Sunday, August 30, 2009

Buat Seseorang Yang Aku Rindu

Luahan Hati Seorang Perindu.

Pertemuan itu sungguh indah.Aku dan dia berkenalan ketika ditempatkan dalam satu kelas yang sama iaitu 2 C.Masa tu aku ngan dia form 2.Masa tu aku anggap dia sama je ngan kawan-kawan aku.Sama-sama gelak,sama-sama menangis.Dialah yang mengubah aku.Dulu aku ni pendiam je dalam kelas,muka pun masam je.Tapi lepas dia jadi kawan aku,hidup aku ni jadi riang.Malah aku boleh jadi pelawak tak rasmi dalam kelas.

Peristiwa yang paling aku ingat masa aku menyakat dia.Dia ni masa form 2 ada lembut-lembut c-kit.Maklumlah anak mak.Masa aku sakat dia tu,tanpa disangka-sangka dia tibai nangis.Apa lagi terkejut badak la aku.Mak oi lelaki ni pun nangis gak ke?Seminggu tu aku kena pujuk dia.Bayangkan perempuan nak pujuk lelaki.Dah terbalik lah pulak.Satu lagi dulu dia ni lemah matematik.Aku ingat lagi dia ni gagal sampai satu tahap tu dia nangis.Wah,memang “kememeh”la mamat ni.Aku pun secara tak langsung jadi lah sifu dia.Alhamdulillah,agaknya berkat usaha dia dan tunjuk ajar aku dia makin maju dalam pelajaran.Walaupun dia macam ni,aku senang berkawan dengannya.

Beralih masa form 3 pulak.Agaknya memang takdir,aku ngan dia sekelas lagi.dan aku ngan dia satu kumpulan perbincangan.Asal ada perbincangan dan pembentangan,mesti kumpulan aku menyerlah.Dia pun makin pandai dalam pelajaran.Masa tu kan PMR,mesti lah semangat nak belajar.Nak dipendekkan cerita keputusan PMR pun keluar.Sebelum tu aku ngan dia ada berbual.Kita orang kan sama-sama mohon MRSM.Jadi aku ngan dia sama-sama pesan agar tak lupa satu sama lain kalau tak sama sekolah lepas ni.Indah saat tu.Tapi masa tu aku masih anggap dia kawan baikDitakdirkan aku dapat 8A ,dia 7A 1B.

Agaknya rezeki dia ditawarkan ke MRSM.Tinggallah aku kat sekolah lama.Hari-hari yang aku lalui amat sunyi.Takde lagi gurau atau lawak.Takde lagi ketawa.Hidup aku kosong walaupun aku menyinar dalam pelajaran.Selepas dia pergi barulah aku tahu apa erti rindu.Amat menyakitkan hati dan perasaan,Aku rindu kepada seorang teman yang hadir dalam suka dan duka.Kini,memori itu tinggal kenangan.Tinggallah aku di sini menjadi seorang perindu.

Saturday, August 29, 2009

Warisan (Aku anak Merdeka!)

Sempena Hari Kemerdekaan yang Ke-52

MALAYSIAKU GEMILANG

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi negara Malaysia. Tanpa disedari, banyak peristiwa dan insiden yang berlaku sejak tarikh keramat itu. Kita semua telah berjaya membina sebuah negara yang menyerlah hasil jerih perih dicengkam penjajah sebelum ini. Kita berjaya menyemai benih-benih kemakmuran dan kini menikmati manisnya hasil keringat pemimpin terdahulu. Lebih penting lagi kita telah membawa bersama sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk selain dilimpahi dengan semangat muhibah, tidak ketinggalan juga bersatu dalam perkongsian kejayaan pada masa depan. Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bangga, megah dan gembiranya rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta keluar dari kepompong British setelah dijajah selama lebih 170 tahun. Laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka masih segar dalam ingatan dan menjadi sebuah memorabilia yang manis bukan sahaja kepada mereka yang hidup kira-kira setengah abad yang lalu bahkan juga generasi muda kini.

Hakikatnya, hasrat untuk mengecapi dan menghirup udara kemerdekaan tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak kerana perjuangan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Allahyarham Dato Onn bin Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan. Dalam lembaran sejarah yang panjang, usia 50 tahun itu begitu cepat berlalu. Apabila rentang masa itu diukur dalam kerangka sejarah manusia, 1957 seolah-olah sekelip mata sahaja detiknya. Segala harapan, jangkaan dan aspirasi negara kini berada pada puncaknya di saat rakyat Malaysia melangkah ke era baru melepasi zaman keemasan yang dinikmati dalm suasana aman, maju dan makmur.

‘Malaysiaku Gemilang’, begitulah tema hari kemerdekaan yang ke-50 negara Malaysia. Sambutan jubli emas negara dilimpahi dengan perasaan keyakinan. Tamsilannya, hasil usaha bersungguh-sungguh rakyat Malaysia selama lima dekad yang lepas walaupun melalui pelbagai kesukaran dan halangan berjaya menghasilkan kemerdekaan buat negara dan menunjukkan bahawa mereka secara semulajadinya tidak canggung untuk bekerja bersama-sama dan maju seiringan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara tahun ini sebagai yang paling manis dan bermakna baginya. Bekas presiden MCA (Malaysian Chinese Association), Tun Dr Ling Liong Sik pula berharap supaya keharmonian yang wujud pada masa ini akan berterusan buat selama-lamanya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memuji acara sambutan jubli emas negara tahun ini yang dianggap berjaya mengangkat martabat wanita di era moden. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pula turut memuji komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta perarakan. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai para pemimpin yang begitu komited dalam menjalankan tugas untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Tambahan pula, Presiden Singapura, S.R. Nathan menghantar perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Beliau juga mengatakan di dalam suratnya yang 50 tahun pertama Malaysia meninggalkan kesan kemajuan dan pembangunan yang amat memberangsangkan. Selain itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia,


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Hal ini izhar menunjukkan yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara jiran.

Sebelum mencapai kemerdekaan, Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dijajah oleh Inggeris, Portugis, Jepun dan Belanda. Walaupun sebahagian dari negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh lebih dari satu kuasa penjajah, hanya satu kuasa penjajah sahaja yang mempunyai kesan dominan ke atas sistem politik negara berkenaan. Akhirnya, Malaysia menerima sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan bermodelkan sistem politik Inggeris.

Kehidupan rakyat yang serba kekurangan dan tidak mendapat hak yang sewajarnya pada lima dekad yang lalu wajar dijadikan iktibar untuk belia masa kini. Perjuangan rakyat yang tidak mengenal erti putus asa dalam kehidupan mereka telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang cepat membangun dari segi ekonomi dan politik. Tambahan pula, eknomi dan politik negara telah berkembang pesat dan mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Selain itu, perkembangan dalam bidang perindustrian dan pengangkutan telah berjaya membuka mata dunia untuk mengenali Malaysia.

Dalam 50 tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan lambakan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan terbaiknya ialah dalam memperkasakan penduduk luar bandar. Tambahan pula, 50 tahun dahulu, separuh daripada penduduk negara hidup di bawah garis kemiskinan. Kini, hanya tinggal lima peratus daripada jumlah penduduk yang sudah bertambah empat kali ganda jumlahnya dan ia disasarkan mencapai sifar kemiskinan dalam tempoh tiga tahun.

Di samping itu, pencapaian yang turut dimegahkan ialah walaupun kecil dari segi saiz geografinya, ia sudah menjadi sebuah daripada 20 negara perdagangan utama di dunia.. Selain itu, dalam pembangunan sosio-ekonomi, satu daripada asasnya ialah Dasar Ekonomi baru (DEB) yang matlamatnya untuk membasmi kemiskinan
dan memberi kuasa ekonomi kepada semua kaum. Malaysia juga telah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan industri komunikasi dan multimedianya, dengan kemuncak kejayaannya ialah pengwujudan Koridor Raya Multimedia yang telah membawa negara ke mercu saingan ICT global. Kejayaan mencipta jenama telefon bimbit sendiri iaitu M. Mobile telah berjaya menempa nama Malaysia sebagai sebuah negara pembuat telefon bimbit.

Kronologi kejayaan Malaysia dalam membina sebuah negara yang membangun adalah dengan bermulanya pembinaan Bangunan Parlimen pada tahun 1963. Pada tahun 1966, Tugu Negara telah dibina bagi mengenang jasa wira-wira negara yang sanggup menggadai nyawa demi tanah air tercinta. Satu lagi kejayaan negara adalah dengan mengeluarkan kereta nasional pertama, Proton, pada tahun 1985. Kini sektor automotif negara semakin membina reputasi bukan hanya kerana membuat kenderaan sendiri tetapi juga keupayaaan teknologi dan kejuruteraannya serta dalam bidang eksport komponen dan alat ganti.

Selain itu, pembinaan Menara Berkembar Petronas (1997), yang pada satu ketika merupakan bangunan tertinggi di dunia, bukanlah semata-mata menjadi mercu tanda ternama negara tetapi sebenarnya mempamerkan kemampuan dan kehandalan sektor pembinaan dan kejuruteraan Malaysia. Hal ini, telah menyebabkan kontraktor Malaysia mendapat tawaran besar pekerjaan di luar negara, terutama di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Selain itu, rangkaian Lebuhraya Timur-Barat (1983) dan Lebuhraya Utara-Selatan (1994) serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada tahun 1998 turut mewarnai cabang kemampuan dan kredibiliti Malaysia. Tambahan pula, terowong SMART yang baru selesai dibina menunjukkan kebolehan Malaysia yang berjaya menggabungkan terowong tebatan banjir dan jalan raya dalam satu infrastruktur bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Rakyat Malaysia secara individu telah lama mengukir nama mereka di seluruh pelosok dunia sama ada sebagai saintis, pereka fesyen, pelayar, ahli akademik atau politik. Seorang daripadanya ialah Datuk Jimmy Choo yang berpangkalan di London, seorang pereka kasut yang halus seninya sehingga berjaya menambat hati banyak pelanggan terkemuka dan salah seorangnya ialah mendiang Puteri Diana. Malaysia juga berjaya melahirkan Zhang Toi, seorang pereka fesyen yang amat berpengaruh dan beroperasi di New York dan Datuk Michelle Yeoh, seorang aktres Hollywod yang dikenali sebagai gadis “Bond” selepas berlakon dalam salah satu daripada siri filem James Bond. Di samping itu, Malaysia turut berbangga mempunyai pelayar lagenda, Datuk Azhar Mansor yang berjaya menempa namanya dalam sejarah negara menjadi rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo mengikut laluan baru timur-barat-timur, meliputi lebih daripada 25,000 batu nautika. Satu kejayaan yang belum pernah dicapai pelaut lain, termasuk zaman Ferdinand Magellan dari Sepanyol dan Sir Francis Drake dari Britain. Mereka ini telah berjaya membuktikan yang rakyat Malaysia mampu untuk bersaing dengan bangsa lain.

Malaysia juga telah berjaya menaikkan imej sukan negara di peringkat antarabangsa. Penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 membuktikan kredibiliti Malaysia dalam menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Selain itu, penganjuran Sukan Sea juga telah berjaya meningkatkan mutu sukan negara. Malaysia juga tidak ketandusan atlet-atlet yang berwibawa. Buktinya, lihat sahaja kejayaan Nicol Ann David, anak kelahiran Pulau Pinang yang berjaya merangkul Kejuaraan Dunia sekaligus merampas kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia dan sehingga kini tiada siapa yang dapat menggugatnya. Selain itu, Malaysia telah berjaya merangkul emas dalam tempoh 30 tahun dalam Sukan Asia di Doha melalui beregu emas, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Usia yang muda tidak mampu menghalang mereka daripada mengharumkan nama negara di persada dunia. Tidak mustahil mereka mampu menggapai gelaran pemain nombor satu dunia tidak lama lagi. Era kegemilangan bola sepak negara pada zaman Mokhtar Dahari mungkin dapat dikembalikan melihat kepada perkembangan bola sepak negara baru-baru ini. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad bola sepak bawah 19 tahun semasa menentang Chelsea amat membanggakan dan kemenanangan yang diperoleh skuad bola sepak bawah 23 tahun negara dengan mengalahkan Myanmar pada Pestabola Merdeka menunjukkan kebangkitan skuad bola sepak negara.

Kestabilan politik sejak zaman Perikatan sehingga kepada Barisan Nasional hari ini dibina berasaskan kepada perkongsian kuasa, kompromi dan toleransi. Pengalaman Malaysia dipandu oleh pembuatan dasar yang pragmatik. Malaysia tidak pernah berideologi dalam isu pembangunan dan kita lebih gembira untuk memilih secara bersama sebuah strategi yang mempunyai variasi daripada keperlbagaian ideologi demi menyesuaikan keperluan pada masa ini. Namun, sesungguhnya, kita tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan yang diperolehi. Awan mendung menunggu kita di luar sana, di mana dengan arus globalisasi yang kian mendesak negara-negara maju menjadi lebih berdaya saing. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), negara memberikan perhatian khusus kepada keperluan mengenal pasti strategi ekonomi yang betul. Dalam hal ini, kerajaan komited dalam memastikan RMK-9 akan berjalan lancar mengikut perancangan.

Kemerdekaan negara membuktikan yang kita mewujudkan lapisan pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan rakyat pimpinan mereka. Kita dapat lihat bahawa masyarakat sudah bijak dalam memilih pemimpin dan tamsilannya sudah ramai
pemimpin yang tidak berwibawa dan korup terpinggir dan disisihkan. Perdana Menteri sekarang banyak mengamalkan toleransi yang membuatkan ramai pihak segan dan mengagumi cara kepimpinan beliau.

Era kegemilangan Malaysia yang akan datang sudah pun berada pada landasan untuk satu kejayaan awal di luar muka bumi ini iaitu dengan menghantar seorang warga Malaysia ke angkasa lepas. Angkasawan pertama Malaysia akan diterbangkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki sebuah pelancar roket Russia. Pada ketika ini, pilihan angkasawan negara adalah Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed untuk menjadi warga Malaysia pertama melihat negaranya dari angkasa lepas. Oleh itu, sesungguhnya seluruh warga Malaysia memang wajar merayakan zaman keemasan negara ini untuk bersama-sama melangkah ke satu lagi era kemasyhuran negara.

Malaysia pernah dijenamakan sebagai negara pertanian pada awal sejarah penubuhannya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Rancangan Buku Hijau, kewujudan Felda, Felcra, Risda, Porim dan lain-lain badan dan agensi yang bertanggungjawab sebagai badan pelaksana, perancang dan juga pemberi input dari segi kepakaran dan teknologi untuk rancangan pertanian bersepadu di seluruh negara. Namun, adakah negara kita akan maju jika masih dijenamakan sebagai sebuah negara pertanian, mahupun sebagai sebuah negara tempat persingghan barangan sebelum menjadi suatu produk lengkap?. Tidak ada ertinya kemerdekaan jika kita maju dalam acuan yang ditentukan oleh orang lain. Kita perlulah membina suatu empayar ekonomi yang disegani yang akan menaungi negara-negara lain. Malaysia perlu menjadi tempat rujukan dalam pelbagai aspek, baik dari segi pembangunan, pendidikan, sosial, agama dan lain-lain bidang yang dapat membantu keamanan dan kestabilan sejagat.

Negara kita amat bertuah kerana dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan merentas zaman dan juga merentas batasan kaum dan agama. Lima puluh tahun yang akan datang, bagaimanakah kita ingin menceritakan kepada generasi akan datang mengenai 50 tahun yang telah berlalu. Adakah ketika kita menyambut kemerdekaan yang ke-100 pada tahun 2057, masyarakat pada zaman tersebut akan kenal Bapa Kemerdekaan dan Bapa pembanguna Malaysia?. Lima puluh tahun yang telah berlalu adalah penentu kepada lima puluh tahun yang akan datang. Kejayaan negara kita dibina menerusi usaha semua pihak bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Pelbagai proses pahit manis dilalui sejak lima dekad lalu seharusnya dijadikan teladan dan sempadan untuk Malaysia mengharungi 50 tahun yang akan datang.

Malaysia perlu kekal mengamalkan dasar perkongsian kuasa bijak antara kaum yang perlu dicontohi negara lain. Dengan kata lain, dasar yang diwujudkan kerajaan sesuai untuk diaplikasikan semua warganeagara tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Sebagai contoh, pendekatan Islam Hadhari yang diterima baik bukan sahaja golongan beragama Islam malah diterima segenap lapisan masyarakat. Jika dulu ‘siapa kuat akan menang’, sekarang ‘siapa mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang bersih akan menang’. Proses dan sistem dalam pentadbiran awam perlulah telus supaya tiada lagi ruang yang kabur atau tersekat yang menyebabkan masyarakat mula bosan dan sangsi terhadap keberkesanan kerajaan dalam memerintah.

Malaysia perlu mempunyai modal insan berhemah, berkualiti dan berpandangan jauh sekiranya ingin memastikan untuk 50 tahun yang akan datang, negara kita tidak akan dijajah dalam apa jua bentuk. Mungkin untuk tempoh tersebut, tidak mustahil kita akan menguasai sebahagian ekonomi dunia, kita akan menjajah sejarah peradaban dunia serta moncorak penjalanan sosial dunia.

Jika disamakan usia negara seperti manusia, bolehlah kita rumuskan bahawa negara kita sudah matang, sudah melahirkan golongan pelapis menerusi pelbagai perubahan, memiliki keluarga besar, mempunyai kewangan yang stabil dan akan mewariskan segala harta kepada golongan pelapis. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama kanak-kanak adalah langkah yang manis, namun dibimbangi ibu bapa kerana takut berkemungkinan anak itu akan jatuh. Jangan takut, Malaysia menjadi anak yang mengambil langkah pertama tanpa gentar sambil membantu rakan lain bertatih kerana untuk 50 tahun yang akan datang diharap akan menjadi ‘kakanda’ kepada negara yang lain.

Tuesday, August 25, 2009

Gitar

Entah macam mana aku boleh terminat kat gitar aku pun tak tau.Nengok gitar rasa gatal je tangan aku nak main lagu.Tapi aku tak tau camna nak main.Bestnya kalau aku dapat main gitar ni.Feeling beb...

Monday, August 24, 2009

Sambungan cerpen (8)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


Perbahasan semakin hangat.Isu yang dibahaskan kali ini bertajuk ’Sektor Pertanian Patut Dijadikan Pemangkin Ekonomi Negara’.Selepas Harith dan ketua pembangkang selesai menggulung hujah,mereka berdebar menanti keputusan.Apatah lagi inilah kali pertama mereka dapat melayakkan diri ke pusingan terakhir.
Yang Di-Pertua bangun untuk mengumumkan keputusan.Selepas membuat rumusan tentang perbahasan tadi,dia mengumumkan keputusan.
”Dengan ini,saya mengumumkan bahawa usul pihak pembangkang ditolak.Ini bermakna usul pihak kerajaan diterima,”umum Yang Di-Pertua.
”Kita menang!”Jeritan kecil Iswary,Cheryl,dan Maira serta penyokong kedengaran bergema di dewan.
Pengerusi Majlis menyuruh para pelajar bertenang untuk menyampaikan hadiah dan mengumumkan pembahas terbaik untuk pertandingan ini.
”Pembahas terbaik bagi pertandingan Perbahasan Ala Parlimen peringkat daerah ialah adik Ariff Faiq bin Ahmad Fiza dari SMKDA.”umum pengerusi Majlis.
Kemenangan ini merupakan kemenangan berganda bagi SMKDA.Ucapan tahniah bertalu-talu kepada pasukan bahas SMKDA.Orang ramai mengerumuni pasukan itu.Keadaan itu membuatkan Maira rebah jatuh ke lantai tetapi sempat disambut oleh Faiq.Pandangan Maira gelap.Suara rakan-rakannya yang memangil namanya hanya sayup-sayup kedengaran dan terus hilang.
Suasana gembira bertukar cemas.


Panahan cahaya putih menyilaukan matanya.Samar-samar dia mula mengenali keadaan di sekelilingnya.Kelihatan Wahida dan Cikgu Masliza duduk menemani dirinya.
”Wahida,aku kat mana ni?Tanya Maira lemah.
”Kau kat hospital.Tadi kau pengsan.jelas Wahida cuba mengembalikan memori Maira yang masih kabur.
”Oh,ye ke?Habis aku kat sini berapa hari?Tanya Maira.
”Emm,aku ngan cikgu tak tau la.Maybe esok lusa kau boleh keluar kot.Kata Wahida.”Tapi kau jangan la risau,aku dah bagi tau family kau dah pasal hal ni.Dia orang dalam perjalanan ke sini.
Di ruang menunggu Faiq kelihatan sedang menunggu Maira.Harith baru sebentar tadi pulang kerana waktu petang sudah mula menginjak ke senja.Pada Faiq tiada siapa yang memaksanya balik ke rumah kerana ibu bapanya sibuk bekerja manakala Mak Dah dah diberitahu tentang hal ini.
Faiq mengimbau kembali keadaan sebentar tadi.Sepanjang perjalanan Maira ke hospital,hatinya tidak berhenti berdoa agar Maira selamat.Dia takut kehilangan Maira.Sesungguhnya hati insan sukar berbohong dalam soal hati dan perasaan.
”Ada tak pesakit bernama Maira ditempatka di sini?”tanya satu suara di kaunter penyambut tetamu.
”Err,mak cik dengan pak cik ni mak bapak Maira ya?Tanya Faiq kepada Marliah dan suaminya.
”Ya,kamu ni siapa?Tanya Marliah kembali.
”Saya ni kawan Maira.Saya boleh tunjukkan kat mana bilik Maira.Kata Faiq.
Tanpa banyak soal jawab,ibu bapa Maira pun mengikut Faiq.


BERSAMBUNG......

Sunday, August 23, 2009

Markah ujian Selaras 3.....

Result aku taklah gempak sangat tapi bolehlah.BM:100,BI:80,MM:67,MT:9G,FZ:79,KM:73,BIO:76,SJ:96,PI:100.Aku sedih sangat coz first time aku gagal add math.Xpelah try again.Oklah ni saja aku dapat cakap pasal result aku yang hampeh ni.Anyway cuti ni aku balik kampung pulai.Dah lama aku tak tidur kat sana.Raya ni pun kat pulai gak.Xdapatlah aku marhaban kat KT.Hmm...

Saturday, August 22, 2009

Sambungan cerpen (7)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


Tepukan tangan para hadirin kedengaran.Baru sebentar tadi mereka berbahas untuk pusingan separuh akhir menentang SMKSM,musuh tradisi SMKDA dalam arena perbahasan.Keputusan akan diketahui sebentar lagi.Kali ini SMKDA menjadi pihak pembangkang.
Yang DiPertua mula bangun untuk mengumumkan keputusan.Maira hamya bertawakkal kepada Allah.
’Usul pihak kerajaan ditolak.Ini bermakna usul pihak pembangkang diterima.”,umum Yang DiPertua.
Keceriaan terpancar daripada raut wajah mereka berenam apabila berjaya ke pusingan terakhir.Mengikut maklumat yang diberikan mereka akan menentang SDARY yang merupakan juara bertahan arena ini.
”Tak sangka kan boleh layak ke peringkat akhir.Padahal SMKSM tadi apa kurangnya,”kata Maira kepada Iswary selepas mereka diberi rehat selama satu jam sebelum pertandingan final bermula.Ketika itu mereka sedang makan tengah hari bersama-sama di kantin sekolah.
”Mana taknya,si Faiq ni dah fire dia orang habis-habisan.Mahunya terdiam budak tu.”balas Harith.Mengimbau kembali detik-detik ’panas”perbahasan tadi.
”Dah berlatih bertikam mulut dengan si Maira ni,mana tak terror,usik Wahida.
”Eh,apa yang korang merepek ni,Makan lagi bagus.Lepas tu yang mana Muslim tu solat,minta petunjuk Allah,”sanggah Maira,cuba mengalih topik.
”Ahh,betul tu,”sambung Faiq.
”Aik,sehati sejiwa nampak? Tadi gaduh macam berperang,”usik Wahida lagi.
Maira dan Faiq hanya diam,meneruskan suapan.Berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan Wahida.Tetapi di hati siapalah yang tahu?


Mereka dikuarantin selama satu jam di perpustakaan.Ketika itu,mereka sedang khusyuk berlatih dan mengingati isi-isi penting.Kali ini mereka menjadi pihak kerajaan.
Maira bangun menuju ke rak buku.Dari tadi kepalanya pening dan tubuhnya bagai ingin melayang-layang.
”Kau kenapa?Bibir kau pucat lah.Tak sihat eh?Tanya Wardina kepada Maira.
Sejak tadi dia memerhatikan Maira.Nampak tidak bermaya dan letih.
”Alah,tu bukannya apa,nervous je tu....tingkah Faiq.Dalam hati kecilnya risau juga melihat Maira berkeadaan begitu.
”Wah,susahlah macam ni.Kau kan pembahas terbaik sekolah.Takkan saat akhir macam ni kau nak ganti orang lain pulak.celah Harith jelas risaukan tentang Maira dan pertandingan.
’Siapa yang cakap aku nak ganti orang lain.Kau orang ni over sangat la.Dah,dah baca bahan tu kan tak dapat patahkan hujah lawan pulak,balas Maira cuba mengalih tajuk perbualan.
Mereka mula menyambung bacaan yang terhenti tadi.
Kebenarannya,hanya Wahida yang tahu.Baru-baru ini Maira kerap pengsan dan hidungnya selalu berdarah.Sebagai sahabat,Wahida menasihatkan Maira pergi membuat medical check up,tetapi ditolak mentah-mentah oleh Maira.Maira kerap memberi alasan tentang cuaca yang tak menentu penyebab penyakitnya itu.Mungkin...detik hatinya..
Hati Wahida berdegup kencang mengenangkan kemungkinan itu.

BERSAMBUNG..........

From da'eyes to da'heart

RAHSIA MATA WANITA


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....



SIFAT MATA WANITA


Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.



Saiz mata sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.



Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.



Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.



Mata redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.



Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Friday, August 21, 2009

Cuti lagi.......

Esok puasa,so aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia.Dan ini bermakna my pals yang kat boarding school tu akan balik kampung.Rindu sangat kat die.But he is not may special bf taw.Kawan je.Kepada kawan-kawan tu puasalah dengan penuh keikhlasan.Kepada Nelson Lim,cuba la puasa sehari,hari tu kan kau juga yang cakap nak test puasa.Akhir kata,selamat berpuasa......

Thursday, August 20, 2009

Lenka-Trouble Is A Friend (Betul ke?)

Lenka - Trouble Is A Friend

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

Chorus 1

Chorus 2

Oh, Oh.


Oh,I like this song very much.Suits myself.

Monday, August 17, 2009

RAHSIA HARI LAHIR &TABIAT WANITA

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.


KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.

First Time Masak Kari

Hari tu,aku masak kari buat kali pertama coz mak aku demam.Kira bidan terjun la ni.Rasa kari tu macam pelik jer.Tapi pelik bin ajaib adik ku Aleef makan macam orang kebulur.Dia cakap sedap sangat kari aku.Wah,kembang ler sikit hidung aku bila dengar pujian tu.Tapi lepas ni aku nak improve lagi skill masakan aku.Yelah,nak jadi wanita Melayu terakhir.Kwa,kwa,kwa.Anyway,nilah resepi kari yang aku buat hari tu.





KARI AYAM

Bahan-bahan ( 6 org )
• * Bahan dikisar halus *
• 20 tangkai lada kering
• 3 biji lada besar merah
• 7 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 3 cm halia
• 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
• * Bahan disangai dan dikisar sekali*
• 1 1/2 sb ketumbar
• 1 sb jintan halus
• 3 biji buah keras
• * Bahan yang lain *
• 1 ekor ayam potong 12
• 1 labu bwg besar dimayang
• 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
• rempah tumis 4 beradik
• 1 sk halba
• 1 sk biji sawi
• 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
• 2 keping asam gelugor
• 3 tangkai daun kari
• 2 biji ubi kentang
• 1/4 cawan minyak utk menumis
• garam,gula & serbuk perasa





Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit

2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.

3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.

4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.

5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.

6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Pokok Semalu Dan Wanita Muslimah.........Fikirkan Sejenak.

Suatu hari,Rasulullah S.A.W dan puterinya Fatimah Az-Zahra bersiar-siar.Tiba-tiba Fatimah terpijak pokok semalu yang berduri.Fatimah telah mengutuk pokok tersebut.Tetapi perbuatan tersebut telah ditegur oleh Rasulullah S.A.W.Baginda berkata:

"Wahai anakku,tahukah engkau pokok semalu itu amat sinonim dengan wanita?

Fatimah yang tidak mengetahui perkara itu terus bertanya kepada ayahandanya.

"Ada 4 perkara yang ada pada pokok semalu itu amat sinonim dengan sifat yang patut ada pada seorang muslimah"

Pertama:
Duri yang terdapat pada pokok itu berfungsi untuk melindungi.Begitu juga wanita perlu mempunyai benteng yang kuat untuk melindungi dirinya.Sebagai contoh,seni mempertahankan diri,patut dipelajari setiap wanita.paling kurang pun wanita dikurniakan suara yang nyaring untuk meminta pertolongan ketika kesusahan.

Kedua:
Daunnya yang menguncup setiap kali dipegang.Melambangkan sifat malu dalam diri muslimah.

Ketiga:
Akarnya yang kuat mencengkam bumi.Melambangkan kekuatan akidah dan iman seorang wanita muslimah.

Keempat:
Daunnya yang menguncup setiap kali matahari terbenam.Hal ini juga melambangkan setiap wanita muslimah haruslah pandai menjaga diri dengan pulang ke rumah sebelum malam.Dan keluar dari rumah hanya dengan muhrim.

Itulah hikmah Allah S.W.T menciptakan pokok semalu.

Thursday, August 13, 2009

H1N1 (Cuti Kuarantin)

hari tu sekolah aku kena tutup sebab wabak selsema babi.cuti ler 8 hari.Tapi aku cuti 12 hari.Sebabnya aku demam panas.Takutlah dunia sekarang ni,macam -macam penyakit ada.Penyakit pembunuh pulak tu.Aku harap wabak H1N1 ni akan dapat dihapuskan dengan segera.Amin.

Wednesday, August 5, 2009

Sambungan cerpen (6)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

Kereta mewah yang dipandu Pak Ali terus membelah hujan lebat.Maira yang duduk di tempat duduk belakang hanya membisu,melontarkan pandangan ke luar tingkap.
Faiq pula turut diam.Matanya sempat mencuri pandang wajah Maira.
”Aku minta maaf pasal hari tu,Faiq mula berbicara.
’Tak apa saya dah maafkan.Lagipun dah lamakan benda tu berlaku.Saya pun malas nak simpan dendam.”balas Maira.
Begitu mudah dia memaafkan Faiq padahal tiga minggu yang lepas amarahnya berapi-rapi lagi.
Nasib baik dia mafkan,desis hati Faiq.
”So,friends?,tanya Faiq lagi.
Maira hanya mengangguk.Malas mahu melayan.
”Tuan Faiq,kita dah sampai rumah Maira,Kata Pak Ali.
Selepas menurunkan basikal Maira,Maira meengucapkan terima kasih kepada Faiq dan Pak AliDi jendela rumah,Ibu Maira memerhatikan anaknya yang melambai-lambai ke arah kereta mewah yang meluncur pergi dari halaman rumah.
Di rumah ibu Maira sedang menunggu Maira di ruang tamu.
”Balik dengan siapa?Soal ibunya.
”Dengan kawan.Dialah yang tumpangkan Maira tadi sebab hujan.Tayar basikal Maira pun pancit tadi,jelas Maira jujur tanpa berselindung.
”Macam orang kaya je kawan kau tu,ujar ibunya.
”Ya kot.Maira tak rapat sangat dengan dia mak.Kami kenal pun sebab sama-sama jadi peserta perbahasan,”kata Maira sambil menanggalkan tudung sekolahnya.
”Mak bukan apa.Cuma mak tak berapa suka kalau kita ni rapat sangat dengan orang kaya.Ye la kita ni pipit.Dia orang tu enggang.Mana sesuai beriringan.”pesan Marliah kepada anaknya.
Peristiwa pahit 30 tahun lalu masih terpahat kukuh dalam ingatannya.
Peristiwa yang membuatkan arwah kakaknya menderita kerana cintanya dihalang.Arwah kakaknya terpaksa mengahwini Baharuddin orang tua kaya di kampungnya kerana hutang ayahnya yang tidak langsai.Dia meninggal kerana menderita didera oleh orang kaya Baharuddin.
Orang kaya memang tak guna,jerit hatinya.
”Mak!mak melamun ye?Pertanyaan Maira melenyapkan kenangan ibunya.
Ibunya terpinga-pinga.Lalu dia menyuruh Maira membersihkan dirinya dan solat Asar.
Sambil menggeleng-geleng kepala Maira masuk ke bilik tidurnya.
Kenapa dengan mak aku tu?getus hatinya.
*******************************************************************************

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.Di perkarangan sekolah kelihatan van sekolah dan bas sekolah menghantar peserta-peserta perbahasan daripada sekolah lain.
’Berdebar pula rasanya kan?,kata Wahida kepada Maira.
”Perasaan gementar tu biasalah.Betul tak Iswary?,tanya Maira.
”Betul tu.Lagipun kita ni kan simpanan.Patutnya yang berdebar tu dia orang bertiga bukan kau Wahida,”ujar Iswary kepada Wahida.
Ketika itu mereka di perpustakaan,membuat persediaan terakhir.Faiq sedang membaca maklumat tambahan yang diperoleh sebentar tadi manakala Harith berbual-bual dengan Cheryl.Gementar agaknya.
Faiq sempat menjeling sekilas wajah Maira.Suara Maira yang sedang berceloteh kepada kawan-kawannya menarik minatnya untuk menyertai perbualan tersebut.
”Amboi,mak nenek ni sedapnya bercakap.Macam orang senang hati je,celah Faiq.
”Mana ada senang hati.Kita orang ni berdebar la.Especially si Wahida ni,”balas Iswary.
Perbualan mereka terhenti apabila derap kaki Cikgu Roslan menghampiri perpustakaan.Selepas memberi salam dia mengagih-agihkan kot kepada mereka.
”Kot ni awak semua try dulu ya.Kalau tak sesuai cikgu ada bawa spare.Ah,satu lagi tali leher ni pun kena pakai sekali,”kata Cikgu Roslan sambil mengagih-agihkan kot dan tali leher.
”Lecehlah nak pakai kot dengan tali leher ni.Panas,”bantah Faiq.
”Kalau tak nak pakai kot dengan tali leher baik awak berbahas kat kedai kopi, lagi bagus,”tempelak Maira.Jaki mendengar kata-kata Faiq.
”Dah awak semua jangan bergaduh.Cepat pakai kot dengan tali leher tu.Ada 15 minit lagi sebelum taklimat bermula,”kata Cikgu Roslan cuba menghentikan ”peperangan” mulut antara Maira dan Faiq.
Selepas Cikgu Roslan berlalu,mereka mula sibuk memakai pakaian tersebut.
”Erm...Maira boleh tolong aku tak?,tanya Faiq kepada Maira.
”Apa dia?”,balas Maira acuh tidak acuh.
”Boleh tolong pakaikan tali leher tak?,ujar Faiq.
”Pakailah sendiri.Tak pun suruh Harith pakaikan,”balas Maira lagi.
Isyy,aku tengah marah ni.Ada yang mati tercekik terjerut tali leher kejap lagi ni kang.
”Alah,nak bagi peluang buat pahala tak nak.Lagipun aku memang tak reti pakai tali leher ni.Harith pulak tengah pakai tali leher tu,”katanya sambil memintal-mintal tali leher di tangannya.
Malas mahu bertekak,Maira mengambil tali leher daripada tangan Faiq dan memakaikannya di leher jinjang Faiq.
”Awak ni tinggi sangat la, susah nak simpulkan tali leher ni kat leher awak tu.Tunduk sikit,”ngomel Maira.
Sememangnya Maira memang rendah berbanding Faiq.Kalau mereka berdiri bersebelahan,ketinggian Maira hanya menyamai ketiak Faiq saja.
”Kau ni macam tak ikhlas je nak tolong.Adoi!sakit la batang leher aku.Kau nak membunuh ke?,”ujar Faiq sambil memegang tali leher.
Padan muka.Banyak songeh pulak mamat ni.Memang dia sengaja mengetatkan tali leher tadi supaya mulut murai Faiq berhenti.Sakit telinganya mendengar Faiq berceloteh.
”Kau nengok dia orang tu,sepadan kan?,”ujar Wahida kepada Cheryl dan Iswary.
”Sepadan?Hai, bergaduh macam anjing dengan kucing pun sepadan ke?,”balas Cheryl kehairanan.
”Mula-mula bergaduh lepas tu serasi la,”sambung Iswary
”Ok,awak semua boleh pergi ke dewan utama untuk mendengar taklimat,”kata Cikgu Roslan.Debaran kian terasa.


BERSAMBUNG.......