Monday, May 2, 2011

Wahai adik-adikku..

Salaymualaykum n hye readers..=)

Tak tahu kenapa jari jemari ni rajin sekali menaip untuk post kali nie..tak apalah..kalu tak ada orang baca pun..buat blog nie,pada Aten hanya sebagai medium untuk menulis..^_^

Kita semua pasti ada adik beradik..bagi yang tak ada..bersyukurlah masih punya ibu bapa dan saudara mara..bagi yang sebatang kara..alhamdulillah masih dapat berjalan di atas bumi ciptaan Allah SWT..

Post ni khas untuk adik2 saya...dari kakak korang yang tak sempurna..


Adik-adik,akak tahu..akak selalu marah2..selalu tengking2..kadang2 sempat mencubit..maafkan akak ye adik2..kadang2 akak terlalu ikut perasaan..

Adik-adik..sebagai kakak sulung,sudah tentu tanggungjawab yang terpikul di bahu akak amat berat..sehingga memaksa akak menjadi insan yang terbaik dan hampir sempurna...tapi akak ternyata gagal..

Saban hari menimba ilmu di sekolah,sibuk mengulangkaji pelajaran,tenggelam dengan pelbagai kejayaan membuat akak jauh dari kalian semua..akak lupa pada korang..tapi tahukah kalian bahawa..apa yang akak buat tu sebahagian dari tanggungjawab akak?..MENJADI ROLE MODEL kepada kamu semua..agar nanti adik2 akak berjaya seperti akak juga...

Tapi akak silap rupanya..akak bukan akak yang baik buat kalian..ternyata..adik2 tak suka dengan segala yang dicapai oleh akak..adik marah..adik tak puas hati..adik...anggap akak musuh..adik anggap ayah dan mak pilih kasih terhadap anak2..sedangkan..kita semua sama dik..kita lahir dari rahim dan benih yang sama...

Adik pikir..adik orang yang terpinggir..adik orang yang sering disisihkan..adik silap..setiap masa..adik2 sentiasa dalam ingatan..tapi adik sentiasa menjauhkan diri dari akak..kenapa?..adik benci akak ke?

Tanpa sedar..adik mula jauh..adik lebih rapat dengan kawan2 berbanding darah daging sendiri..adik memberontak..adik buat macam2..tak perlu akak sebutkan semuanya..tapi..cukuplah sekadar akak cakap..perbuatan itu bertentangan dengan perbuatan yang akak lakukan..

Adakah adik pikir..bila adik buat macam tu akak akan bertepuk tangan bersuka ria?..tak pun bahagia?..sebab adik pikir bila adik buat macam tu mak ayah lagi sayang akak dari adik?..silap dik..silap..kita berbapa dan beribu yang sama..darah yang mengalir darah yang sama..maka..sakit yang kita rasa tu sama..sesungguhnya akak terlalu risaukan adik...

Bila akak cuba menyelami hati adik..adik bina tembok antara kita..adik diam..akak cuba faham..apa yang adik nak..tapi akak gagal!..akak gagal memahami adik!tahu tak betapa teruknya perasaan tu?..tahu tak betapa hati ni sakit bila adik bertindak macam tu?..perasaan ni lagi teruk dari perassan ketika akak gagal dalam Add Math tahu tak?

Adik lebih senang memberitahu masalah kepada kawan2..kepada AKAK ANGKAT!..adik beritahu mereka seolah2..akak ini..perampas kebahagiaan adik..seolah2 akak ni akak yang jahat..akak yang sombong,akak yang mementingkan diri,akak yang..apa lagi adik?..apa lagi?...mengalir air mata bila akak bila adik menganggap akak seperti itu..gagal lah akak sebagai seorang akak..apabila dik memandang akak dengan pandangan kebencian..sakitnya hati ni..Allah je yang tahu..


Bertahun sudah berlalu..perkara yang sama juga berlaku..tiada perbualan mesra antara kita..hanya sekali sekala terdengar dialog..tapi hanya makian..kadang2 hanya ungkapan kemarahan saja terdengar..sampai bila harus begini?


Tiap hari..akak tak lupa berdoa supaya adik2 semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..tidak kira..kalian semua membenci akak ataupun tidak..akak sayang korang semua..walaupun terpaksa menahan hati..menahan telinga...tapi akak redha..kerana itu..adalah tanggungjawab seseorang yang bernama kakak..

P/S:air yang dicencang tak akan putus..

Lots Of love

fatinajwa=)

2 comments: