Wednesday, August 5, 2009

Sambungan cerpen (6)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

Kereta mewah yang dipandu Pak Ali terus membelah hujan lebat.Maira yang duduk di tempat duduk belakang hanya membisu,melontarkan pandangan ke luar tingkap.
Faiq pula turut diam.Matanya sempat mencuri pandang wajah Maira.
”Aku minta maaf pasal hari tu,Faiq mula berbicara.
’Tak apa saya dah maafkan.Lagipun dah lamakan benda tu berlaku.Saya pun malas nak simpan dendam.”balas Maira.
Begitu mudah dia memaafkan Faiq padahal tiga minggu yang lepas amarahnya berapi-rapi lagi.
Nasib baik dia mafkan,desis hati Faiq.
”So,friends?,tanya Faiq lagi.
Maira hanya mengangguk.Malas mahu melayan.
”Tuan Faiq,kita dah sampai rumah Maira,Kata Pak Ali.
Selepas menurunkan basikal Maira,Maira meengucapkan terima kasih kepada Faiq dan Pak AliDi jendela rumah,Ibu Maira memerhatikan anaknya yang melambai-lambai ke arah kereta mewah yang meluncur pergi dari halaman rumah.
Di rumah ibu Maira sedang menunggu Maira di ruang tamu.
”Balik dengan siapa?Soal ibunya.
”Dengan kawan.Dialah yang tumpangkan Maira tadi sebab hujan.Tayar basikal Maira pun pancit tadi,jelas Maira jujur tanpa berselindung.
”Macam orang kaya je kawan kau tu,ujar ibunya.
”Ya kot.Maira tak rapat sangat dengan dia mak.Kami kenal pun sebab sama-sama jadi peserta perbahasan,”kata Maira sambil menanggalkan tudung sekolahnya.
”Mak bukan apa.Cuma mak tak berapa suka kalau kita ni rapat sangat dengan orang kaya.Ye la kita ni pipit.Dia orang tu enggang.Mana sesuai beriringan.”pesan Marliah kepada anaknya.
Peristiwa pahit 30 tahun lalu masih terpahat kukuh dalam ingatannya.
Peristiwa yang membuatkan arwah kakaknya menderita kerana cintanya dihalang.Arwah kakaknya terpaksa mengahwini Baharuddin orang tua kaya di kampungnya kerana hutang ayahnya yang tidak langsai.Dia meninggal kerana menderita didera oleh orang kaya Baharuddin.
Orang kaya memang tak guna,jerit hatinya.
”Mak!mak melamun ye?Pertanyaan Maira melenyapkan kenangan ibunya.
Ibunya terpinga-pinga.Lalu dia menyuruh Maira membersihkan dirinya dan solat Asar.
Sambil menggeleng-geleng kepala Maira masuk ke bilik tidurnya.
Kenapa dengan mak aku tu?getus hatinya.
*******************************************************************************

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.Di perkarangan sekolah kelihatan van sekolah dan bas sekolah menghantar peserta-peserta perbahasan daripada sekolah lain.
’Berdebar pula rasanya kan?,kata Wahida kepada Maira.
”Perasaan gementar tu biasalah.Betul tak Iswary?,tanya Maira.
”Betul tu.Lagipun kita ni kan simpanan.Patutnya yang berdebar tu dia orang bertiga bukan kau Wahida,”ujar Iswary kepada Wahida.
Ketika itu mereka di perpustakaan,membuat persediaan terakhir.Faiq sedang membaca maklumat tambahan yang diperoleh sebentar tadi manakala Harith berbual-bual dengan Cheryl.Gementar agaknya.
Faiq sempat menjeling sekilas wajah Maira.Suara Maira yang sedang berceloteh kepada kawan-kawannya menarik minatnya untuk menyertai perbualan tersebut.
”Amboi,mak nenek ni sedapnya bercakap.Macam orang senang hati je,celah Faiq.
”Mana ada senang hati.Kita orang ni berdebar la.Especially si Wahida ni,”balas Iswary.
Perbualan mereka terhenti apabila derap kaki Cikgu Roslan menghampiri perpustakaan.Selepas memberi salam dia mengagih-agihkan kot kepada mereka.
”Kot ni awak semua try dulu ya.Kalau tak sesuai cikgu ada bawa spare.Ah,satu lagi tali leher ni pun kena pakai sekali,”kata Cikgu Roslan sambil mengagih-agihkan kot dan tali leher.
”Lecehlah nak pakai kot dengan tali leher ni.Panas,”bantah Faiq.
”Kalau tak nak pakai kot dengan tali leher baik awak berbahas kat kedai kopi, lagi bagus,”tempelak Maira.Jaki mendengar kata-kata Faiq.
”Dah awak semua jangan bergaduh.Cepat pakai kot dengan tali leher tu.Ada 15 minit lagi sebelum taklimat bermula,”kata Cikgu Roslan cuba menghentikan ”peperangan” mulut antara Maira dan Faiq.
Selepas Cikgu Roslan berlalu,mereka mula sibuk memakai pakaian tersebut.
”Erm...Maira boleh tolong aku tak?,tanya Faiq kepada Maira.
”Apa dia?”,balas Maira acuh tidak acuh.
”Boleh tolong pakaikan tali leher tak?,ujar Faiq.
”Pakailah sendiri.Tak pun suruh Harith pakaikan,”balas Maira lagi.
Isyy,aku tengah marah ni.Ada yang mati tercekik terjerut tali leher kejap lagi ni kang.
”Alah,nak bagi peluang buat pahala tak nak.Lagipun aku memang tak reti pakai tali leher ni.Harith pulak tengah pakai tali leher tu,”katanya sambil memintal-mintal tali leher di tangannya.
Malas mahu bertekak,Maira mengambil tali leher daripada tangan Faiq dan memakaikannya di leher jinjang Faiq.
”Awak ni tinggi sangat la, susah nak simpulkan tali leher ni kat leher awak tu.Tunduk sikit,”ngomel Maira.
Sememangnya Maira memang rendah berbanding Faiq.Kalau mereka berdiri bersebelahan,ketinggian Maira hanya menyamai ketiak Faiq saja.
”Kau ni macam tak ikhlas je nak tolong.Adoi!sakit la batang leher aku.Kau nak membunuh ke?,”ujar Faiq sambil memegang tali leher.
Padan muka.Banyak songeh pulak mamat ni.Memang dia sengaja mengetatkan tali leher tadi supaya mulut murai Faiq berhenti.Sakit telinganya mendengar Faiq berceloteh.
”Kau nengok dia orang tu,sepadan kan?,”ujar Wahida kepada Cheryl dan Iswary.
”Sepadan?Hai, bergaduh macam anjing dengan kucing pun sepadan ke?,”balas Cheryl kehairanan.
”Mula-mula bergaduh lepas tu serasi la,”sambung Iswary
”Ok,awak semua boleh pergi ke dewan utama untuk mendengar taklimat,”kata Cikgu Roslan.Debaran kian terasa.


BERSAMBUNG.......

No comments:

Post a Comment