin yang dulu.hati batu,pluss kering.Jadi tak peduli pada perasaan orang.Sebelum ni aku asyik jaga perasaan orang,orang bagi TAIK kat aku balik.Baik aku jaga perasaan aku,dan nyahkan jauh2 orang2 tak guna ni.

Lots Of Love:
Dr-to-be
Fatinajwa:3