Saturday, September 28, 2013

Driving lessons

Assalamualaikum,!..hai..!

Sebenarnya aku adalah terfikir nak buang (delete) je blog aku ni,sebab rasa macam tak bawa manfaat je?..Tapi bila aku skroll and korek2 balik isi hati blog ni,ceh..banyak pulak sebab aku tak nak delete blog ni..ehem..banyak kenangan kot..rasa macam aku nampak diri aku membesar pulak bila baca balik tulisan2 aku yang merapu2 ni..sekarang matang sikit kot?

Dah lama simpan niat untuk menceritakan,atau berkongsi pengalaman tentang driving lessons yang aku jalani sepanjang 3 bulan ak duduk bercuti di rumah..mana tahu boleh jadi guide adik atau akak abang yang baru je nak ambil lesen kereta kan?

First,mula2 aku tak adalah terpikiaq sangat pun nak ambik lesen kereta..tapi atas  sebab2 tertentu aku pun menggagahkan diri untuk mengambil lesen kereta.(ceh,macam nak pergi berperang je) .Maka ayah aku pun mencari ejen2 ataupun cikgu memandu untuk aku.Nama pak cik yang ajar aku tu.Pak Cik Ali.Erm..2 minggu pertama selepas daftar tu..amat membosankan..sebab aku kena(wajib!) attend :

KURSUS PENILAIAN PEMANDU ATAU KURSUS KPP (5 JAM)

-Selama 5 jam ni,memang sakit kepala aku dengar ceramah..bukan sebab ceramah tu..tapi sebab PENceramah tu India..ok not racist..but i'm almost dizzy and fainting hear uncle ni berceramah dalam Malay...hahaha...But seriously,uncle ni punya english terbaik kot...Ah,ah,lupa nak cakap..aku dan yang lain2 wajib pakai kasut bertutup..kalau tak kena halau keluar..wahahaha..


UJIAN  BAHAGIAN 1: UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER (1 JAM)

-Yang ni..aku tak ada banyak nak cerita..buku yang diberi tu baca je lah..and faham betul2..aku dapat cukup2 makan je.. 42/50.ehem.

KURSUS PRA-L (6 JAM)

-Lebih kurang sama dengan KPP.

Lepas tu,aku pun dapatlah lesen L..Start belajar bawa kereta (8 jam minimum)..hahaha..hari pertama aku cuma bawa kereta kancil yang cute tu dalam litar aje..then..belajar side-parking~ehem..senang je side parking ni~..ceh..padahal naik sengal tangan aku menahan azab 'paut' stereng.awal2 lagi aku dah suruh pak cik Ali tukar stereng kereta tu..(ceh,demand betul aku,ingat anak raja ke hape?)

Banyak insiden yang lawak dan boleh dijadikan pengajaran untuk aku semasa belajar memandu kereta..
Insiden ni korang akan alami nanti masa belajar memandu..Then believe it or not..aku ambil ujian praktikal ni..3 kali kot baru pas!!!..dah lah ujian kali ketiga tu hujan lebat ya amat!!!..

Ujian kali pertama aku gagal dalam dua2 bahagian..sebab...bhgn 2 aku gagal dalam laluan 3 penjuru,di jalan raya..errr..aku tak sempat masuk jalan lagi dah kena halau dari kereta sebab enjin asyik mati je..arghhhh...stress!Ujian kali kedua pulak..aku gagal kat bukit dan di jalan raya pegawai JPJ tu gatal!! dan cakap aku memandu macam orang mabuk!cess!

Ujian kali ketiga..aku sakit..batuk2..hampir demam..tapi sebab dah booked,aku pergi juga..masa tu..lagi 2 minggu nak naik cuti semester..hujan lebat pagi tu..aku lepas..dua2 bahagian..yang lawak..masa kat bukit..aku tekan minyak sampai 3-4..kereta tetap kat atas bukit tak bergerak2..yang bergerak hanya tayar..memang tak fikir apa dah time tuh..nak terbang..terbang la kereta ni..minyak memang aku tekan habis..wahahaha...

Oh,lupa..aku ambil lesen di MSDC Sdn Bhd,Melaka.Jalan kat sini mencabar ok?..memang betul2 jalan tengah bandar..fuh..thrill kot.Bayaran pulak RM 850 (lesen kereta saja),tapi campur 2 kali gagal (RM 140),buat lesen (RM 60) dekat seribu juga habis untuk dapat lesen memandu ni..Alhamdulillah...aku dah dapat lesen P!!
My lucky number!

Lots Of Love
Dr to be
fatinajwa :3


Friday, September 13, 2013

Stop!

Assalamualaikum!

Lama kan dah tak update blog ni?..Aku tak bolehlah cakap aku sibuk sebabnya masa lapang aku banyak sangat2 awal2 sem ni..plus kelas sehari ada 1-2 kelas sahaja..ngee
Sebenarnya,aku dah tak tahu macam mana nak menulis dan menaip cerita2 yang best untuk korang,sebab aku rasa lately post2 aku macam boring kot~ceh..macam tak ada kesan langsung kat hati pembaca2 sekalian..hahaha...

Sekarang ni,13 September 2013,hari Jumat,pukul 10.22 pm..aku sensorang dalam bilik no 8..roomate aku balik Sungai Petani...bosannya..nak baca lecture note macam tak larat!(malas sebenarnya)..kain baju bertimbun2 lagi kat atas katil Anis (roomate aku).masih tak berlipat2...heee..dan baru je lepas membaham MAMEE Chef Tom Yam....hujan lebat je sentiasa kat Kedah Darul Aman ni...petang tadi ada taaruf dengan kakak2 HO?..errr..err...siapakah?..(aku tak pergi sebab sedap sangat tido,hujan kan?haruslah memenuhi tuntutan mata)

Kan?..bosan gila hidup aku..silap2 orang boleh kata aku ni anti-sosial ke hape ntah...forever alone.. haiya..haiya...entah apa aku membebel pun aku tak tahu..Korang pon sedap je baca ea?..hehehe
Sebenarnya dah dua minggu aku menjalani hidup sebagai seorang pelajar perubatan tahun 2...dan seriously..entah kenapa ntah aku rasa macam alone and lonely dan isolated dari orang lain..apakah?Aku bukan tak nak cakap dengan orang..tapi aku tak tahu nak cakap apa..contoh perbualan:

 Situasi 1

Kakak 1:(tengah basuh2 baju kat bilik air)
Aku       :(pandang2) dah makan?
Kakak 1:Dah (mata masih kat buih2 sabun lagi)

Situasi 2:

Kakak 2:Hai!
Aku       :(tengah iron baju) Hai!
Kakak 2:Tengah gosok baju ke?
Aku       :(dalam hati;obviously lah kan aku tengah gosok baju~hai laaa) Ha' ah..(senyum2 rabbit.)

Situasi 3:paling haru~

Girl 1:(keluar dari pintu bilik)
Aku  :Hai!(dengan tone suara ala2 merdu bak Siti sambil senyuman hingga ke telinga)
Girl 1:(buat muka toye,bagi jelingan laser ala2 sotong kurita tak makan sepuluh hari,syiuuuu..jalan selamba badak je tak peduli aku)
Aku  :(telan ayaq liuq)

 -THE END-

Then,semua manusia2 ni akan berlalu pergi..Apakah kerana muka aku ni dia orang tak nak berbual lama2 dengan aku?Muka aku macam yakuza ke?..ceh.Mungkin sebab aku ni hati kering kot?..weyh..semak kot pikir pasal ni....Kalau senyuman pon tak dibalas..sapaan pun orang buat tak endah..ade rasa macam korang halimunan tak kalau orang buat macam tuh kat kau?..plus..aku bukanlah attention seeker.

Boleh bayang tak hidup aku camna?..dah lah student kat sini sikit..isolated pulak..perghh..pergh..macam duduk kat pulau buangan penjenayah2 sedunia kot..Korang doakanlah aku terus bertahan..tak pon doakan aku boleh masuk dengan kepala2 yang seramai 18 orang kepala di sini..boleh kan?

Lots Of Love:
Dr-to-be,
fatinajwa :3