Wednesday, December 17, 2014

One step forward~


"A journey of thousands miles,start with a single step"

Assalamualaikum! Lama dah tak post apa2 kat dalam blog ni.Aku ok je~Kenapa aku lama tak update blog ni?Bukan sebab tak ada masa free,tapi banyak masa free tu aku guna untuk tidur atapun rehat.masa tak free tu aku guna untuk study.Ha ha.Seriously,memang tak ada life.Bukanlah macam typical student MARA or JPA or tajaan mana2 pun yang dok melancong ke sana ke mari bila cuti.Apa nak dikata,orang lain cuti,aku tak cuti.Last2 bila cuti,duk je la dalam rumah.Cuti pun seminggu aje~-sigh-Eh panjang pulak la mukadimahnya.

Pada yang tertanya-tanya tentang aku (macam ada~ :D) Aku sekarang pelajar perubatan,tahun dua dan akan memulakan clinical year di Sungai Petani pada tahun hadapan.Maybe ramai dah tahu,aku sekarang ni pelajar perubatan KUIN,yang bertempat di Alor Setar,Kedah.Tak pernah seumur hidup aku pun aku bayangkan aku akan menghabiskan lebih dari 80% per year kat sini.

Love life aku,aku lebih selesa untuk tidak menyatakan apa2 di sini.Cukuplah aku berpegang pada "perempuan yang baik pasti akan mendapatkan lelaki yang baik".Concentrate perbaiki diri,insyaAllah dapatlah pasangan yang baik.Titik.

Tapi aku still dengar lagu Kangen band,Maroon 5,tak pun Adele.Ha ha.Aku still lagi suka memekak time study.Still suka kat kucing~still tinggal di Melaka,cumanya sekarang study di Kedah.Mungkin juga ada perubahan kat diri aku sejak aku study kat sini.Cuma aku tak nampak.Maybe orang2 terdekat nampak kot?

Lots Of Love
fatinajwa:3

Tuesday, July 1, 2014

Mumbling and Babbling~

Assalamualaikum.Hai!..Memandangkan hari ni hujan lebat,angin sepoi2 bahasa,suhu sejuk dan nyaman~~lalu mood untuk menulis mencurah2 bagaikan ayaq hujan yang turun membasahi bumi~aku dengan pantas menaip apa yang terlintas di dalam fikiran aku ni.(ceh,ayat~padahal dah muak buat DSL.come on lah~~Tetralogy of Fallot.paling2 aku tulis bil. muka surat Robbins je kat dalam jawapan~miahahaha.dasar pemalas~)

Alhamdulillah,hari ni adalah hari pertama umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.Hujan yang turun hari ni hujan rahmat .Dan dah genap seminggu juga aku berada dalam semester 4.Honestly,walaupun dah nak habis pre-clinical year ni,aku still rasa banyak lagi yang aku tak tahu dan tak ingat.And I’m wonder how I’m supposed to be a good doctor next 3 years?Bila terfikir pasal hal ni je,automatik aku akan tanya diri aku “Kenapalah kau ni nak sangat jadi doctor??”

Umur aku pun makin meningkat naik,tahun ni 21 tahun,graduate umur 24-25 tahun macam tu.HO dua tahun umur dalam 27 tahun,then naik MO.Lepas tu…sambung? Kawin? Anak? Hutang?Menguji mental yang waras betul bila fikir.Seriously,time fly so fast that you don’t even realize that you getting old.

Untuk semester ni aku decide nak become slim and fit.Bukan kurus ye,lain dengan istilah slim and fit tu.Gelak ah,gelak~Aku sendiri tergelak bila fikir balik azam semester baru aku ni.Yang penting sebelum aku kahwin aku nak slim~at least bila cucu aku tengok gambar kawin aku,mereka2 itu akan berkata “cun jugak wan time muda-muda dulu’”hahahaha~Bukan aku tak pernah diet and kurus,tapi aku berdiet atas sebab yang salah (boyfriend nak aku kurus)cess! Kesannya,bila clash berat naik mendadak.Sekarang ni aku jaga badan aku sebab diri aku sorang je.TITIK

Oklah,nak sambung DSL yang tertunggak.Aduhai~

Lots Of Love..

Sunday, June 15, 2014

Rambut oo rambut

Assalamualaikum~~hai!

Kita bertemu kembali dalam segmen kecantikan dan anda~hahaha..memandai je letak nama segmen~
Sebenarnya aku bengang tahap kuasa 99 super saiya sebab rambutku punah~~pendek,kontot.huwaaa...lain dengan imej yang aku nak~~

Lama dah aku nak trim rambut biar jadi macam pixie style.Oh jap,korang mesti ada yang tak tahu pixie tu tu menatang apa jap~bagi gambar~~



Kecewa betul diriku ini bila rambutku jadi macam nyonya potong sayur~~ahhhhhh! tension.

Dahlah fedup.nak off~bye korang~~


Thursday, June 5, 2014

Ketika ini~

Assalamualaikum~hai! (awkward gila~)

Lama dah tak update apa2 dalam blog ni~aku bukan buzy mana pon..yolah cuti memanjang je pun..MALAS..yup itu sebab aku tak update blog ni. nak kata hidup aku berubah,adalah juga sedikit2 perubahan tu.Cumanya,aku malas nak menulis...sekarang je baru ada feel nak menaip2 kat laptop ni ha.Alah,korang pun bukan rajin sangat nak komen2  post aku ni,rajin stalk,baca then blah terus,tak membina semangat langsung~mihmihmih~

Setakat ni,tak silap aku..dah hampir 2 bulan cuti...sangat2 berbaloi dan berkualiti okay masa yang dihabiskan..well..terpulang pada korang nak takrif masa 'berkualiti' tu macam mana..pada aku,masa yang amat2 berharga adalah bila aku menghabiskan masa dengan family..yelah..tengok2 Aleef dah besar dah,nak masuk sekolah menengah~Haziq dah nak ke alam universiti~Amirul dah nak jadik laki orang~oopss~
miahahaha~ mak dengan ayah yang semakin bertambah umur.. :')..Mong dengan Chak yang makin bulat~perbahan perubahan kecik ni..actually besar tahu tak bila kau berjauhan dengan family selama berbulan-bulan..aku kan anak perantau..cehh~

Tengok facebook pon ramai kwn2 aku yang mengalami transformasi baru (ayat~)..ada yang kawin,tunang,dapat anak,mom to be,kerja,urghhh~~why? hahaha...sometimes tengok orang yang memang berlangkah2 ke depan dalam membina baitul muslim ni,buat aku rasa macam budak2 yang masih terkedek2 berjalan jatuh.,.(but hey,seriously??)..tapi tu semua tak cukup nak trigger kemahuan aku untuk berkahwin~5 ke 6 tahun lagi ke..mungkin?

Study?..sekarang ni aku bakal melangkah ke semester 4..pro exam bakal tiba..and aku macam tettt~`tak bersedia..(cehh,setakat bukak buku dalam laptop bajet study apa kes?ingat cukup ke? puihhh T___T)..kwn2 aku dah berlari2 dah..aku still lagi terkedek2 berjalan mcm itik pulang petang.kadang2 kenangkan balik susahnya belajar medic,rasa nak guling2 atas jalan sambil buat pusingan balik kuang sepuluh ribu juta kali~~susah lah..susah..ha tu dia..tapi..aku minat benda ni..aku tak minat dah kerja lain..atau bidang lain..susah macam mana pun kena harung jugak..In syaa Allah..berjaya dengan izinNya,usaha,dan doa..

Oklah..nyamuk dari tadi tak habis2 hisap darah aku.(kalau hisap adipose tissue xpelah jgak,ceit~)kena berhenti menulis la gamaknya..ada feel lagi aku taip ok~~22 Jun ni naik dah sem 4 oiii~

#happy b'day to my bro Amirul and happy anniversary 22 years together mak ayah~~

Lots Of Love
fatinajwa :3



Sunday, March 9, 2014

Forever 21~

Assalamualaikum~

Amboi tajuk~macam jenama pakaian branded da bomb gitu~haha..padahal nak cakap pasal usia aku..Alhamdulillah menginjak usia 21 tahun pada 8 Mac yang lepas~

Kalau nak describe perasaan tu..aku tak lah rasa tua sangat (come one~21 kot,dunia pun xkenal lagi~)cumanya rasa makin dewasa..tu je..but according to mak,me myself still a baby to her before I get marry to someone.teehee~

Nak ucapkan terima kasih pada yang ingat dan wish  birthday saya~yang belikan secret recipe (thank my best friend aka roomate thor~baik hihi),yang bagi air kotak strawberri memalam buta-Farah~~yang bagi kek baru je kejap tadi~arigatou~

#finale exam 2 hari lagi.Doakan saya ya? :)

Lots of Love
fatinajwa :3

Wednesday, January 29, 2014

You deserves better and you will be better~

Assalamualaikum and hye readers!

Its almost at the end of January in 2014~and guess what? I'm still breathing in this world..Alhamdulillah...thank you Allah..

Lately,aku banyak berfikir..tentang hidup..somehow,when you at my place,you will be thinking the same thing..hidp aku memang banyak cabaran,(masalah) hidup tanpa masalah bukanlah hidup namanya.dan aku bukannya bercakap di sini untuk menyatakan yang masalah aku lagi banyak daripada orang lain,cumanya bila aku cerita tentang masalah aku ni,mesti korang semua akan terdetik kat hati atau terlepas cakap kat mulut

"Awatlah compicated sangat mind hang ni~?"
"Kenapalah susah2 sangat nak pikir2 pasal orang lain?"
"Jaga tepi kain sendiri dahlah"
"Ini semua bullshit!"

Ok,cukup mukadimah.Masalah hidup aku banyak.But that is not what I wanna to highlight here.Cuba korang buka fb,scroll..ni rutin harian hampir semua manusia kat muka  bumi yang celik IT.Ada apa?

"Gambar couple berpeluk,bercium,ber****"
"Pic mendedahkan aurat~terbuka,terbelah,ter~~~"
"Gay,Pengkid,Nyah,~"

*Yup,this is in Malaysia only.Aku tak describe negara lain pun~~

Kebanyakannya budak sekolah menengah,dan baru2 ni budak sekolah rendah pun dah pandai kissing,ber**** bagai..Ini baru 2014..malam2 aku nak tido..bila aku muhasabah diri balik..mesti tak akan terlepas dari memikirkan tentang benda2 ni.Apa nak jadi dengan remaja2 Islam sekarang ni?
Mereka ni lah yang akan menjadi pemimpin2 negara lagi 10-20 tahun akan datang.How come they will be a leader if they can't even be a leader to themselves?

Don't say its because your parents,so you have excuses to do so?Don't you ever dare say that very people is different so you must respect what they did.Hey,that's all bullshit you know?Allah bagi akal,bagi fikiran..bagi peluang lagi kat kita untuk perbaiki diri,dan kita angkuh  menyalahkan orang lain atas perbuatn diri sendiri? How dare you use nik'mat that Allah given to us for waste??

You got 'akal' to think wisely,you got choices,you have Allah and Islam.They should be more than enough for you to be a 'real' human being'.
And somehow,I'm afraid when thinking about how my future child will survive..macam mana aku nak lahirkan khalifah2 Islam? Takut..aku amat takut...

Lots Of Love:
fatinajwa :3


Friday, January 3, 2014

Aduhai mak..aduhai ayah..

Assalamualaikum and hai korang~~lama dah tak menulis kat blog ni..aku seolah2 tak ada masa langsung untuk menaip something..padahal..ada je masa lapang..cuma masa lapang tu aku gunakan untuk berehat..:)

Kebelakangan ni..aku tak tahu kenapa hati aku jadi amat2 tersentuh kalau terbaca,terlihat,terdengar,perkara2 yang melibatkan ibu ayah..mungkin..fitrah orang yang menginjak umur 21 tahun kot?..hahaha..cuma aku nak share perasaan aku..apa yang aku rasakan..sekarang ni..

Cuba bayangkan..ibu dan ayah..wajah mereka..kata-kata mereka..perkara2 baik yang mereka lakukan untuk kita...buat seketika..and somehow i dunno when i do this before i sleep it bring tears..

Mak,seorang wanita yang amat2 penyayang dan supportive untuk keluarganya..Aku tak pernah nampak mak membelakangkan keluarga dalam setiap urusan yang dilalkukan..malah..boleh kata semua urusan hidup dia..adalah hanya untuk keluarga..mak banyak berkorban untk keluarga..pagi2 dah bangun buat sarapan..kejutkan anak2 pergi sekolah (sebulan pertama aku di matriks dan universiti,pagi2 mak call untuk kejutkan aku)..mengemas rumah,mendobi baju,memasak lunch,menyambut ayah pulang kerja,menjahit baju..(baju kurung aku semuanya dijahit oleh emak)..mengajar anak2 mengaji..menjaga anak yang sakit..

Mana mungkin..aku akan lupakan semua ni..mana2 anak..yang boleh melupakan semua ini..melupakan apa saja,setiap perkara yang seorang ibu  lakukan..sungguh aku pelik.

Ayah,ketua keluarga..bekerja mencari nafkah..menyekolahkan aku..mengajar aku..mendisiplinkan aku..(tanpa rotan,mana mungkin aku jadi seperti sekarang)..menasihati aku..memberi sokongan kepadaku..(tak mungkin aku sampai pada tahap sekarang ni tanpa sokongan seorang ayah)..menelefon aku...(bertanyakan ak sihat ke tak bersama2 dengan emak..)..bersama2 mak mendidik anak2..berkongsi beban emak membuat kerja2 rumah..(kadang2 ayah memasak,membasuh baju)..

Ayah..dan ibu merupakan kekuatan aku..Aku selalu berdoa..Allah..tolong jangan ambil mereka dari aku sehingga aku dapat membalas jasa mereka..dan mana mungkin aku dapat membalas jasa2 mereka..kerana dari awal hidupku aku berdiri dengan kasih sayang mereka..

Dan dengan izinNya jua aku dikurniakan ibu dan ayah yang terhebat di dunia..moga2 di akhirat juga..In syaa Allah..

Lots Of Love:
fatinajwa :3