Friday, November 11, 2011

On dan Off~

Salaymualaykum n hye readers!

Aku menulis hari ni..just hendak menyampaikan teguran kepada sesiapa sahaja.secara umum ye..yang terasa..jangan cepat melenting..renung2kan n selamat mencuba!


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)

Menutup aurat itu kewajipan..Aurat..bukannya sekadar memakai tudung atau penutup kepala..Aku nak menegur orang lain..aku pun bukannya orang yang sempurna tapi..
bukankah..selemah-lemah iman tu hanyalah membenci di hati?..jadi aku menjadikan blog ni sebagai medium untuk meluahkan rasa hati aku terhadap benda ni..(isu aurat)

Aku start dengan..orang yang kejap on kejap off pakai tudung..Erm..boleh kata ramai kot gadis2 Islam yang mengamalkan pemakaian tudung seperti ini..kenapa ye?..trend ke?..hurm..sedih juga sebab..ada dalam kalangan mereka tu..kawan2 aku jugak..Pakailah tudung dengan konsisten..apa tak cantik ke pakai tudung?..hina sangat ke kalau pakai tudung ni?..kolot?...aku tahu sekarang ni..ramai yang nak pakai tudung sebab nampak artis pakai tudung lawa..stylo,lagi apa?..Betulkanlah niat..kalau dulu nak pakai tudung sebab nampak Yuna pakai tudung namapak stylo..sekarang pakai tudung sebab Allah yang suruh..:)

Sedih pulak aku fikir..sebab apa..aku masih gagal memujuk kawan2 aku yang lain menyahut seruan untuk menutup aurat..ye aku tahu..aku sendiri masih belajar untuk menjadi muslimah terbaik...apa kata kalau kita sama2 ke arah menjadi yang lebih baik?

Isu pakaian ketat,sendat dan nipis..ni bukan perkara baru..dah lama kot..Tak salah nak berfesyen..tapi biarlah mengikut syariat agama..yep..aku tahu kadang2 aku terlepas jugak pakai pakaian macam tu..tapi kita boleh berubah..Alhamdulillah sekarang ni..aku dah meninggalkan baju2 yang tak sepatutnya dipakai..shawl2 yang jarang...dan alhamdulillah tudung2 yang aku pakai aku berjaya labuhkan menutupi dada..



*doakan aku berubah ke arah ini..doaku juga sama buat kalian di luar sana yang ingin mencari redha Ilahi..


Pada yang nak berubah tu..tak apa..berubah sedikit2..pedulikan apa orang kata..kita mencari keredhaan Allah..bukan keredhaan orang..Aku doakan pada mereka yang nak berubah tu..suapaya istiqamah dalam setiap tindakan..Its better for us changing to a better muslimah..Amin..

Lots Of Love
fatinajwa:3

1 comment: