Thursday, May 31, 2012

Hidup seorang Fatin~

Salaymualaykum n hye readers!

Hai gadis2 solehah dan jejaka2 soleh di luar sana..hope sihat sejahtera..alhamdulillah..
Bila bercakap tentang hidup..terlalu luas definisi dan maknanya..huraiannya pula cukup panjang..tapi cukuplah jika saya hanya mengulas tentang perjalanan hidup saya yang tak adalah hebat mana pun..tapi InsyaAllah..boleh memberi sedikit pengetahuan kepada pembaca2 semua.(macam banyak pelawat je..ngee..)

Lahir sebagai anak sulung..di situ terbeban tanggungjawab...parents saya tak pernah la bebankan saya dengan semua tanggungjawab,tapi bila kita jadi anak sulung,automatiknya..kita akan terasa dengan tanggungjawab tu.Sebab tu lah,saya sentiasa berusaha mati-matian untuk jadi yang terbaik(ye la akal perempuan ni ada 1 je kan?so,usaha kena lebih la sikit banding dengan lelaki yang ada 9 akal tu..)

Dari sekolah rendah hingga menengah tak ubah2 perangai saya tu.I must be the best sister for my brothers.I must be a good role model to them.Itulah hari2 yang saya cakap kat diri sendiri.Nak dipendekkan cerita,Alhamdulillah..saya lulus dengan cemerlang semasa PMR,dan semasa SPM..rezeki saya kurang sikit..tak dapat straight A's..dapat 8A..

Dengan hati yang keciwa..hehe..saya pun bawak la diri ke MMC (Malacca Matriculation College).
Ya Allah..susahnya belajar kat sana..Allah je yang tahu..Allah saja tempat mengadu selain ibu bapa dan sahabat2 seperjuangan..Saya rasa mahu sebaldi air mata saya tumpah di bumi kmm sepanjang belajar kat sana.Bayangkanlah,saya tak pernah sekalipun dipanggil lembap semasa di sekolah,dipanggil lembap semasa di matriks.Ye,roda telah berputar di matriks.Bagi adik2 yang di matriks,janganlah takut dengar statement senior mu ini..XD..life must go on..walaupun sepanjang perjalanan tu korang terpaksa menapak atas duri2 tajam.itulah hidup.its harsh.


Susahnya..ketika itu..sampai suatu ketika saya hampir2 melupakan terus cita2 dan impian saya yang saya tanam sejak tingkatan 1 lagi.Saban hari(nak2 lepas UPS 1 dan PSPM 1,ramai pelajar menarik beg dari matriks ibarat peserta AF yang disingkir keluar)Sampailah..saya mengenali dan rapat dengan seorang insan yang bergelar sahabat.kerana dia saya bangun,saya bangkit,saya lawan,saya TEBALKAN MUKA,saya kejar balik cita2 saya yang hampir terlepas...walaupun ada suara2 sumbang cakap..(its too late)..but its better than never..right?.Selain ibu bapa,hanya sahabat saya tu lah yang percaya saya boleh bangkit semula....Ye,hidup di matriks sangat la kejam,tapi sebab kekejaman tu lah saya jadi kuat macam ni.Kalau tak saya mungkin masih lagi jadi budak lembik dan mudah terkehel(terasa) macam dulu.XD

Betullah,,Allah tak akan biar hambaNya menangis sia2..Alhamdulillah..apa yang saya usahakan..saya dapat hasilnya..cita2 yang saya hampir lepaskan..kian saya hampiri..Allahuakbar!..teringat kata2 Ustaz Asri.."Allah SWT kalau nak bagi nikmat dan makbulkan doa2 hamba2Nya..dengan pelbagai cara yang tidak kita jangka.."..Duh,rindu pulak nak dengar ceramah Ustaz Asri.=')

Dan kini,saya pergi menuju cita2..saya melangkah..seperti dulu..seperti ketika saya melangkah ke KMM.. bersedia dengan segalanya,sebab saya tahu..Allah sentiasa ada bersama-sama saya..Dia tak pernah sesaat pun tinggalkan saya..=)...

*entry panjang..blog akan berehat lepas ni..

Lots Of Love,
fatinajwa:3






3 comments:

  1. Aten boleh punye!!! >.< kite doakan aten dapat capai cita-cita aten. Man jadda wajada :D

    ReplyDelete