Saturday, December 18, 2010

Imaginasi...


Salam sayang untuk semua!
Sajak saya kali ini diilhamkan daripada seorang watak perempuan Melayu dulu-dulu..
Sebenarnya,saya hanya membayangkan sahaja..
Macam mana percintaan orang dulu-dulu..Watak gadis itu,erm..macam mana nak jelaskan ya..
Seorang gadis Melayu,berbaju kurung,berselendang kain batik..dan pemalu..(huhu)
dan sajak ini seolah-olah luahan hati si gadis kepada teruna pujaannya..(alahai,romantik!)

Inilah sajaknya:

Dia!
Melintas lagi di halaman rumahku,
Bersama basikal tua,
Di tepi tingkap,mengintai nakal mataku,
Di balik selendang membaluti mahkotaku..

Tiba-tiba!
Pandangan mata yang sukar diterka,
Ah!
Mengocak tasik hati yang dulunya sunyi,
Senyuman penuh tafsiran kau ukirkan,
Sungguh!
Kakiku tidak menjejak bumi.

Apakah dia?
Teruna yang kucari-cari,
Selama ini
Di dalam mimpi,
Yang kupintal bersama-sama lena yang panjang?

Dan!
Akukah si gadis pilihan,
Yang dia maksudkan,
Dengan lirikan
Ah!
Semuanya persoalan..

Dia!
Datang lagi,
Dan aku di tepi tingkap lagi,
Mengintai dia dan famili,
Meminangku untuk diadikan suri,
Semuanya telah terpatri,
Sejak cinta mula bersemi..

Oleh:fatinajwa

=gambar di atas hanya hiasan saja ye..

No comments:

Post a Comment