Saturday, January 23, 2016

Saat ini...

Assalamualaikum...

Pernah tak kadang- kadang kau rasa hati kau dipalu-palu sakit sebab rindu? Rindu pada zaman lalu,rindu dengan diri kau yang dulu,rindu pada seseorang..Tapi saat ini aku sangat-sangat rindukan mak dan ayah aku yang berada jauh di Melaka.

Pagi tadi aku menelefon mak aku,jelas kedengaran suaranya yang sengau akibat selsema dan sesekali disulami batuk2..Tahu tak bila kau merindukan mereka,dan  kau terdengar suara mereka yang tak berapa sihat..hati kau bagi direntap dan ditarik-tarik mahu segera berjumpa mereka?

Kedah-Melaka tidaklah jauh.Tapi untuk aku yang bergelar pelajar perubatan ni,tambang bas pergi-balik bernilai RM 120 dan cuti weekend yang sekadar beberapa hari beserta lambakan quiz,assignment,dan case write up membatasi keadaan aku untuk berlari pulang menemui mereka.

Mak ayah aku pernah berkata,bila dia menghantar anaknya menuntut ilmu dalam bidang perubatan ni..dia telah ‘mewakafkan’ anaknya untuk ummah dan jalan Allah.Anaknya,untuk masyarakat.Mereka redha.

Maafkan anakmu kerana tidak seperti anak-anak orang lain yang selalu pulang melawat ibu bapa...

Kerana doa-doa dan sokongan mereka aku di sini…

Sungguh aku rindu…

Lots of Love:
Fatinajwa :3





2 comments: