Wednesday, September 30, 2009

Soalan-soalan yang selalu ada dalam fikiran aku....

1.Kenapa kita mesti jatuh cinta?

2.Kenapa aku tak banyak kawan?

3.Kenapa aku rapat dengan budak bukan Melayu?

4.Apa cita-cita aku lepas SPM?

5.Ada ke orang yang suka aku?


*setakat ni lah soalan aku....nanti bertambah lagi....

Tuesday, September 29, 2009

PERMAINAN SA.(Secret Admire)

Satu hari ni,cikgu sivik aku suruh bebudak kat kelas aku nih bermain satu permainan....jeng,jeng ,jeng (muzik saspens).Ada ke dia suruh kita org main permainan SA.Nak tau stepnya?

First:Tulis nama orag yang kau admire dgn nam kau kat satu kertas,Bagi pd org yang bleh kau percayai...(kalu dlm kelas aku nih bagi kat cikgulah)

Second:Setiap hari Jumaat bagi something kat org yg kau admire tuh...Tak kira lah surat ke,hadiah ke,atau apa-apa jelah.

Third:kalau org yg kau admire tuh reply,teruskan jelah....kalau tak faham-faham je ye....

Aku pun nervous gak ni tunggu hari Jumaat.Sebab-sebab aku admire dia nih:

1.Pendiam
2.Baik.
3.Ada potensi utk cemerlang.
4.Dah lama kenal tapi macam tak kenal.(pelik kan?)


Selamat Mencuba!

Saturday, September 26, 2009

Selamat Kembali.....

Hai!Baru hari ni aku sempat mengupdatekan blog aku nih.Macam mana raya kau orang ek?Makan macam-macam sampai sakit perut atau ala kadar je?Aku makan macam biasalah.Rendang ayam,kuah kacang,ketupat,kari,dll.Lemang ngan pulut ada juga tapi aku tak brapa suka.....Bila dah besar ni raya bagi aku bukan pasal duit raya ke atau baju raya tapi raya tu satu kemenangan bagi aku sebab dapat menjalani ibadah ni dengan keluarga dan umat islam yang lain.
Dah seminggu dah kita beraya so dah tiba masa untuk kembali ke sekolah..masa untuk polishkan balik kepala otak yang berkarat tuh...Kepada kawan-kawan yang seangkatan tuh selamat kembali ke sekolah.





P/S:Gambar raya menyusul kemudian......

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua umat Islam di dunia ini.Semoga dengan kedatanga Aidilfitri ini kita lebih menghargai diri sendiri.Nampaknya seminggu lah aku tak mengupdatekan blog aku ni coz aku stay kat kampung Air Tawar,Kota Tinggi,Johor.So,siapa yang ada follow aku nye blog ni sabarlah yerk.Pada kawan-kawanku Radzi,Afiq,bebudak SK Serkam Darat dan SK Pulai aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 15, 2009

Lailatul Qadar

Mengejar malam Lailatul Qadar...tetapi ramai yang membeli belah persiapan raya.
Shoppng complex semakin penuh....surau dan masjid semakin kosong...

Itulah fenomena yang sering berlaku dalam kalangan umat islam di Malaysia.
4 hari lagi untuk menyambut hari raya....
Semoga kita sama-sama memeriahkannya.....

Kau Pergi Jua.

6 bulan lepas aku ada bela tiga ekor kucing.Semua warna oren kecuali sekor tu warna dia coklat cair.2 jantan 1 betina.Namanya Abu,Tot dan Cot.Abu ngan Cot mati sebab keracunan makan.Lepas tu,2 hari kemudian Tot menyusul coz dia merana.Tot lah kucing yang paling aku sayang.Menangis aku malam tu sebab sedih sangat.Dahlah Tot tu kucing yang paling comel dan gemukkkkk sekali.Tapi dia pergi jua masa bulan puasa.Sebelum dia mati,dia pandang je aku,seolah-olah menandakan dia mahu pergi jauh. Macam xde semangat jer nak raya.......Sesiapa yang ada pengalaman sama macam aku ni kita kongsilah bersama ya.....

Monday, September 7, 2009

Sambungan cerpen (10)

Hasil nukilan:Faezaten

Bilah-bilah mentari mula menyinari pagi yang gelap.Maira dan adiknya Madiana sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.Ibunya sedang sibuk di dapur untuk menyediakan sarapan.Aroma nasi lemak memenuhi ruang dapur dan mula singgah di hidung Madiana.
”Kak,sedapnya bau nasi lemak ni.Bau sambal bilis mak tu,fuh menggoda perasaan la kak,kata Madiana yang memang menggemari nasi lemak air tangan ibunya.
”Isy,budak ni solat dulu baru fikir pasal makan.Ni pipi ni dah macam telur dah,kata Maira sambil mencubit pipi adiknya.
”Kak,apa ni,sakit lah.Tahulah pipi orang ni tembam,tapi takde lah sampai macam telur tau.kata Madiana sambil mengusap pipinya.Sengal betullah akak aku ni,gerutu hati Madiana.
Maira yang sedang memakai tudung hanya tersenym mendengar celoteh adiknya.Sudah lama dia tidak ”bertekak” dengan adiknya itu.
”Hah,cepat sikit bersiap,akak tinggalkan nanti baru tau.Maira berkata sambil melangkah keluar menuju ke dapur.
Ibunya sedang mengupas kulit telur ketike dia melangkah masuk ke dapur.
”Mak,ada apa-apa yang Maira boleh tolong?Tanya Maira.
”Takdelah,jap kau bancuhkan air milo boleh?Air panas mak dah jerang.Ibunya berkata sambil tangannya lincah menyusun telur di atas piring.
”Em,setakat nak bancuh milo tu kacang je mak,kata Maira menuju ke kabinet untuk mengambil teko.
”Lepas makan nanti jangan lupa makan ubat,pesan ibunya.Marliana tahu benar tentang feel anaknya itu.Amat takut makan ubat sejak kecil lagi.Tetapi perangai itu mula berkurang sedikit demi sedikit belakangan ni.
”Yalah permaisuri.Patik tak akan ingkar perintah permaisuri takut nanti tuan permaisuri murka,gurau Maira.
”Isy,budak ni main-main pulak.Dah cepat bancuh milo tu dah pukul 6.35 pagi dah,kat ibunya lagi.
”Riuh benar dapur ni,tumpang sekaki boleh tak?Madiana muncul di balik pintu dapur.”Dah lama tak dengar dapur ni riuh macam hari ni.Sunyi jer kalau akak tak ada.Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,”kata nya lagi.
Marliana tersentak apabila mendengar kata-kata Madiana yang spontan.
Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,ayat itu bagai terngiang-ngiang di telinganya.


Bersambung....

Friday, September 4, 2009

Sambungan cerpen (9)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

”Alhamdulillah,hari ni dapat juga aku keluar dari hospital,kat Maira riang sambil mengemas beg pakaiannya.
Marlia hanya memerhatikan gelagat anak gadisnya itu.Dalam hatinya terselit rasa hiba yang amat sangat.Fikirannya melayang tentang peristiwa dua hari lepas.
’Saya berharap pak cik dan mak cik bersabar dan menerima berita ini dengan redha.”kata doktor yang merawat Maira.Dia telah meminta ibu bapa Maira berjumpa dengannya dengan segera apabila mereka sampai di hospital.
Aik,tadi kata pengsan jer,ni kenapa pulak doktor ni serius semacam je?Getus hati Marliah.
”Ya,doktor kenapa dengan anak saya?Pertanyaan Amran tentang anaknya mematikan lamunan Marliah.
”Selepas melakukan beberapa ujian,anak pak cik telah disahkan menghidapi sirosis atau dalam bahasa yang mudah adalah kanser hati peringkat ketiga.,”kata doktor itu penuh berhati-hati.Takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tetapi berita itu ibarat halilintar yang menyambar bumi apabila Marlia mendengar berita buruk itu.
”Ya Allah,bang anak kita.Kata Marlia yang hampir rebah jatuh ke lantai.
”Doktor,apa yang kami boleh lakukan.untuk merawatnya?Balas Amran berlagak tenang.
”Pada peringkat ini,dia cuma boleh bertahan selama setahun sementara menunggu penderma hati yang sesuai.Itupun kalau dijaga dengan betul.”kata doktor itu lagi.
”Mak!Mak!Kata Maira kepada ibunya.Sedikit kuat apabila ibunya tidak memberi respons kepada panggilannya.
”Ya,Maira kenapa menjerit ni nak.Mak belum pekak lagi tau.Kata Marlia sedikit terkejut.
’Dah,mak tu asyik termenung je.Aik,ingatkan abah ke?Kata Maira.
’Eh,budak ni mengusik orang pulak.Dah siap berkemas ke belum?tanya Marlia kepeda anaknya,cuba mengusir kesedihan yang bertamu di hati.
”Dah siap.Cuma nak melangkah keluar je dari hospital ni.”kata Maira lagi.
”Hah,dah siap Maira?Tanya bapanya selepas mengambil ubat dari farmasi.
”Aik,banyaknya ubat nak kena makan.Mak cakap Maira sakit biasa je.Ni macam orang sakit teruk je?Tanya Maira ,pelik dan terkejut.
”Isy,banyak tanya pulak budak ni,makan je lah.Nak masuk hospital lagi ke?Kata Amran kepada anaknya.Cuba menghalau duka yang kian menyelimuti dirinya.
”Tak naklah.Err,Maira tanya je.Jom balik,tak sabar nak jumpa adik-adik,kata Maira gembira tanpa menyedari mendung yang mula melindungi sinar kebahagiaan dalam hidupnya.

BERSAMBUNG...........

15 Hari Puasa.

Alhamdulillah,setakat ni dah 15 hari aku puasa.Penuh lagi tu.Buat mereka yang follow blog aku ni sori sebab lambat update.Minggu lepas kelas aku,4 Beta dapat cikgu Bio baru.Nama dia cikgu Ismail.Dia ganti cikgu Hayati Johari yang pergi menuntut bahasa Jepun.So,terpaksalah aku sesuaiakan diri dengan cikgu baru ni. Rabu lepas aku tak datang sekolah sebab tak sihat.Sejak akhir-akhir ni aku selalu sakit jer.Doakan aku agar selalu sihat ya..