Thursday, May 30, 2013

Mixture Of Feeling

Assalamua'laikum and hye readers!

Sesungguhnya apa yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman semata2...tiada yang kekal..

Mulakan entry hari ni dengan sedikit peringatan..buat diri ini..dan juga sahabat2 di luar sana..Semalam,30 Mei 2013,berakhirnya exam final semester 2 bagi pelajar perubatan tahun 1 Insaniah..dan juga pada petangnya,result untuk subjek medic terus dikeluarkan..Alhamdulillah setimpal dengan usaha..

Sepanjang minggu2 peperiksaan..aku rasa semua pelajar2 perubatan merasai apa yang aku rasa dan kawan2 aku kat sini rasa..tak tidur malam..minum kopi~..buku2 yang kita study pun melambak2 tapi rasa macam banyak je lagi tak study..semua tu ada..dan yang paling best,bila time OSPE..haha..aku rasa macam aku je dok kalut2 time menjawab.

Petang tu juga..kami diberitahu bahawa dekan kami akan resign disebabkan hal2 yang memang dia tak dapat elakkan...Masa berita tu diberitahu,result baru je diumumkan.. automatik rasa gembira tu terus jadi sedih..dan aku tak tau berapa ramai yang mengalirkan air mata masa benda ni berlaku..sebab aku pun tak dapat berhenti menangis petang tu..even sekarang time menaip pun aku masih terasa kesedihannya..


Aku bukanlah pelajar yang menarik perhatian,ataupun on the spotlight dalam kelas seramai 23 orang tu..tapi pada aku,Prof Nasa amat2 mengambil berat tentang student2..dan dia tak pernah berat sebelah..kadang2 tu aku dikejutkan dengan soalan2 bom..haha..tiba2 je blur bila ditanya..tdan pada aku dia adalah seorang pengajar yang tak ada gantinya..sobs.. :')

Dan satu pesannya pada petang tu. "Awak kena study balik subjek2 tahun 1 time cuti 3 bulan ni,ada Professional Exam nanti"..

Moga kita berjumpa lagi di masa akan datang Prof..In syaa Allah..

Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..

Lots Of Love,
Dr-to-be,
Dr Fatin.