Sunday, December 31, 2017

Pro Exam (part 2)

Hi peeps!
Assalamualaikum..

Untuk clinical..ianya dibuat pada 25th November 2017 hari Sabtu.malam tu aku dengan roomies aku just study group main lempar2 soalan je.Mana yang terlintas tanya dan jawab.Malas nk buka buku dah.bajet konon ilmu dah hampir penuh di dada.hahaha..Then malam tu..my tonsils buat hal..aku terbatuk2 dengan kahak berdarah semua sampai ke pagi dan tak boleh tidur nyenyak langsung..(Haih,tonsil ni pun cukuplah aku je gelabah yang kau gelabah sekali kenapa?) . 

Pagi tu kami diminta berkumpul di bilik seminar auditorium pada pukul 7.30am. Aku boleh telan roti sapu jem dan milo je masa tu. Risau sebenarnya ,ketaq nak exam,risau juga kalau examiner tak dengar suara aku.

So,sampai je pagi tu,nombor giliran ditampal.oh ya..seminggu sebelum exam kami kena cabut nombor giliran…aku dapat no 5 dalam group akhir.So, setiap orang akan tahu long case dan short case mereka apa.Kumpulan pertama start pukul 8 am..manakala aku kumpulan terakhir start pukul 10.45 am.
Susunan case yang aku dapat :
Long case  10.45 am: Surgical
Short case 3.00 pm : Round 1 , Medicine Station 2
                             :Round 2  ,O&G Station 1
                             :Round 3 , Paeds Station 2      

Sepanjang menunggu tu aku pun bacalah sikit2 surgical case yang common masuk exam.Contohnya ,thyroid swelling,breast ca,hernia, dan colorectal ca.Puas menunggu,tibalah giliran aku bersama2 4 orang lagi batchmates yang lain.Naik je oncall centre tu,terkejutlah aku,Suasana oncall centre sangat2 meriah. Ye la,banyak sangat doktor2,MO,matron,nurse,MA,student nursing..OMG!

Lepas tu,ada bunyi loceng menandakan masa sejam untuk clerking dah bermula.Masa aku masuk patient dalam toilet dan ada sorang student nursing as chaperon .Tak apalah,aku susun2 dulu kertas dan rangka2 soalan.Oh,tengok2 patient aku Chinese uncle.Then,start la intro,consent dan clerk.Uncle ni datang of course sebab exam.Tapi,main chief complaint adalah  altered bowel habit,with bloody stool and tenesemus for 2 months .Tapi dah undergone op and complete chemo. Uncle ni sendiri kata dia ada kanser,which aku suspect colorectal ca..Dah habis history semua dalam 20 minit,buat PE,uncle ada stoma! Chemoport! ..Laparascopy scar! habis PE,aku p susun la ayat2 bagi kemas sikit.Then aku teringat yang aku  tak ambik BP masa tu dan  tak buat PR examination lagi!  Request kat student nursing nak sphygmomanometer ,glove, juga lubricant. Bergegaslah aku buat semua tu..Akhirnya berjaya juga habiskan semuanya dalam masa sejam.Loceng berbunyi sekali lagi menandakan masa sejam dah pun habis.
30 minutes discussion sangatlah mendebarkan ya adik2.Tapi external examiner sangat2 sempoi..Apapun diingatkan jangan kau gelak sekali dengan examiner sebab kadang2 laugh can be deceiving waktu2 macam ni.Tapi nak senyum tu bolehlah.. So,present case dari identification data sampai ke Personal and social history.

Tips penting masa present case :
-Jangan lupa buat systemic review.Don’t u ever forget!
-Jangan tunduk je pandang kertas,sila pandang muka examiner.
-Sediakan a few Ddx although you memang sure ni case colorectal ca.
-Personal and Social history play important role here..make it as details as possible..termasuk depression symptoms,financial,eating habits…

Habis present suruh perform PE..abdominal examination..and describe positive findings je..Masa ni colostomy dengan stoma kena tahu in and out…rupanya uncle ni ada parastomal hernia..I did realize  he got left inguinal hernia but didn’t notice the parastomal hernia..alhamdulillah,im not penalized because of this.because they said its ok, u had show that u try to elicit the findings ..Huwaaaa..

Then,discuss pasal management pulak…All the management,anatomical wise..kalau left hemi kena ligate what artery ,this surgery pulak ligate apa..Masa ni aku rasa nak cium peluk je study groupmate aku,sebab we discuss this topic ! and Yes,I can answer it..Alhamdulillah.. Dukes classification ..ya..all about colorectal ca.Termasuk screening programme sekarang..tidak dilupa colonoscopy procedure conduct macam mana,bowel prep dll..banyak sangat soalan sebab bila aku keluar dari bilik tu aku sedar 45 minit rupanya waktu discussion aku dengan mereka..Huuuu..The perks being the last group for long case.Adoi..

Habis dah long case,sampai bilik kuarantin 2 ..Kawan2 ramai dah makan..sebab masa tu dah pukul 12.45 pm dan first group akan mula short case pukul 1pm.. Aku tak boleh makan sebab..ya tonsillitis masa tu.plus stress..sebab rasa memang tak boleh nak baca apa dah..I just manage to sip Milo and eat some fruits.So..waiting and waiting..second group start pukul 2pm and finally 3 pm..tibalah masa …

Round 1 , Medicine Station 2
Masuk2 bilik ,ada 2 external examiner ,nampak a male patient already in prop up position.cardio ke? Yep,cardio examination.Perform and illicit findings..displaced apex beat,PSM murmur radiated to axilla,accentuated in exhalation,with irregularly irregular pulse (AF) and pedal edema .Alhamdulillah,I think I did well in this station.

Second round : O&G.
I've kneeling for the whole 15 minutes . .hahaha..The external examiner really 'garang' in this round.The patient is middle aged women with mass.Its fibroid..surely fibroid..so,based on findings must justify why I've said it is fibroid not other mass.Then investigations..followed by management..Then,there' question 'if the patient doesn't want any surgical intervention ,no myomectomy ,no hysterectomy,what do you want to do?'
'I'll give medical treatment such as GnRH analogue to her..for 6 months.'
'Why you give it for only 6 months?'
'It have side effects such as osteoporosis' (Ya Allah,thank you for make me remember this😣)
Then,the ring bell...


Third round :Paeds
I've dreaded paeds since year 3. I'm hopeless in this.
There's 11 years old girl sitting on the chair,examine her neck. (Urggh,why neck,why not thalassemia with splenomegaly😭😭😭) I performed neck examination accordingly,but i think I spend too much time on examination rather than discussion. Yep,definitely hyperthyroidism...with proptosis, exophthalmos, tachycardic pulse and thyroid bruit..I think im fumbling a lot ..but I managed to answer most of basic questions...
Finally ,the bells ring and it's over.

To be continued..
Lots of Love,

fatinajwa ,3


Pro Exam 2 (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca setia blog ini.
Hai!

Dah lama aku tak update blog ni ..maafkan aku,seriously busy dengan hidup sebagai seorang medical student.So,this is the post that I write post day 1 of pro exam 2. Aku rasa perlu untuk aku share pengalaman aku ni sebab during my final year,especially masa study week aku banyak scroll blog untuk dapatkan tips pro exam.

Format pro exam aku terbahagi kepada theory dan clinical part.
OBA 100 questions .Split into 2 part which is 50 medical based and 50 more surgical based
PMP ada 2 set ,medical based  and surgical based ,4 PMP each set
OSCE –5 manned and 10 unmanned stations
CLINICAL -1 long case,3 short cases.
#OSCE termasuk dalam clinical part..so please adik2 KUIN score dalam OSCE ni.

So,untuk OBA,PMP dan OSCE semuanya dibuat di main campus kat K.Ketil..memakan masa 1jam setengah ke 2 jam dengan menaiki bas kolej.So, pagi2 tu bas kolej akan ambil kami di KUIN Mergong pukul 6.30 am..Exam start pukul 10 am.So,ada masa dalam 2 jam lagi untuk kau (study,tido,solat dhuha,makan )bila sampai di main campus.

Ceritanya,ditakdirkan Allah SWT aku ditimpa demam siap package tonsillitis lagi sehari sebelum exam OBA bermula..malam tu langsung tak study,terbaring dan tidur sebab tak larat..dan hari OBA exam tu..yang aku ingat ,pagi2 tu aku makan ubat,masuk dalam bas aku tidur,sampai2 je aku tidur,pukul 9.30 am baru aku masuk dewan…and that day..jangan tanya aku apa yang aku jawab..everything was blurry..kepala aku rasa macam nk tercabut masa jawab paper surgical tu..petang tu pergi klinik my temperature was spike up till 39.9 degree Celsius!

Then,dapat ubat ..malam before PMP tu still demam ..tapi tak seteruk hari OBA..seperti biasa aku tidur dalam bas,sampai2 je solat dhuha,baca apa2 pun memang tak masuk time ni..and surprisingly PMP questions memang senang lagi daripada OBA.

Lepas tu ada jarak masa sehari sebelum osce..Time ni la pulun baca benda2 untuk OSCE..yang unmanned osce no choice kau kena jawab juga soalan2 tu..manned osce serius macam short case tapi hands on way. Manned osce ada CBD insertion,Ryles tube insertion,counseling on contraception, suicide risk assessment and patella tap tes/fluid shift test.. Aku rasa tak lah susah mana manned osce ni.tapi sebab gabra ,aku kadang-kadang gagap jugak nak jawab soalan2 tu.

To be continued...

Lots of Love,
fatinajwa ,3


Friday, September 8, 2017

Kata-kata

Assalamualaikum dan hai awak2 semua :)

Lama dah kan tak update blog ni? Almost a year kot.ke dah setahun? Tiba2 rasa nak update sebab someone tanya kenapa tak update blog? Bukan someone la,ramai actually..what to do..laptop aku ada problem then biasalah aku mudah diheret waktu..ceh ayat...hahaha

Kala aku menulis ni ,aku berada di Alor Star..ya masih di sini..meniti perjalanan semester akhir sebagai seorang pelajar perubatan.Sekarang di posting orthopedik.Baru je lepas habiskan PMP cases.Cuaca pulak hujan dan sejuk,kalau dapat kopi o dengan biskut kering ni layan beb..hahaha.sesungguhnya masih lapar selepas bersarapan nasi pagi tadi.aku dan makan tak dapat dipisahkan.hahaha

Bagi yang tertanya-tanya umur aku dah berapa tahun ni,aku dah menginjak 24 tahun bulan 3 yang lalu..pantas je masa berlalu..masa aku pertama kali menjejakkan diri ke bumi utara ni,usiaku baru je 19 tahun..belasan tahun muda remaja lagi.Sekarang ni,mana pergi je orang tanya bila nak kahwin.maaflah makcik2 bawang kerana mengecewakan anda,saya tak kan kawin sekarang,mungkin 2-3 tahun lagi.Hutang banyak nak kena bayar.hahaha

Walau demikian,batchmate aku ada yang dah kawin,ada anak dan bertunang..Aku kagum betul dengan orang yang boleh juggle hidup berkahwin dengan belajar.Tapi obviously that kind of life is not for me :)..

InsyaAllah ,habis bulan November ni,habislah pengajian aku dan aku akan bergelar seorang DR,.doakanlah ya..really need all the prayers right now..Habis dah ,aku tak tahu actually nak taip apa.Skill menulis aku jahanam sejak tak aktif menulis novel or cerpen pendek.Asyik menulis case write up je. T___T..
Jadi,hingga ketemu lagi ya awak2 semua.

Lots of Love ;

Fatinajwa :3