Monday, September 7, 2009

Sambungan cerpen (10)

Hasil nukilan:Faezaten

Bilah-bilah mentari mula menyinari pagi yang gelap.Maira dan adiknya Madiana sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.Ibunya sedang sibuk di dapur untuk menyediakan sarapan.Aroma nasi lemak memenuhi ruang dapur dan mula singgah di hidung Madiana.
”Kak,sedapnya bau nasi lemak ni.Bau sambal bilis mak tu,fuh menggoda perasaan la kak,kata Madiana yang memang menggemari nasi lemak air tangan ibunya.
”Isy,budak ni solat dulu baru fikir pasal makan.Ni pipi ni dah macam telur dah,kata Maira sambil mencubit pipi adiknya.
”Kak,apa ni,sakit lah.Tahulah pipi orang ni tembam,tapi takde lah sampai macam telur tau.kata Madiana sambil mengusap pipinya.Sengal betullah akak aku ni,gerutu hati Madiana.
Maira yang sedang memakai tudung hanya tersenym mendengar celoteh adiknya.Sudah lama dia tidak ”bertekak” dengan adiknya itu.
”Hah,cepat sikit bersiap,akak tinggalkan nanti baru tau.Maira berkata sambil melangkah keluar menuju ke dapur.
Ibunya sedang mengupas kulit telur ketike dia melangkah masuk ke dapur.
”Mak,ada apa-apa yang Maira boleh tolong?Tanya Maira.
”Takdelah,jap kau bancuhkan air milo boleh?Air panas mak dah jerang.Ibunya berkata sambil tangannya lincah menyusun telur di atas piring.
”Em,setakat nak bancuh milo tu kacang je mak,kata Maira menuju ke kabinet untuk mengambil teko.
”Lepas makan nanti jangan lupa makan ubat,pesan ibunya.Marliana tahu benar tentang feel anaknya itu.Amat takut makan ubat sejak kecil lagi.Tetapi perangai itu mula berkurang sedikit demi sedikit belakangan ni.
”Yalah permaisuri.Patik tak akan ingkar perintah permaisuri takut nanti tuan permaisuri murka,gurau Maira.
”Isy,budak ni main-main pulak.Dah cepat bancuh milo tu dah pukul 6.35 pagi dah,kat ibunya lagi.
”Riuh benar dapur ni,tumpang sekaki boleh tak?Madiana muncul di balik pintu dapur.”Dah lama tak dengar dapur ni riuh macam hari ni.Sunyi jer kalau akak tak ada.Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,”kata nya lagi.
Marliana tersentak apabila mendengar kata-kata Madiana yang spontan.
Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,ayat itu bagai terngiang-ngiang di telinganya.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment