Tuesday, December 27, 2011

Indahnya Cinta Sukar di Tafsirkan..

Salaymua'laykum n hye readers!

Lama betul kan saya tak update blog..sibuk tu memanglah sibuk..tapi macam tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni..sehinggalah saya menonton filem Di Bawah Lindungan Kaabah..adaptasi novel HAMKA.

Sungguh cinta itu suci..hadir sejak Adam dan Hawa tercipta..cinta terzahir melaui kasihnya Allah kepada hambaNya..filem ni jelas menyentuh cinta dari perpektif yang lain..bagaiman cinta Hamid dan Zainab hanya terluah melalu pandangan mata..tanpa banyak bicara tapi mampu mengungkapkan segalanya...berdating pun dipisahkan tembok kayu..dan impian dan destinasi mereka hanya satu...KAABAH,,

Dan kata2 ibu Hamid masih jelas di ingatan saya...sesungguhnya kamu tidak keseorangan apabila seluruh umat manusia meninggalkanmu..kerana kamu ada Allah yang selalu disisimu..Subhanallah.

Filem ini..cerita ini...mampu menerbitkan rasa insaf sekaligus air mata keinsafan..bagaimana hasrat Zainab disempurnakan oleh Hamid..melihat Baitullah...nenek saya pun mengalirkan air mata sayu apabila melihat kisah ini...sucinya cinta..hingga tidak tergambar oleh kata2...dan hanya Allah tempat mengadu...Berbeza sekali dengan cinta2 remaja yang diagung2kan oleh umat zaman ini.

Saya ingin sekali mencari cinta seperti itu...Saya ingin mencari insan setabah Hamid,untuk menjadi pembimbing dan pemimpin saya.dan saya ingin menjadi seperti Zainab yang solehah...tercapaikah?..Allah Maha Mengetahui segalanya..

Lots Of Love
fatinajwa;3

No comments:

Post a Comment