Assalamualaikum...
Pernah tak kadang- kadang kau rasa hati kau
dipalu-palu sakit sebab rindu? Rindu pada zaman lalu,rindu dengan diri kau yang
dulu,rindu pada seseorang..Tapi saat ini aku sangat-sangat rindukan mak dan
ayah aku yang berada jauh di Melaka.
Pagi tadi aku menelefon mak aku,jelas kedengaran
suaranya yang sengau akibat selsema dan sesekali disulami batuk2..Tahu tak bila
kau merindukan mereka,dan kau terdengar
suara mereka yang tak berapa sihat..hati kau bagi direntap dan ditarik-tarik mahu
segera berjumpa mereka?
Kedah-Melaka tidaklah jauh.Tapi untuk aku yang
bergelar pelajar perubatan ni,tambang bas pergi-balik bernilai RM 120 dan cuti
weekend yang sekadar beberapa hari beserta lambakan quiz,assignment,dan case
write up membatasi keadaan aku untuk berlari pulang menemui mereka.
Mak ayah aku pernah berkata,bila dia menghantar
anaknya menuntut ilmu dalam bidang perubatan ni..dia telah ‘mewakafkan’ anaknya
untuk ummah dan jalan Allah.Anaknya,untuk masyarakat.Mereka redha.
Maafkan anakmu kerana tidak seperti anak-anak orang
lain yang selalu pulang melawat ibu bapa...
Kerana doa-doa dan sokongan mereka aku di sini…
Sungguh
aku rindu…
Lots
of Love:
Fatinajwa
:3
Aku ada no worries. Hak9
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete