Saturday, January 23, 2016

Saat ini...

Assalamualaikum...

Pernah tak kadang- kadang kau rasa hati kau dipalu-palu sakit sebab rindu? Rindu pada zaman lalu,rindu dengan diri kau yang dulu,rindu pada seseorang..Tapi saat ini aku sangat-sangat rindukan mak dan ayah aku yang berada jauh di Melaka.

Pagi tadi aku menelefon mak aku,jelas kedengaran suaranya yang sengau akibat selsema dan sesekali disulami batuk2..Tahu tak bila kau merindukan mereka,dan  kau terdengar suara mereka yang tak berapa sihat..hati kau bagi direntap dan ditarik-tarik mahu segera berjumpa mereka?

Kedah-Melaka tidaklah jauh.Tapi untuk aku yang bergelar pelajar perubatan ni,tambang bas pergi-balik bernilai RM 120 dan cuti weekend yang sekadar beberapa hari beserta lambakan quiz,assignment,dan case write up membatasi keadaan aku untuk berlari pulang menemui mereka.

Mak ayah aku pernah berkata,bila dia menghantar anaknya menuntut ilmu dalam bidang perubatan ni..dia telah ‘mewakafkan’ anaknya untuk ummah dan jalan Allah.Anaknya,untuk masyarakat.Mereka redha.

Maafkan anakmu kerana tidak seperti anak-anak orang lain yang selalu pulang melawat ibu bapa...

Kerana doa-doa dan sokongan mereka aku di sini…

Sungguh aku rindu…

Lots of Love:
Fatinajwa :3





Thursday, January 14, 2016

IT’S BEEN A YEAR (3rd year) PART 2

Assalamualaikum dan hai pembaca2 sekalian!
Hampir 3 minggu jugaklah aku tinggalkan blog ni.Dah dua minggu jugak aku berada dalam posting Ortho,tahun 4.so far,everything is good and under control.Ok,sambung balik cerita tentang 3rd year ,kali ni di Medical posting.

Dalam medical posting ni,seriously basics kau tentang physiology haruslah teguh,seteguh konkrit yang membina bangunan.Berbanding di Surgical dep,semuanya jenis straight to the point,tapi dalam Medical posting ni,everything berselirat dan kau kena pandai connect the dot between maklumat2 yg diberikan semasa history taking dan juga physical examination (PE).

Disebabkan itu,masa minggu2 awal posting medical,aku struggling juga dalam history taking.kau kena master the art of history taking.Ha,macam gitulah.Untuk PE,Cardiovascular examination tricky jugak masa tu utk aku.Tapi overcome tricky2 part tu dengan banyak berlatih on patient.PE yg lain2 seperti Respi,GIT,dan lain2 agak ok pd aku.

Subjek2 yg menjadi bread n butter dalam posting ni haruslah,diabetes dan darah tinggi.Heh,benda 2 beradik ni,sila study and ukir kemas2 dalam otak.Sebab 2 penyakit ni akan come along with other diseases.

Sebenarnya tak banyak yg aku nak cerita masa Medical ni,sebab pada aku there's too much to learn,to wide to explore and too little time to understand.Aku lulus jugak dalam posting ni,cuma kes yang aku dapat masa end posting exam tough jugak,chronic case,DM + HPT + u/l IHD with ARF.Macam resepi utk membunuh aku jugak lah time exam tu.Dapat examiner yang memang tak pernah mengajar aku.First time aku lepas exam,terduduk and menangis depan patient.

Alhamdulillah,walaupun begitu aku telah menghabiskan dengan jayanya 2 posting tersebut.
lagi 2 posting di Kulim,O&G da Paeds,aku pilih untuk tidak menceritakan dalam blog ni.Biarlah cerita2 tu menjadi simpanan aku.Jujur aku katakan,di Kulim,aku lebih banyak belajar berhadapan dengan karenah manusia yg pelbagai.Tapi pada adik2 junior yg nak tahu,bolehlah pm aku di fb atau emelkan soalan di fatinajwa93@gmail.com.

Lots of Love,
fatinajwa :3