Wednesday, October 21, 2009

Kenangan yang menjadi lipatan sejarah....

First love....Kirana cinta pertama.....sangat indah.Orang kata cinta pertama adalah cinta yang terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Aku kenal dia sejak kecik lagi.Umur aku 4 tahun dia 5 tahun.Masa tu sama2 skolah tadika.Masa tu manalah aku tau erti cinta.....Aku cuma rapat dengannya....Main sama2,pergi-balik sekolah pun saing....Belajar...pun sesama.....

Masa kechik aku ni tomboi sikit.....sebab slalu campur ngan bebudak laki.....
Aku selalu bertanding ngan dia...x kira dalam apa acara dan lapangan....lumba basikal...kedudukan dalam kelas...main lumba lari...panjat pokok....Pendek kata semualah....tapi dia selalu dpat no 1 dan aku di tempat kedua.mula-mula aku benci juga tapi lama-kelamaan aku terbiasa malah jadi luar biasa pulak bila aku mengalahkannya.

Perkara ni berterusan sampai aku berumur 9 tahun.Aku pindah dari kampung tu.Entah knapa aku sedih sangat...Aku terlalu selesa bersama-sama dia...aku terbiasa mengisi masa ku mendengar dia bercerita,ketawa,bergaduh,bertekak,bermain bersama-sama dia.

Aku ingat masa aku pindah tu...Dia pandang dari jauh je.....Aku tau dia pun sedih...Aku hanya mampu melambai dari dalam kereta....sedikit demi sedikit dia makin menjauh....dan hilang...

Selepas pergi...baru aku tau apa erti dan sakitnya rindu.....
Sebelum aku menjejakkan kaki aku di sekolah menengah,aku hanya sempat bertemu dengan dia semasa pertandingan peringkat daerah atau negeri.Tapi setiap pertemuan itu hanya ada senyuman dan lambaian saja...kecuali masa pertandingan nasyid di SKS.Dia menegur aku....Masa tu aku darjah 5 dia darjah 6....

Aku dapat tahu dia skolah menengah di SMK** slepas dapt 4A dlm UPSR.Aku cuma mampu ucapkan selamt berjaya dari jauh.Aku masih ingat cita-citanya yang mahu menjadi vet bila dewasa nanti.Aku berjaya mendapat 5A dlm UPSR...

Tanpa disangka-sangka,aku bersekolah di tempat yg sama dgn dia...Kami mula berhubung kembali....Tapi ada sesuatu yang hilang pada dirinya.....dia berubah.....WEll,dia ada propose aku,so aku terima...tapi kami clash...tanpa disedari.....

Dia bukan lagi insan yang ku kenal.....Dia dah lupa pada cita2 dia...yang dulu selalu dia cakap kat aku...Kami mempunyai matlamat berbeza...Dia lebih senang enjoy dan hanyut dalam dunia dia...Dia bukan lagi insan yang suka bersaing.....dan aku sedar impian yang dibina semasa aku dgn dia di skolah rendah x kan tercapai iaitu mahu menjadi doktor.....Mungkin dia dah lupa.....

Aku menjadi pengawas di skolah tu...Dan yg membuat aku marah dan hilang respect kat dia masa aku sendiri tangkap dia masa dia tgh panjat pagar......

Kini..sedikit demi sedikit aku mula lupakan dia.....Aneh,walaupun dia dah bertahun tidak menegur aku,walaupun dia banyak kelemahan...aku masih mengingati dia....Mungkin ini lah dikatakan cinta pertama yang takkan dilupakan sampai bila2....Kerana di hati aku ni telah terukir nama dia......Tapi aku simpan semua ni dan jadikannya sebagai sejarah.....

No comments:

Post a Comment