Sunday, June 15, 2014

Rambut oo rambut

Assalamualaikum~~hai!

Kita bertemu kembali dalam segmen kecantikan dan anda~hahaha..memandai je letak nama segmen~
Sebenarnya aku bengang tahap kuasa 99 super saiya sebab rambutku punah~~pendek,kontot.huwaaa...lain dengan imej yang aku nak~~

Lama dah aku nak trim rambut biar jadi macam pixie style.Oh jap,korang mesti ada yang tak tahu pixie tu tu menatang apa jap~bagi gambar~~



Kecewa betul diriku ini bila rambutku jadi macam nyonya potong sayur~~ahhhhhh! tension.

Dahlah fedup.nak off~bye korang~~


Thursday, June 5, 2014

Ketika ini~

Assalamualaikum~hai! (awkward gila~)

Lama dah tak update apa2 dalam blog ni~aku bukan buzy mana pon..yolah cuti memanjang je pun..MALAS..yup itu sebab aku tak update blog ni. nak kata hidup aku berubah,adalah juga sedikit2 perubahan tu.Cumanya,aku malas nak menulis...sekarang je baru ada feel nak menaip2 kat laptop ni ha.Alah,korang pun bukan rajin sangat nak komen2  post aku ni,rajin stalk,baca then blah terus,tak membina semangat langsung~mihmihmih~

Setakat ni,tak silap aku..dah hampir 2 bulan cuti...sangat2 berbaloi dan berkualiti okay masa yang dihabiskan..well..terpulang pada korang nak takrif masa 'berkualiti' tu macam mana..pada aku,masa yang amat2 berharga adalah bila aku menghabiskan masa dengan family..yelah..tengok2 Aleef dah besar dah,nak masuk sekolah menengah~Haziq dah nak ke alam universiti~Amirul dah nak jadik laki orang~oopss~
miahahaha~ mak dengan ayah yang semakin bertambah umur.. :')..Mong dengan Chak yang makin bulat~perbahan perubahan kecik ni..actually besar tahu tak bila kau berjauhan dengan family selama berbulan-bulan..aku kan anak perantau..cehh~

Tengok facebook pon ramai kwn2 aku yang mengalami transformasi baru (ayat~)..ada yang kawin,tunang,dapat anak,mom to be,kerja,urghhh~~why? hahaha...sometimes tengok orang yang memang berlangkah2 ke depan dalam membina baitul muslim ni,buat aku rasa macam budak2 yang masih terkedek2 berjalan jatuh.,.(but hey,seriously??)..tapi tu semua tak cukup nak trigger kemahuan aku untuk berkahwin~5 ke 6 tahun lagi ke..mungkin?

Study?..sekarang ni aku bakal melangkah ke semester 4..pro exam bakal tiba..and aku macam tettt~`tak bersedia..(cehh,setakat bukak buku dalam laptop bajet study apa kes?ingat cukup ke? puihhh T___T)..kwn2 aku dah berlari2 dah..aku still lagi terkedek2 berjalan mcm itik pulang petang.kadang2 kenangkan balik susahnya belajar medic,rasa nak guling2 atas jalan sambil buat pusingan balik kuang sepuluh ribu juta kali~~susah lah..susah..ha tu dia..tapi..aku minat benda ni..aku tak minat dah kerja lain..atau bidang lain..susah macam mana pun kena harung jugak..In syaa Allah..berjaya dengan izinNya,usaha,dan doa..

Oklah..nyamuk dari tadi tak habis2 hisap darah aku.(kalau hisap adipose tissue xpelah jgak,ceit~)kena berhenti menulis la gamaknya..ada feel lagi aku taip ok~~22 Jun ni naik dah sem 4 oiii~

#happy b'day to my bro Amirul and happy anniversary 22 years together mak ayah~~

Lots Of Love
fatinajwa :3