Sunday, May 15, 2016

Mak :)

Assalamualaikum and hi readers!

Selamat Hari Ibu kepada ibuku..Puan Rosita…Sesungguhnya entry ini aku khaskan untuk mak yang jauh di mata pada saat ini..Aku rasa dalam blog ni sahaja banyak juga entry tentang mak aku.Cumanya hari ni bila tengok post di FB,IG dan lain2 tentang ibu..tiba-tiba aku tergerak untuk menulis entry ni sebab satu demi satu kenangan terpancar dalam fikiran aku tadi.

Aku bukanlah kanak-kanak perempuan tipikal yang suka main pondok-pondok ataupun masak-masak.Yep,dengan baju t oversized gambar power rangers,seluar track dan potongan rambut ala-ala helmet,I don’t look like a girl at all.Aku memang nakal dan aku tak tahu macam mana mak aku boleh handle aku,sebab bila aku pikir2 balik aku pun tak sanggup nak handle kalau anak2 aku nanti perangai macam aku masa kecik.Harapan aku moga2 anak2 aku nanti baik2 semuanya.Hahahaha.

Jadual aku masa kanak-kanak adalah bermain,makan,tido dannnn belajar (oh silap,diajar sebenarnya).Mak aku bertanggungjawab mengajar aku ABC,123,bahasa jawi,jurus2 matematik asas, dan juga mengaji al-Quran.Seriously speaking,aku memang di didik dengan rotan.Mak aku garang! Hahaha.

Tapi,I cant blame her.Aku digolongkan sebagai anak kecil yang nakal.Curi ayam atas para,bermain lumpur di lopak lepas hujan,balas dendam koyakkan baju sebab tak dapat pergi kedai dan lain-lain.Mak mana yang tak naik darah?.But I’m always adore her.

Masa aku umur 4 tahun,aku dihantar ke tadika KEMAS (masa ni KEMAS still pakai baju kotak2 merah).Mak mandikan aku,pakaikan baju gaun (betapa aku tak suka pakai gaun masa tu),sandangkan beg sailormoon ungu kat belakang aku dan hantar aku pergi ke tadika naik motor.Mula2 aku excited nak pergi sekolah,lepas tu aku takut dan nak ikut mak aku balik rumah.The,mak aku hidup2 tipu aku nak pergi beli aiskrim kejap lagi mak datang balik.Hahahaha.To my surprise,balik2 sekolah je betul mak belikan aiskrim.Aku lupa nama aiskrim tu.Tapi aku still ingat rasa dia.

Pernah la jugak aku pergi ikut kawan2 sepermainan melastik sarang penyengat.Lepas tu,aku kena gigit secara berjemaah dengan penyengat2.Balik2 rumah aku dimandikan mak sambil dicubit juga dileteri.Hahaha.Mak dah kata dah jangan keluar tadi kan.kan dah kena.Aku still ingat scene tu,sebab mata aku bengkak,muka aku bengkak2 dan aku tak berhenti menangis, lepas tu mak bagi susu then pujuk aku balik…

Paling aku ingat masa aku sakit..mak selalu ada di samping aku.Sebab,aku kalau sakit memang mengada2.Aku tak suka makan ubat,tak suka makan,dan kuat merengek/menangis.Kau tahu tak,bila tangan mak sapu je ubun2 kau,kau akan rasa semacam air sejuk mengalir kat ubun2 kau…Nikmat Allah bagi bidadari dunia untuk aku..dan kawan2 yang mempunyai ibu...:)

Aku ada tabiat pelik dari dulu..setiap hari aku akan belek muka,tangan,kaki dan rambut mak aku.Lagi2 bila berjauhan dengan mak aku,asal balik je aktiviti wajib aku belek rambut,kaki dan tangan.Baru2 ni aku belek rambut mak aku..aku Nampak beberapa helai uban..tiba2 je aku menangis,bergenang air mata.Sebabnya,aku takut kalau mak aku pergi tinggalkan aku…She never thought me how to live without her..

Aku harap aku boleh jaga mak aku macam mana dia jaga aku.Walaupun tak mungkin aku dapat menandingi kasih sayang seorang ibu…


Lots Of Love,
Fatinajwa :3


Saturday, January 23, 2016

Saat ini...

Assalamualaikum...

Pernah tak kadang- kadang kau rasa hati kau dipalu-palu sakit sebab rindu? Rindu pada zaman lalu,rindu dengan diri kau yang dulu,rindu pada seseorang..Tapi saat ini aku sangat-sangat rindukan mak dan ayah aku yang berada jauh di Melaka.

Pagi tadi aku menelefon mak aku,jelas kedengaran suaranya yang sengau akibat selsema dan sesekali disulami batuk2..Tahu tak bila kau merindukan mereka,dan  kau terdengar suara mereka yang tak berapa sihat..hati kau bagi direntap dan ditarik-tarik mahu segera berjumpa mereka?

Kedah-Melaka tidaklah jauh.Tapi untuk aku yang bergelar pelajar perubatan ni,tambang bas pergi-balik bernilai RM 120 dan cuti weekend yang sekadar beberapa hari beserta lambakan quiz,assignment,dan case write up membatasi keadaan aku untuk berlari pulang menemui mereka.

Mak ayah aku pernah berkata,bila dia menghantar anaknya menuntut ilmu dalam bidang perubatan ni..dia telah ‘mewakafkan’ anaknya untuk ummah dan jalan Allah.Anaknya,untuk masyarakat.Mereka redha.

Maafkan anakmu kerana tidak seperti anak-anak orang lain yang selalu pulang melawat ibu bapa...

Kerana doa-doa dan sokongan mereka aku di sini…

Sungguh aku rindu…

Lots of Love:
Fatinajwa :3





Thursday, January 14, 2016

IT’S BEEN A YEAR (3rd year) PART 2

Assalamualaikum dan hai pembaca2 sekalian!
Hampir 3 minggu jugaklah aku tinggalkan blog ni.Dah dua minggu jugak aku berada dalam posting Ortho,tahun 4.so far,everything is good and under control.Ok,sambung balik cerita tentang 3rd year ,kali ni di Medical posting.

Dalam medical posting ni,seriously basics kau tentang physiology haruslah teguh,seteguh konkrit yang membina bangunan.Berbanding di Surgical dep,semuanya jenis straight to the point,tapi dalam Medical posting ni,everything berselirat dan kau kena pandai connect the dot between maklumat2 yg diberikan semasa history taking dan juga physical examination (PE).

Disebabkan itu,masa minggu2 awal posting medical,aku struggling juga dalam history taking.kau kena master the art of history taking.Ha,macam gitulah.Untuk PE,Cardiovascular examination tricky jugak masa tu utk aku.Tapi overcome tricky2 part tu dengan banyak berlatih on patient.PE yg lain2 seperti Respi,GIT,dan lain2 agak ok pd aku.

Subjek2 yg menjadi bread n butter dalam posting ni haruslah,diabetes dan darah tinggi.Heh,benda 2 beradik ni,sila study and ukir kemas2 dalam otak.Sebab 2 penyakit ni akan come along with other diseases.

Sebenarnya tak banyak yg aku nak cerita masa Medical ni,sebab pada aku there's too much to learn,to wide to explore and too little time to understand.Aku lulus jugak dalam posting ni,cuma kes yang aku dapat masa end posting exam tough jugak,chronic case,DM + HPT + u/l IHD with ARF.Macam resepi utk membunuh aku jugak lah time exam tu.Dapat examiner yang memang tak pernah mengajar aku.First time aku lepas exam,terduduk and menangis depan patient.

Alhamdulillah,walaupun begitu aku telah menghabiskan dengan jayanya 2 posting tersebut.
lagi 2 posting di Kulim,O&G da Paeds,aku pilih untuk tidak menceritakan dalam blog ni.Biarlah cerita2 tu menjadi simpanan aku.Jujur aku katakan,di Kulim,aku lebih banyak belajar berhadapan dengan karenah manusia yg pelbagai.Tapi pada adik2 junior yg nak tahu,bolehlah pm aku di fb atau emelkan soalan di fatinajwa93@gmail.com.

Lots of Love,
fatinajwa :3