Saturday, October 31, 2009

Seminggu berlalu....

Dah seminggu aku x update blog nih...Aku baru abis exam BM,BI,BIO,n MM.ada 5 paper lagi.Tension......X pelah...tu kan asam garam hidup pelajar.....

Wednesday, October 21, 2009

Kenangan yang menjadi lipatan sejarah....

First love....Kirana cinta pertama.....sangat indah.Orang kata cinta pertama adalah cinta yang terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Aku kenal dia sejak kecik lagi.Umur aku 4 tahun dia 5 tahun.Masa tu sama2 skolah tadika.Masa tu manalah aku tau erti cinta.....Aku cuma rapat dengannya....Main sama2,pergi-balik sekolah pun saing....Belajar...pun sesama.....

Masa kechik aku ni tomboi sikit.....sebab slalu campur ngan bebudak laki.....
Aku selalu bertanding ngan dia...x kira dalam apa acara dan lapangan....lumba basikal...kedudukan dalam kelas...main lumba lari...panjat pokok....Pendek kata semualah....tapi dia selalu dpat no 1 dan aku di tempat kedua.mula-mula aku benci juga tapi lama-kelamaan aku terbiasa malah jadi luar biasa pulak bila aku mengalahkannya.

Perkara ni berterusan sampai aku berumur 9 tahun.Aku pindah dari kampung tu.Entah knapa aku sedih sangat...Aku terlalu selesa bersama-sama dia...aku terbiasa mengisi masa ku mendengar dia bercerita,ketawa,bergaduh,bertekak,bermain bersama-sama dia.

Aku ingat masa aku pindah tu...Dia pandang dari jauh je.....Aku tau dia pun sedih...Aku hanya mampu melambai dari dalam kereta....sedikit demi sedikit dia makin menjauh....dan hilang...

Selepas pergi...baru aku tau apa erti dan sakitnya rindu.....
Sebelum aku menjejakkan kaki aku di sekolah menengah,aku hanya sempat bertemu dengan dia semasa pertandingan peringkat daerah atau negeri.Tapi setiap pertemuan itu hanya ada senyuman dan lambaian saja...kecuali masa pertandingan nasyid di SKS.Dia menegur aku....Masa tu aku darjah 5 dia darjah 6....

Aku dapat tahu dia skolah menengah di SMK** slepas dapt 4A dlm UPSR.Aku cuma mampu ucapkan selamt berjaya dari jauh.Aku masih ingat cita-citanya yang mahu menjadi vet bila dewasa nanti.Aku berjaya mendapat 5A dlm UPSR...

Tanpa disangka-sangka,aku bersekolah di tempat yg sama dgn dia...Kami mula berhubung kembali....Tapi ada sesuatu yang hilang pada dirinya.....dia berubah.....WEll,dia ada propose aku,so aku terima...tapi kami clash...tanpa disedari.....

Dia bukan lagi insan yang ku kenal.....Dia dah lupa pada cita2 dia...yang dulu selalu dia cakap kat aku...Kami mempunyai matlamat berbeza...Dia lebih senang enjoy dan hanyut dalam dunia dia...Dia bukan lagi insan yang suka bersaing.....dan aku sedar impian yang dibina semasa aku dgn dia di skolah rendah x kan tercapai iaitu mahu menjadi doktor.....Mungkin dia dah lupa.....

Aku menjadi pengawas di skolah tu...Dan yg membuat aku marah dan hilang respect kat dia masa aku sendiri tangkap dia masa dia tgh panjat pagar......

Kini..sedikit demi sedikit aku mula lupakan dia.....Aneh,walaupun dia dah bertahun tidak menegur aku,walaupun dia banyak kelemahan...aku masih mengingati dia....Mungkin ini lah dikatakan cinta pertama yang takkan dilupakan sampai bila2....Kerana di hati aku ni telah terukir nama dia......Tapi aku simpan semua ni dan jadikannya sebagai sejarah.....

Tuesday, October 20, 2009

Bila lelaki cakap..........

Okey,kali ni aku nak tanya....Bila sorang guys yang dianggap kawan ni cakap :

-i miss u
-i like u
apa maksudnya ya?

kalau dia selalu:

-telefon kita (tanya khabar)
-ambil berat
-kirim salam

apa tandanya ya?

Bila kita rindukan dia apa maksudnya ya?

Fikirlah sendiri.....

Sunday, October 18, 2009

Sekitar Kawasan Kediamanku....

Beberapa hari sebelum Deepavali,kat taman perumahan aku (Serkam)ada satu keluarga India yang kematian anak.Anaknya yang berusia 18 tahun tu mati sebab apendiksnya pecah...Kesian...Yang aku kagum tuh...orang India kat Merlimau pun boleh tau kan...Ni menunjukkan betapa semangat kesatuan dalam bangsa dia orang ni kuat..Kalau nak fikir balik...kawasan dia orang jauh juga kan?

Lepas tu...hari ni berlaku kemalangan kecil kat lorong taman aku ni....Seorang lelaki berbangsa India nyaris terlanggar seorang budak (anak jiran aku).Aku nampak India tu jatuh sebab nak elak budak tu.OK,ni judgement akulah...Aku tak tau siapa salah siapa betul tapi aku rasa jiran aku sebab dia biarkan anak dia main kat tengah jalan...India tu pulak bawa motor laju....

Hari ni juga mak wan balik dari umrah.Alhamdulillah dia sihat.Aku dapat jubah ngan selendang.Puas juga makan buah delima dan coklat arab....

Pada Dessy dan Thari I'm really sorry coz cannot attend da open house kat rumah korang.Dessyt Jatti jangan marah eh?

Tabiat buruk.....

Semua orang ada tabiat buruk...termasuklah aku....Banyak tau senarainya.....Senarainya ni aku buat berdasarkan pemerhatian akulah...kat rumah,kelas,dan lain-lain..Kau orang ada tak salah satu daripada tabiat ni?

-Suka bantal busuk
-Gesek kaki kat tempat2 tertentu.(kalu adik aku kat tudung saji)
-Gosok tangan
-Gigit kuku...(ni tabiat buruk akulah)
-Korek idung di mana saja.
-Cungkil gigi lepas tu bau lidi tu...(yaks)
-Keruk kepala lepas tu bau tangan balik.
-Suka cium bau stokin(eeeee...)
-Termenung.
-Suka jongketkan kerusi masa duduk.

Buat masa ni cukuplah....Kalau ada tabiat yang pelik-pelik nanti aku bagi tau lagi.....

Anime atau kartun kegemaran..

Aku minat sangat anime ngan kartun...Ini senarai kartun yang aku minat...

-Crayon Shin Chan
-School Rumble
-Fruit Basket(kartun yang slalu buat aku nangis)
-Detective Conan
-Spongebob Squarepants
-Oggy and Cockroach
-Wonderpets

Ada banyak lagi tapi ni le citer yang slalu aku layan.......

Mana lagi sakit?

OK aku nak tanya satu soalan.....

Mana lagi sakit?

a)Cinta yang diluah dan ditolak oleh si dia.

atau

b)Cinta yang disimpan dalam hati tanpa memberitahu si dia....


Aku dah tanya beberapa orang antara jawapannya:

-Mak aku cakap it's better to keep it secret.Why?kerana kalau ditolak cintanya akan memalukan kita...Jatuh saham beb.....Tapi dalam masa yang sama bagi hintlah.....

-Kawan aku (nama dirahsiakan)baik bagitau walaupun ada risiko cinta ditolak.Kenapa?Sebab cinta yang dipendam ni takkan membawa ke mana-mana...Betul ke?

So,apa pendapat korang?

A week b4 final exam

Wargh!!!!Tension......!!!!!!banyak subjek kena cover.....Macam mana ni......Help...!Itulah antara jeritan,keluhan,luahan aku sebelum exam.......So,all da best aku ucapkan pada kengkawan yang nak ambil exam tuh.......termasuklah aku sekali.....

Patah Tumbuh Hilang Berganti...tapi........

Baru-baru ni ada sekor kucing datang kat rumah aku.Bulunya hitam putih dan betina.Anak lagi.....saiznya x besar sangat.so mak dan aku decide nak bela kucing tu.Namya Tam Tih.Comel...kuat mkn....dan penghibur hati...Dia seolah-olah pengganti kucing aku yang mati sebulan yang lepas...Tot.Tapi mana nak sama kan?Apa boleh buat...patah tumbuh hilang berganti.......tapi tak sama dengan yang hilang atau yang hilang tu betul tak?

Sunday, October 11, 2009

Akhirnya......Pusat Akses Sekolah Boleh Digunakan

Lama aku tunggu pusat akses ni dapat berfungsi...aku rasa nak dekat 4 bulan kot...hari ni aku dapat guna internet kat sini....so tahniah aku ucapkan pada pihak pengurusan sekolah kerana dapt fix kan masalah ni....

Sakit....oh...sakit

8 September hingga 11 September......kesiannya kat aku...sakit lagi....Mula-mula demam...lepas tu sakit tekak.....dan lepas tu kaki sakit coz tersepak tiang(cari penyakit)....dan beguk(bengkak kat leher)....Kesannya,aku tak dapat pergi kursus pembubaran PUM....kesian kawan-kawan aku kat sana......aku rasa bersalah sangat pada dia orang....apakan daya aku tak sihat...nasiblah dapat Pengurus Besar yang selalu sakit.......Tetapi aku yakin setiap peristiwa pasti ada hikmahnya.....(skema lah pulak)Cuma aku harapkan sakit ni akan sembuh cepat......Sebab ada beberapa sebab yang aku 'lemah' masa sakit ni.Antaranya:

-makan ubat....rasanya amat teruk....

-kena urut dengan ayah...sakit gila...kalau rasa bukan setakat menangis...terkencing pun boleh tau!

-makan pantang.....x boleh makan pedas....cis memang memotong selera...

So,aku harapkan sakit aku ni akan sembuh supaya aku dapat belajar balik dengan baik.....Sayonara....

Wednesday, October 7, 2009

PMR Satu Permulaan

Pada pelajar yang mengambil PMR...selamt menjawab akak ucapkan.....

Monday, October 5, 2009

Asam garam hidup aku.....

Isy...tension betul lah.Final exam dah nak tiba...27 Oktober.....dan aku baru revise certain subjek je......add math lagilah teruk......aku tahu sikit-sikit jer....aku nak berusaha sampai berjaya...So,start hari ni aku malas lah nak update blog aku nih.....bukan apa aku nak merevise balik pelajaran aku yg tertinggal...harap-harap sempatlah...aku juga nak kurangkan aktiviti kat alam maya nih...(ceh macam nak janji je)...Itu lah azam aku..sebelum final year......Dan akhirnya dpt result yg baik...bukannya cukup makan jer....

Satu lagi aku nak cerita pasal sepupu aku nih.Dulu aku tak rapat dengan dia sekarang ni aku rapat pulak dgn dia.Kesian juga kat dia...yalah kawan-kawan dia semuanya yg jenis enjoy,manalah dia tak jadi macam tu...so aku harap bila dah rapat balik dengan sepupu aku ni,aku dapatlah merubah dia balik.....lagipun aku nengok dia dah berubah sikit...x lah macam dulu.......(ceh...jadi baik pulak aku ni)

Baru-baru ni aku dapat kawan baru.....well bertambah lah sorang lagi kawan aku.Semoga persahabatan yang baru bertunas dan bercambah ni akan terus subur selamanya juga diberkati Allah......(kalau kawan baru aku ni follow blog aku aku cuma nak ucapakan thanx 4 being my frenz)....

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR,aku ucapkan selamat berjaya...insyallah apa yg adik-adik belajar akan keluar dalam soalan.....Usaha,doa,dan tawakal kepada Allah....Jangan nervous....nanti lain pulak jadinya......Satu lagi pesan akak...kalau boleh pagi peperiksaan tu duduk jauh daripada orang ramai...supaya dapat tenangkan fikiran.....So...semoga berjaya menjawab soalan.....(ucapan ni ditujukan khas buat pelajar FORM 3 SMK Dang Anum)

Akhir kata...sampai sini saja coretan aku kali ni..kali ni panjanglah pulak....Nanti akuupdate lagi...Arios..Sayonara.....

Thursday, October 1, 2009

SA (Secret Admire)

Hari ni hari Jumaat.Kau orang ingat tak hari tu aku bagi tau pasal SA GAMES?Aku ada SA lah....Tak sangka lah pulak.Dapat kad.....Excited sangat suasana kat kelas...Masing-masing nak tau dia orang ada SA ke tidak....Pada SA aku,tq 4 the card.....