Showing posts with label hatimu bagian dari hatiku. Show all posts
Showing posts with label hatimu bagian dari hatiku. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Sambungan cerpen 15.

Hasil nukilan: Faezaten

Panas mentari kian terik membakar suasana.Semangat untuk menang membara dalam hati peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter.Pelajar mula bersorak-sorak memberi semangat kepada peserta.Maira antara peserta larian itu.Di sebelahnya Wahida yang mewakili rumah Hang Tuah iaitu rumah merah.Wahida sendiri yang mendaftarkan diri untuk acara larian itu.Dia terpaksa berbuat begitu untuk menjaga Maira.
”Ke garisan ,sedia,...Pomm..Bunyi letupan pistol kedengaranMaira mula mengorak langkah.Dia memecut untuk ke garisan penamat.Sorakan kian kuat kedengaran.Dia bertambah bersemangat untuk menamatkan larian.Maira sempat menjeling ke tepi trek.Kelihatan Faiq turut bersorak untuk dirinya.Mereka memang di bawah satu rumah sukan yang sama.
Faiq bersorak memanggil nama Maira.Tanpa disedari dirinya turut berlari di tepi trek menemani Maira.Tetapi rasa hairan mula menyelinap dalam dirinya apabila pecutan Maira tidak selaju tadi.
”Mengapa Maira semakin lambat ke garisan penamat?”soal dirinya.
Maira kian letih.Pandangannya kian kabur.Di belakangnya,Wahida semakin cemas.Dia memaksa dirinya untuk memecut ke garisan penamat,tetapi badannya tidak mengizinkan dan akhirnya tubuhnya jatuh menyembah bumi..Pandangannya gelap.
”Ya ,Allah!’jerit Faiq terus berlari ke arah Maira.Wahida terus mendapatkan Maira.Dia tidak mempedulikan lagi acara itu.Darah merah menglair lagi membasahi pipi Maira...Suasana mulai cemas.Mereka yang bersorak tadi terdiam.
”Apa sebenarnya yang berlaku ni Ida?Bagi tahu lah aku.Dari tadi aku dah pelik dengan Maira.Kau pun sama.Dari awal lagi kau halang Maira masuk acara tu macam kau dah tahu apa yang akan jadi kat dia.”Faiq bertanya tidak berhenti-henti kepada Maira.Mukanya jelas menunjukkan kerisauan.Ketika itu,Maira masih pengsan di dalam bilik sakit.Mereka di luar menunggu Maira.Guru yang lalu-lalang tidak dihiraukan.
Sudah 30 minit Maira di dalam bilik itu.
Sementara itu,Wahida terus menangis teresak-esak.Sambil mengesat air matanya dia memberitahu Faiq.Satu kebenaran yang akan membuat Faiq hilang separuh jiwanya.
”Aku harap kau akan rahsiakan apa yang aku kan bagi tahu kau kejap lagi.Terutamanya pada Maira.Dia tidak mampu menerima berita ni.Aku tak nak dia tahu.”kata Wahida tersekat-sekat.
Reaksi Faiq yang membisu sejak tadi membuatkan Wahida meneruskan bicaranya.
”Sejak 3 bulan yang lalu,Maira telah disahkan menghidap penyakit sirosis atau kanser hati dan dia dijangka hanya ada setahun je lagi untuk hidup.”Kata-kata itu terus membuatkan Faiq terdiam dan terus terduduk di lantai menyandar ke pintu.
”Ya Allah,kenapa harus jadi begini!!!!”jerit hati Faiq.Hatinya amat pedih.Begitu juga Wahida.Dan seorang lagi insan yang berada di dalam bilik sakit.
Tanpa disedari Maira telah mendengar berita itu di sebalik pintu.Dia turut menangis..
”Ujian apa yang Kau beri ya Allah.....”rintih hatinya...

Bersambung....

Saturday, January 30, 2010

Sambungan cerpen 14.

Hasil Nukilan:Faezaten

Hari itu sungguh meriah sekali..Bunyi muzik pancaragam bergema di padang sekolah.Panji-panji warna warni menghiasi padang..Khemah –khemah didirikan.Indah sekali..Pelajr-pelajar sekolah bagaikan burung terbang bebas di keliling padang.
Hari itu merupakan hari sukan sekolah.Maira nampaknya amat teruja dengan suasana itu.dari tadi mulutnya tak berhenti-henti berceloteh kepada Wahida menyatakan yang dia ingin mewakili rumah sukannya,rumah Hang Kasturi iaitu rumah hijau dalam acara larian 200 meter.Hati Wahida berdegup kencang,teringat kembali kata-kata ibu Maira,Marliah.
”Maira dah tak boleh lasak sangat Ida.Tubuhnya tak mampu menahan aktiviti-aktiviti berat lagi”kata Marlia kepada Wahida.
Kata-kata itu terngiang-ngiang di benak fikiran Wahida.
”Boleh tak kalau kau tak masuk acara tu Maira?”soal Wahida kepada Maira.
”Lah,kenapa tak payah masuk pulak?Kan bulan lepas dah janji yang kita sama-sama masuk acara yang sama..Ala,cakap je lah kau takut kalah ye tak?”dia ketawa sambil menepuk-nepuk bahu kawannya.
Wahida terus bimbang.Gusar memikirkan bagaiman caranya untuk menghalang hasrat Maira.
”Erm,tak payah lah kau masuk pertandingan tu Maira.Aku malas lah nak masuk Maira.”kata Wahida kepada Maira.
Diam-diam Maira bersa pelik dengan tingkah laku sahabatnya itu.sebelum ini,Wahida juga yang beria-ia mengajak dia menyertai acara itu.Kali ini Wahida pula yang tidak mahu menyertai acara kegemarannya itu.
”Aku nak masuk juga acara ni Ida.Boleh lah....Nanti kita boleh bertanding nengok siapa lagi kuat lari.Alah,lagipun ni kan tahun akhir kita sekolah.Lepas tu mana merasa lagi hari sukan ni..”pujuk Maira.
Ketika itu lah Faiq melintas di hadapan mereka.
”Oi,Maira awak kat sini rupanya.Cikgu Mad panggil.Dia nak masukkan awak dalam acara 200 meter.Jom ikut saya kat khemah urus setia”..Faiq memberitahu Maira.
Maira memandang Wahida dan terus mengikut Faiq.Wahida bertambah cemas.

Bersambung....

Sambungan cerpen 13.

HASIL NUKILAN :FAEZATEN

Bunyi curahan air paip menghiasi suasana.Wahida tekun membasuh pinggan bersama-sama mak Maira.Maira sedang solat di biliknya.Tiba-tiba Marliah terjerit kecil..Jarinya terluka..Darah merah menitis ke lantai...
”Mak cik!Wahidah terjerit kecil..Lantas dia mengambil kain dan membalut luka di jari Marliah.Tiba-tiba Marliah menangis..Terhinggut-hinggut bahunya menahan hiba.
Wahida terkejut dengan keadaan tersebut lantas menennagkan wanita itu.
”Kenapa ni mak cik?”tanya Wahidah kepada Marliah.sambil tangannya pantas mengalirkan air paip di atas luka tersebut untuk mencuci darah yang masih mengalir.
Marliah masih menangis.Sesungguhnya dirinya tidak kuat untuk menahan rahsia derita Maira.Dirinya tidak kuat lagi untuk menyimpan rahsia ini.
”Cuba makcik cerita apa masalahnya...Kenapa ni..,pujuk Wahida lembut”,Dia cuba menenangkan keadaan Mak Cik Marlia.
Sambil mengesat air matanya,Marlia mula berkata sesuatu...
”Mak cik nak Ida jaga Maira baik-baik kat sekolah.Tolong mak cik ya nak?
”Tapi kenapa mak cik?
”Berat hati mak cik untuk memberitahu perkara ni pada Ida,tapi terpaksa juga untuk kesihatan Maira.Sebenarnya Maira menghidapi penyakit kanser hati.Dia hanya ada masa setahun je lagi untuk hidup.Mak cik harap sangat Ida akan menjaga Maira di sekolah..Mak cik merayu sangat-sangat.”pinta Marliah sambil menahan sendu.
”Air mata Wahida mula menitis laju ke pipi.Terbayang detik-detik indah ketika dia dan Maira membesar bersama-sama.Ya Allah,ujian apa yang kau beri kepadanya...rintih hati kecil Wahida.”Mak cik,saya berjanji akan menjaga Maira seperti nyawa saya sendiri..Kesakitan dia kesakitan saya juga...Insyaallah..
Terima kasih,Ida...terima kasih..
Mereka berpelukan di dapur sambil menangis..

Bersambung......

Sambungan cerpen 12.

Hasil nukilan:Faezaten

”Maira hari ni aku nak stay back kat rumah kau la.Boleh tak?Tanya Wahida.
”Apasal,nak study sama-sama ke?balas Maira sambil mengunyah karipap.
Ketika itu,mereka berdua sedang rehat di kantin.
”Yup,one of the reason.Satu lagi mak bapak aku tak de kat rumah sampai malam kot.Dia orang pergi lawat atuk aku kat Muar lah.”kata Wahida
”Ala,boleh.Kau pun macam tak biasa je.Nak tidur pun boleh.Kata Maira.
Mereka memang bersahabat sejak zaman tadika lagi.Kebetulan rumah mereka pula berdekatan.
’Eh,hidung kau berdarah la.Kata Wahida sedikit terkejut.
Maira menyapu hidungnya dan terdapat tompokan darah di situ.
”Eh,kau ni gelabah sangat lah.Kan sekarang ni musim panas.Nampak,muka kau yang putih ni pun dah jadi hitam sebab panas ni.Takde pape lah.”terang Maira.
Peristiwa pagi tadi menjelma kembali.Ketika dia bangun dari tidur,bantalnya dibasahi darah.Bukan sekali dua hal ini terjadi,banyak kali.Tetapi perkara ini didiamkan saja.Maira takut menghadapi hakikat yang bakal diketahuinya nanti.
”Isy,dahlah waktu rehat dah habis dah ni,jom balik kelas.”ajak Maira.
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang.Jam tangan Maira menunjukkan waktu 2.50 petang.Selepas mengemas beg dia dan Wahida pulang bersama-sama.Selepas 20 minit mengayuh basikal,mereka pun sampai di rumah Maira.
”Assalamualaikum....”Maira memberi salam sambil membuka kasut di depan rumah. Wahida juga turut berbuat demikian.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur.Kelihatan ibunya sedang menyiapkan hidangan makan tengah hari di atas meja makan.
”Eh,Wahida....Jemputlah makan sekali.Hari ni stay kat rumah mak cik ke?Mak pergi mana?”tanya Marliah.
”Mak dengan ayah pergi Muar jenguk atuk.”jawab Wahida.
”Kalau macam tu Wahida makanlah dulu mak cik nak solat Zohor”.kat Marliah sambil berlalu ke ruang tamu.

Bersambung......

Thursday, January 28, 2010

Sambungan cerpen 11.

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


”Awak dah sihat?soal Faiq yang baru turun dari motorsikalnya.
Aik,mamat ni tiba-tiba je baik apa pasal hah?soal Maira dalam hatinya.
”Awak dah buang tabiat ke datang awal ni,Maira bertanya sambil melihat jam tangan Alba pemberian ibunya sempena kejayaannya dalam UPSR 3 tahun lepas.
Baru pukul 6.55 pagi mamat ni dah terpacak kat garaj ni.Selalu dia ni manusia yang paling lambat sekali datang kat sekolah.gerutu hatinya lagi.Lepas tu siap berawak-saya lagi ngan aku .Selalu beraku-kau.Mimpi apa pulak mamat sekor ni?dia tertanya-tanya.
”Eh,orang tanya baik-baik,dia cakap orang buang tabiat pulak.Awak okay tak?”tanya Faiq lagi.
”Saya okay ni hah.Masih sihat walafiat lagi.jawab Maira.Bosan mendengar pertanyaan yang sama dari teman-temannya.
”Woit,kat sini rupanya kau Maira.Penat aku cari kau.kata Wahida termengah-mengah.
”Apa pasal pulak kau ni Wahida,macam kena kejar anjing je.”Kata Faiq
”Lebih kurang la.Takde,sebenarnya aku nak beritahu pasal si Maira kena escort Ketua Pengawas buat rondaan kat sekolah minggu ni,”kata Wahida sambil memandang tepat wajah Maira.
”Lah turn aku ke.Ingatkan minggu depan.Kata Maira sambil menepuk dahinya.
Memang menjadi rutin setiap pengawas di sekolah ini.Ketua Pengawas dan Penolong akan meronda sekolah setiap pagi dengan ditemani dua orang pengawas.
”Isy,Maira,awak berdua je dengan Harith?Bahaya tu,boleh menimbulkan fitnah.Kata Faiq menyampuk.
”Apa pulak fitnah.bukan saya dengan Harith je,tapi dengan sorang lagi pengawas lah.Yang awak sibuk ni kenapa?”tanya Maira kehairanan.
”Takdelah,saja tanya,emm..aku blah dululah.kata Faiq.
Sebenarnya dia malu dengan perbuatannya sebentar tadi.Nampak sangat yang dia cemburu dengan Harith.
+Isy,ntah,ntah dia mula syak yang aku ni suka kat dia tak?
-Kalau dia tahu bagus juga,tak payahlah aku susah-susah nak bagi tahu perasaan aku ni...
Soal jawab begitu mula berbisik di hati Faiq ketika dia berjalan meninggalkan Maira dan Wahida.
”Hah,apa lagi,jom ikut aku ronda sekolah ni.KP kita tu tengah tunggu kat Blok A.”kata Wahida.
Maira yang sedang merenung Faiq yang sedang melangkah pergi tersentak.
”Hish,nasib baik aku tak ada penyakit kardiak kau tau tak,ujar Maira sambil mencubit Wahida.
”Dah mula berjalan ketam kau ni.Cepatlah bergerak,nanti si Harith tu mengamuk susahlah nak explain kat dia tu.”kata Wahida lagi.
Maira mula berjalan bersama-bersama Wahida.
Satu persoalan mula bermain di fikirannya.............

BERSAMBUNG.....

Monday, September 7, 2009

Sambungan cerpen (10)

Hasil nukilan:Faezaten

Bilah-bilah mentari mula menyinari pagi yang gelap.Maira dan adiknya Madiana sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.Ibunya sedang sibuk di dapur untuk menyediakan sarapan.Aroma nasi lemak memenuhi ruang dapur dan mula singgah di hidung Madiana.
”Kak,sedapnya bau nasi lemak ni.Bau sambal bilis mak tu,fuh menggoda perasaan la kak,kata Madiana yang memang menggemari nasi lemak air tangan ibunya.
”Isy,budak ni solat dulu baru fikir pasal makan.Ni pipi ni dah macam telur dah,kata Maira sambil mencubit pipi adiknya.
”Kak,apa ni,sakit lah.Tahulah pipi orang ni tembam,tapi takde lah sampai macam telur tau.kata Madiana sambil mengusap pipinya.Sengal betullah akak aku ni,gerutu hati Madiana.
Maira yang sedang memakai tudung hanya tersenym mendengar celoteh adiknya.Sudah lama dia tidak ”bertekak” dengan adiknya itu.
”Hah,cepat sikit bersiap,akak tinggalkan nanti baru tau.Maira berkata sambil melangkah keluar menuju ke dapur.
Ibunya sedang mengupas kulit telur ketike dia melangkah masuk ke dapur.
”Mak,ada apa-apa yang Maira boleh tolong?Tanya Maira.
”Takdelah,jap kau bancuhkan air milo boleh?Air panas mak dah jerang.Ibunya berkata sambil tangannya lincah menyusun telur di atas piring.
”Em,setakat nak bancuh milo tu kacang je mak,kata Maira menuju ke kabinet untuk mengambil teko.
”Lepas makan nanti jangan lupa makan ubat,pesan ibunya.Marliana tahu benar tentang feel anaknya itu.Amat takut makan ubat sejak kecil lagi.Tetapi perangai itu mula berkurang sedikit demi sedikit belakangan ni.
”Yalah permaisuri.Patik tak akan ingkar perintah permaisuri takut nanti tuan permaisuri murka,gurau Maira.
”Isy,budak ni main-main pulak.Dah cepat bancuh milo tu dah pukul 6.35 pagi dah,kat ibunya lagi.
”Riuh benar dapur ni,tumpang sekaki boleh tak?Madiana muncul di balik pintu dapur.”Dah lama tak dengar dapur ni riuh macam hari ni.Sunyi jer kalau akak tak ada.Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,”kata nya lagi.
Marliana tersentak apabila mendengar kata-kata Madiana yang spontan.
Nanti kalau akak pergi jauh tak dapatlah dengar akak berleter lagi,ayat itu bagai terngiang-ngiang di telinganya.


Bersambung....

Friday, September 4, 2009

Sambungan cerpen (9)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

”Alhamdulillah,hari ni dapat juga aku keluar dari hospital,kat Maira riang sambil mengemas beg pakaiannya.
Marlia hanya memerhatikan gelagat anak gadisnya itu.Dalam hatinya terselit rasa hiba yang amat sangat.Fikirannya melayang tentang peristiwa dua hari lepas.
’Saya berharap pak cik dan mak cik bersabar dan menerima berita ini dengan redha.”kata doktor yang merawat Maira.Dia telah meminta ibu bapa Maira berjumpa dengannya dengan segera apabila mereka sampai di hospital.
Aik,tadi kata pengsan jer,ni kenapa pulak doktor ni serius semacam je?Getus hati Marliah.
”Ya,doktor kenapa dengan anak saya?Pertanyaan Amran tentang anaknya mematikan lamunan Marliah.
”Selepas melakukan beberapa ujian,anak pak cik telah disahkan menghidapi sirosis atau dalam bahasa yang mudah adalah kanser hati peringkat ketiga.,”kata doktor itu penuh berhati-hati.Takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tetapi berita itu ibarat halilintar yang menyambar bumi apabila Marlia mendengar berita buruk itu.
”Ya Allah,bang anak kita.Kata Marlia yang hampir rebah jatuh ke lantai.
”Doktor,apa yang kami boleh lakukan.untuk merawatnya?Balas Amran berlagak tenang.
”Pada peringkat ini,dia cuma boleh bertahan selama setahun sementara menunggu penderma hati yang sesuai.Itupun kalau dijaga dengan betul.”kata doktor itu lagi.
”Mak!Mak!Kata Maira kepada ibunya.Sedikit kuat apabila ibunya tidak memberi respons kepada panggilannya.
”Ya,Maira kenapa menjerit ni nak.Mak belum pekak lagi tau.Kata Marlia sedikit terkejut.
’Dah,mak tu asyik termenung je.Aik,ingatkan abah ke?Kata Maira.
’Eh,budak ni mengusik orang pulak.Dah siap berkemas ke belum?tanya Marlia kepeda anaknya,cuba mengusir kesedihan yang bertamu di hati.
”Dah siap.Cuma nak melangkah keluar je dari hospital ni.”kata Maira lagi.
”Hah,dah siap Maira?Tanya bapanya selepas mengambil ubat dari farmasi.
”Aik,banyaknya ubat nak kena makan.Mak cakap Maira sakit biasa je.Ni macam orang sakit teruk je?Tanya Maira ,pelik dan terkejut.
”Isy,banyak tanya pulak budak ni,makan je lah.Nak masuk hospital lagi ke?Kata Amran kepada anaknya.Cuba menghalau duka yang kian menyelimuti dirinya.
”Tak naklah.Err,Maira tanya je.Jom balik,tak sabar nak jumpa adik-adik,kata Maira gembira tanpa menyedari mendung yang mula melindungi sinar kebahagiaan dalam hidupnya.

BERSAMBUNG...........

Monday, August 24, 2009

Sambungan cerpen (8)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


Perbahasan semakin hangat.Isu yang dibahaskan kali ini bertajuk ’Sektor Pertanian Patut Dijadikan Pemangkin Ekonomi Negara’.Selepas Harith dan ketua pembangkang selesai menggulung hujah,mereka berdebar menanti keputusan.Apatah lagi inilah kali pertama mereka dapat melayakkan diri ke pusingan terakhir.
Yang Di-Pertua bangun untuk mengumumkan keputusan.Selepas membuat rumusan tentang perbahasan tadi,dia mengumumkan keputusan.
”Dengan ini,saya mengumumkan bahawa usul pihak pembangkang ditolak.Ini bermakna usul pihak kerajaan diterima,”umum Yang Di-Pertua.
”Kita menang!”Jeritan kecil Iswary,Cheryl,dan Maira serta penyokong kedengaran bergema di dewan.
Pengerusi Majlis menyuruh para pelajar bertenang untuk menyampaikan hadiah dan mengumumkan pembahas terbaik untuk pertandingan ini.
”Pembahas terbaik bagi pertandingan Perbahasan Ala Parlimen peringkat daerah ialah adik Ariff Faiq bin Ahmad Fiza dari SMKDA.”umum pengerusi Majlis.
Kemenangan ini merupakan kemenangan berganda bagi SMKDA.Ucapan tahniah bertalu-talu kepada pasukan bahas SMKDA.Orang ramai mengerumuni pasukan itu.Keadaan itu membuatkan Maira rebah jatuh ke lantai tetapi sempat disambut oleh Faiq.Pandangan Maira gelap.Suara rakan-rakannya yang memangil namanya hanya sayup-sayup kedengaran dan terus hilang.
Suasana gembira bertukar cemas.


Panahan cahaya putih menyilaukan matanya.Samar-samar dia mula mengenali keadaan di sekelilingnya.Kelihatan Wahida dan Cikgu Masliza duduk menemani dirinya.
”Wahida,aku kat mana ni?Tanya Maira lemah.
”Kau kat hospital.Tadi kau pengsan.jelas Wahida cuba mengembalikan memori Maira yang masih kabur.
”Oh,ye ke?Habis aku kat sini berapa hari?Tanya Maira.
”Emm,aku ngan cikgu tak tau la.Maybe esok lusa kau boleh keluar kot.Kata Wahida.”Tapi kau jangan la risau,aku dah bagi tau family kau dah pasal hal ni.Dia orang dalam perjalanan ke sini.
Di ruang menunggu Faiq kelihatan sedang menunggu Maira.Harith baru sebentar tadi pulang kerana waktu petang sudah mula menginjak ke senja.Pada Faiq tiada siapa yang memaksanya balik ke rumah kerana ibu bapanya sibuk bekerja manakala Mak Dah dah diberitahu tentang hal ini.
Faiq mengimbau kembali keadaan sebentar tadi.Sepanjang perjalanan Maira ke hospital,hatinya tidak berhenti berdoa agar Maira selamat.Dia takut kehilangan Maira.Sesungguhnya hati insan sukar berbohong dalam soal hati dan perasaan.
”Ada tak pesakit bernama Maira ditempatka di sini?”tanya satu suara di kaunter penyambut tetamu.
”Err,mak cik dengan pak cik ni mak bapak Maira ya?Tanya Faiq kepada Marliah dan suaminya.
”Ya,kamu ni siapa?Tanya Marliah kembali.
”Saya ni kawan Maira.Saya boleh tunjukkan kat mana bilik Maira.Kata Faiq.
Tanpa banyak soal jawab,ibu bapa Maira pun mengikut Faiq.


BERSAMBUNG......

Saturday, August 22, 2009

Sambungan cerpen (7)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


Tepukan tangan para hadirin kedengaran.Baru sebentar tadi mereka berbahas untuk pusingan separuh akhir menentang SMKSM,musuh tradisi SMKDA dalam arena perbahasan.Keputusan akan diketahui sebentar lagi.Kali ini SMKDA menjadi pihak pembangkang.
Yang DiPertua mula bangun untuk mengumumkan keputusan.Maira hamya bertawakkal kepada Allah.
’Usul pihak kerajaan ditolak.Ini bermakna usul pihak pembangkang diterima.”,umum Yang DiPertua.
Keceriaan terpancar daripada raut wajah mereka berenam apabila berjaya ke pusingan terakhir.Mengikut maklumat yang diberikan mereka akan menentang SDARY yang merupakan juara bertahan arena ini.
”Tak sangka kan boleh layak ke peringkat akhir.Padahal SMKSM tadi apa kurangnya,”kata Maira kepada Iswary selepas mereka diberi rehat selama satu jam sebelum pertandingan final bermula.Ketika itu mereka sedang makan tengah hari bersama-sama di kantin sekolah.
”Mana taknya,si Faiq ni dah fire dia orang habis-habisan.Mahunya terdiam budak tu.”balas Harith.Mengimbau kembali detik-detik ’panas”perbahasan tadi.
”Dah berlatih bertikam mulut dengan si Maira ni,mana tak terror,usik Wahida.
”Eh,apa yang korang merepek ni,Makan lagi bagus.Lepas tu yang mana Muslim tu solat,minta petunjuk Allah,”sanggah Maira,cuba mengalih topik.
”Ahh,betul tu,”sambung Faiq.
”Aik,sehati sejiwa nampak? Tadi gaduh macam berperang,”usik Wahida lagi.
Maira dan Faiq hanya diam,meneruskan suapan.Berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan Wahida.Tetapi di hati siapalah yang tahu?


Mereka dikuarantin selama satu jam di perpustakaan.Ketika itu,mereka sedang khusyuk berlatih dan mengingati isi-isi penting.Kali ini mereka menjadi pihak kerajaan.
Maira bangun menuju ke rak buku.Dari tadi kepalanya pening dan tubuhnya bagai ingin melayang-layang.
”Kau kenapa?Bibir kau pucat lah.Tak sihat eh?Tanya Wardina kepada Maira.
Sejak tadi dia memerhatikan Maira.Nampak tidak bermaya dan letih.
”Alah,tu bukannya apa,nervous je tu....tingkah Faiq.Dalam hati kecilnya risau juga melihat Maira berkeadaan begitu.
”Wah,susahlah macam ni.Kau kan pembahas terbaik sekolah.Takkan saat akhir macam ni kau nak ganti orang lain pulak.celah Harith jelas risaukan tentang Maira dan pertandingan.
’Siapa yang cakap aku nak ganti orang lain.Kau orang ni over sangat la.Dah,dah baca bahan tu kan tak dapat patahkan hujah lawan pulak,balas Maira cuba mengalih tajuk perbualan.
Mereka mula menyambung bacaan yang terhenti tadi.
Kebenarannya,hanya Wahida yang tahu.Baru-baru ini Maira kerap pengsan dan hidungnya selalu berdarah.Sebagai sahabat,Wahida menasihatkan Maira pergi membuat medical check up,tetapi ditolak mentah-mentah oleh Maira.Maira kerap memberi alasan tentang cuaca yang tak menentu penyebab penyakitnya itu.Mungkin...detik hatinya..
Hati Wahida berdegup kencang mengenangkan kemungkinan itu.

BERSAMBUNG..........

Wednesday, August 5, 2009

Sambungan cerpen (6)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

Kereta mewah yang dipandu Pak Ali terus membelah hujan lebat.Maira yang duduk di tempat duduk belakang hanya membisu,melontarkan pandangan ke luar tingkap.
Faiq pula turut diam.Matanya sempat mencuri pandang wajah Maira.
”Aku minta maaf pasal hari tu,Faiq mula berbicara.
’Tak apa saya dah maafkan.Lagipun dah lamakan benda tu berlaku.Saya pun malas nak simpan dendam.”balas Maira.
Begitu mudah dia memaafkan Faiq padahal tiga minggu yang lepas amarahnya berapi-rapi lagi.
Nasib baik dia mafkan,desis hati Faiq.
”So,friends?,tanya Faiq lagi.
Maira hanya mengangguk.Malas mahu melayan.
”Tuan Faiq,kita dah sampai rumah Maira,Kata Pak Ali.
Selepas menurunkan basikal Maira,Maira meengucapkan terima kasih kepada Faiq dan Pak AliDi jendela rumah,Ibu Maira memerhatikan anaknya yang melambai-lambai ke arah kereta mewah yang meluncur pergi dari halaman rumah.
Di rumah ibu Maira sedang menunggu Maira di ruang tamu.
”Balik dengan siapa?Soal ibunya.
”Dengan kawan.Dialah yang tumpangkan Maira tadi sebab hujan.Tayar basikal Maira pun pancit tadi,jelas Maira jujur tanpa berselindung.
”Macam orang kaya je kawan kau tu,ujar ibunya.
”Ya kot.Maira tak rapat sangat dengan dia mak.Kami kenal pun sebab sama-sama jadi peserta perbahasan,”kata Maira sambil menanggalkan tudung sekolahnya.
”Mak bukan apa.Cuma mak tak berapa suka kalau kita ni rapat sangat dengan orang kaya.Ye la kita ni pipit.Dia orang tu enggang.Mana sesuai beriringan.”pesan Marliah kepada anaknya.
Peristiwa pahit 30 tahun lalu masih terpahat kukuh dalam ingatannya.
Peristiwa yang membuatkan arwah kakaknya menderita kerana cintanya dihalang.Arwah kakaknya terpaksa mengahwini Baharuddin orang tua kaya di kampungnya kerana hutang ayahnya yang tidak langsai.Dia meninggal kerana menderita didera oleh orang kaya Baharuddin.
Orang kaya memang tak guna,jerit hatinya.
”Mak!mak melamun ye?Pertanyaan Maira melenyapkan kenangan ibunya.
Ibunya terpinga-pinga.Lalu dia menyuruh Maira membersihkan dirinya dan solat Asar.
Sambil menggeleng-geleng kepala Maira masuk ke bilik tidurnya.
Kenapa dengan mak aku tu?getus hatinya.
*******************************************************************************

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.Di perkarangan sekolah kelihatan van sekolah dan bas sekolah menghantar peserta-peserta perbahasan daripada sekolah lain.
’Berdebar pula rasanya kan?,kata Wahida kepada Maira.
”Perasaan gementar tu biasalah.Betul tak Iswary?,tanya Maira.
”Betul tu.Lagipun kita ni kan simpanan.Patutnya yang berdebar tu dia orang bertiga bukan kau Wahida,”ujar Iswary kepada Wahida.
Ketika itu mereka di perpustakaan,membuat persediaan terakhir.Faiq sedang membaca maklumat tambahan yang diperoleh sebentar tadi manakala Harith berbual-bual dengan Cheryl.Gementar agaknya.
Faiq sempat menjeling sekilas wajah Maira.Suara Maira yang sedang berceloteh kepada kawan-kawannya menarik minatnya untuk menyertai perbualan tersebut.
”Amboi,mak nenek ni sedapnya bercakap.Macam orang senang hati je,celah Faiq.
”Mana ada senang hati.Kita orang ni berdebar la.Especially si Wahida ni,”balas Iswary.
Perbualan mereka terhenti apabila derap kaki Cikgu Roslan menghampiri perpustakaan.Selepas memberi salam dia mengagih-agihkan kot kepada mereka.
”Kot ni awak semua try dulu ya.Kalau tak sesuai cikgu ada bawa spare.Ah,satu lagi tali leher ni pun kena pakai sekali,”kata Cikgu Roslan sambil mengagih-agihkan kot dan tali leher.
”Lecehlah nak pakai kot dengan tali leher ni.Panas,”bantah Faiq.
”Kalau tak nak pakai kot dengan tali leher baik awak berbahas kat kedai kopi, lagi bagus,”tempelak Maira.Jaki mendengar kata-kata Faiq.
”Dah awak semua jangan bergaduh.Cepat pakai kot dengan tali leher tu.Ada 15 minit lagi sebelum taklimat bermula,”kata Cikgu Roslan cuba menghentikan ”peperangan” mulut antara Maira dan Faiq.
Selepas Cikgu Roslan berlalu,mereka mula sibuk memakai pakaian tersebut.
”Erm...Maira boleh tolong aku tak?,tanya Faiq kepada Maira.
”Apa dia?”,balas Maira acuh tidak acuh.
”Boleh tolong pakaikan tali leher tak?,ujar Faiq.
”Pakailah sendiri.Tak pun suruh Harith pakaikan,”balas Maira lagi.
Isyy,aku tengah marah ni.Ada yang mati tercekik terjerut tali leher kejap lagi ni kang.
”Alah,nak bagi peluang buat pahala tak nak.Lagipun aku memang tak reti pakai tali leher ni.Harith pulak tengah pakai tali leher tu,”katanya sambil memintal-mintal tali leher di tangannya.
Malas mahu bertekak,Maira mengambil tali leher daripada tangan Faiq dan memakaikannya di leher jinjang Faiq.
”Awak ni tinggi sangat la, susah nak simpulkan tali leher ni kat leher awak tu.Tunduk sikit,”ngomel Maira.
Sememangnya Maira memang rendah berbanding Faiq.Kalau mereka berdiri bersebelahan,ketinggian Maira hanya menyamai ketiak Faiq saja.
”Kau ni macam tak ikhlas je nak tolong.Adoi!sakit la batang leher aku.Kau nak membunuh ke?,”ujar Faiq sambil memegang tali leher.
Padan muka.Banyak songeh pulak mamat ni.Memang dia sengaja mengetatkan tali leher tadi supaya mulut murai Faiq berhenti.Sakit telinganya mendengar Faiq berceloteh.
”Kau nengok dia orang tu,sepadan kan?,”ujar Wahida kepada Cheryl dan Iswary.
”Sepadan?Hai, bergaduh macam anjing dengan kucing pun sepadan ke?,”balas Cheryl kehairanan.
”Mula-mula bergaduh lepas tu serasi la,”sambung Iswary
”Ok,awak semua boleh pergi ke dewan utama untuk mendengar taklimat,”kata Cikgu Roslan.Debaran kian terasa.


BERSAMBUNG.......

Thursday, July 30, 2009

Sambungan cerpen (5)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN

Sudah tiga minggu lebih mereka berlatih tanpa jemu di bawah bimbingan Cikgu Roslan.Hasil perbincangan mereka Harith telah terpilih untuk menjadi pembahas pertama,Maira pula menjadi pembahas kedua,Faiq pula menjadi pembahas ketiga,Wahida,Iswary,dan Cheryl menjadi pembahas simpanan.Tinggal beberapa hari lagi pertandingan akan berlangsung.
Ketika itu,mereka baru sahaja selesai berlatih berbahas mengikut keadaan sebenar.Wahida,Cheryl,dan Iswary menjadi pihak lawan.
”Harith,intonasi kamu sudah bagus,cuma perlu ditegaskan lagi nadanya semasa menggulung hujah.Maira pula nampak gugup apabila Cheryl melontarkan soalan,kamu patut kelihatan yakin ketika menjawab soalan supaya hakim percaya terhadap jawapan kamu.Faiq,kamu memang penyindir yang hebat.Prestasi kamu memang konsisten.kamu perlu kekalkan prestasi kamu,komen Cikgu Roslan selepas memerhati mereka berhujah tadi.
”Kamu semua boleh pulang ke rumah.Ingat practice depan cermin.Practice make perfect,sambung Cikgu Roslan.
Mereka segera mengemas beg dan keluar dari makmal komputer.Maira segera melangkah pantas ke garaj basikal.Ingin segera pulang ke rumah.
”Ah,pancit!kata Maira sambil memicit-micit tayar basikalnya.Nampaknya terpaksalah dia menyorong basikal ke bengkel Ah Hong yang terletak lebih kurang 500 meter dari sekolah.
Tik,tik,tik.Bunyi titis-titis hujan menimpa bumi jelas kedengaran.Awan yang mendung tadi mula meluahkan isinya ke muka bumi.
Hujan la pulak,getus hatinya.
Perlahan-lahan dia menyorong basikal ke jalan raya.Sambil menyorong dia bercakap sendirian untuk menghafal skrip perbahasan.
”Hoi,apasal ni?sergah satu suara dari belakang.Kepalanya terjengul dari tingkap kereta mewah.
”Mak!” Jerit Maira,terkejut.”Awak ni nak bagi saya sakit jantung ke?”Sambungnya lagi apabila melihat Faiq menjengulkan kepalanya dari tingkap kereta.
”Hujan ni,baik kau naik kereta aku.Tak pasal-pasal nanti demam pulak.Tak dapatlah kau wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan.”,pelawa Faiq.Sejujurnya dia memang kesian melihat Maira menyorong basikal dalam hujan.Ditambah pula dengan kepenatan berlatih sebentar tadi.
”Terima kasih sajalah.Saya larat lagi nak berjalan.Belum penat lagi.”balas Maira.
Nak berlagak la tu.Ingat aku kemaruk sangat nak naik kereta Brabus kau tu!Ngomel hatinya.
Hujan semakin lebat.Seakan mengerti dan merestui niat murni Faiq.
”Aku nak membantu ni.Bagilah aku buat kebaikan.Janganlah anggap aku ni jahat sangat.”pujuk Faiq lagi.
Hisyy,dia ni pandai betullah nak beli jiwa.Entah mengapa hatinya cair apabila mendengar Faiq berkata.
”Yalah,terima kasih ya,balas Maira.



BERSAMBUNG..........

Monday, July 27, 2009

Sambungan cerpen (4)

HASIL NUKILAN :FAEZATEN

Awak?Kata Maira kaget sambil tangannya menuding jari kepada Faiq.
”Ya,kenapa kau terkejut?”,seperti biasa dia hanya selamba.
Ketika itu dia,Faiq,Harith,Wahida, Iswary,dan Cheryl Lim berkumpul di makmal komputer untuk menjalani latihan perbahasan buat kali pertama.Guru bimbingan mereka,Cikgu Roslan ketika itu belum memunculkan diri lagi.
”Kenapa kau kat sini hah?ujar Maira.Dia ni tak habis-habis nak mengacau aku.gerutu hatinya.
”Aku ni kan calon peserta perbahasan,jadi tujuan aku datang ke sini samalah dengan kau,jawab Faiq.
”Bertenang.Kau orang berdua ni macam nak bergaduh je.Apa kata kita masuk dulu makmal komputer ni.Hah,Cikgu Roslan dah sampai dah tu,ujar Wahida sambil menunjukkan kelibat Cikgu Roslan.Cuba menyejukkan suasana yang makin panas
Sambil memalingkan muka,Maira terus masuk ke dalam makmal komputer tanpa mempelawa Faiq untuk menyertainya.
Peristiwa dua minggu lepas masih terpahat kukuh diingatannya.Ketika dia memberi biodata dirinya kepada Faiq.Dia telah dituduh ingin mengurat Faiq oleh pelajar lain.’Perigi cari timba’,kata mereka.Perasaan malu dan marah masih terasa.Apatah lagi lelaki itu seakan-akan mengiakan tuduhan tersebut.
”Dahlah tu,janganlah marah lagi.Kitakan dalam satu pasukan,bisik Wahida kepada Maira.
”Assalamualaikum.Jadi hari ni cikgu akan memberitahu serba sedikit tentang pertandingan ini.Pertandingan ini akan berlangsung lebih kurang sebulan dari sekarang.Atas meja ni cikgu dah berikan tajuk-tajuk yang akan dibahaskan semasa pertandingan.Ada lima tajuk di sini dan hari ni kamu mesti mencari maklumat seberapa banyak yang boleh tentang isu ini.Cikgu nak Wahida dengan Cheryl Lim ambil tajuk pertama,Harith dan Iswary tajuk kedua,dan Maira dan Faiq ambil tajuk ketiga.Dua tajuk lagi tu kita selesaikan kemudian.Sebelum pukul tiga setengah kamu mesti telah habis mengumpul maklumat”,terang Cikgu Roslan.
Kenapa aku satu kumpulan dengan mamat ni?Nak dibantah,nanti dikata mengada-ngada.,hatinya berkata-kata.
”Hoi!jangan nak berangan.Bila nak start ni?,sergah Faiq.
Maira mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan Faiq.
”Awak duduk dekat-dekat dengan saya ni kenapa?Jauh sikit boleh tak?,jelas Maira yang tak selesa dengan kedudukan mereka yang terlalu dekat.
”Eh siapa pulak yang nak dekat-dekat dengan kau.Kita kan satu kumpulan.Dan satu lagi komputer kat tempat aku tadi tak ada connection dengan internet,Faiq berkata sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Maira.Tangannya lincah menaip sesuatu di papan kekunci.
Maira hanya terdiam.Arggh,sampai bila aku nak hadap muka dia ni!!!!!!!!!!!!!,jerit hatinya.


BERSAMBUNG........

Saturday, July 25, 2009

Cerpen bersiri....(3)

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


”Maira,cuba kau tengok mamat tu,handsomekan?”ujar Wahida.Ketika itu mereka ditugaskan menjaga pintu pagar.Kelibat Faiq yang baru turun dari motorsikalnya di garaj segera ditolehnya.Degupan jantungnya makin deras apabila Faiq melangkah menghampirinya.
Apa pulak mamat ni nak buat,getus hatinya.
”Kau tertinggal ni semalam,”kata Faiq sambil menunjukkan gelang tangan kristal yang tergantung-gantung di tangannya.
”Macam mana gelang ni ada kat tangan awak?Soalnya kehairanan.
”Puas saya cari”,sambungnya lagi.
”Dah kau tu cuai macam orang nyanyuk mana nak ingat”,Faiq berkata dengan selamba.Tiada perasaan bersalah pun di raut wajahnya ketika dia menuturkan ayat itu.
Cis,sempat nak mengutuk aku pulak.Dia tu bagus sangat ke?desis hati Maira.
Namun begitu,kata terima kasih tetap tidak lekang dari bibirnya.Sudah terbiasa.Walaupun di hatinya tadi telah mengutuk lelaki itu habis-habisan.
’Sebelum aku bagi gelang ni kat kau,kau mesti langsaikan hutang kau dengan aku”Kata Faiq sambil melambung-lambungkan gelang tangan Maira.
”Macam mana pulak saya nak bayar hutang tu?Awak nak wang ke?”kata Maira lagi.
Hisyy,mamat ni banyak songeh pulak.aku bagi sebiji kang,getus hatinya.
”Eh,kau ingat aku ni mata duitan ke?Aku cuma nak awak bagi tau nama penuh awak,tingkatan,emm apa lagi yerk,hah,umur...Kira macam biodata le ni..,balas Faiq.
”Awak nak buat apa dengan biodata saya?Maira bertanya lagi.
Wahida yang masih tercegat di situ segera mencelah,”Nak buat calon isteri le tu....,betul tak?”
”Tak ada lah,nak buat calon orang gaji.Ha..ha...ha...”Ketawa Faiq makin menjadi-jadi.Geli hatinya ketika melihat muka Maira berubah.
”Malaslah nak layan orang psiko macam awak ni,Kata Maira dan terus berlalu.
”Eh,eh, nanti.saya serius ni.saya nak biodata tu eeeesok.Faham?Faiq menghalang laluan gadis itu.
”Kalau saya tak nak,macam mana?Maira segera membantah.
”Hutang budi tidak dilangsaikan.Ok,bye....”Faiq terus berlalu meninggalkan Maira dan Wahida di garaj.


Kelas Al-Biruni hingar bingar.Maklumlah cikgu tak ada.Apalagi ibarat tikus berpesta ketika kucing tak ada.
”Cikgu Surizan datang,jerit Aidil merangkap informer tak rasmi kelas.
Kelas yang tadi bagai pasar malam,sunyi tiba-tiba.Buku-buku rujukan dan latihan terbentang di atas meja.Pandai sungguh mereka mengaburi mata cikgu.
”Berdiri semua.Selamat sejahtera,cikgu.ucap Zaidin selaku ketua tingkatan.
Pelajar-pelajar yang seramai 28 orang ikut mengucapkan salam kepada guru mereka.
”Baiklah,sebelum cikgu memulakan pembelajaran hari ni,cikgu ingin menyampaikan maklumat tentang pertandingan perbahasan yang akan diadakan tidak lama lagi sekaligus untuk mencari calon yang sesuai untuk mewakili sekolah kita.Dua calon telah dipilih daripada kelas 5 Ibnu Sina iaitu Maira dan Harith.Jadi,sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengangkat tangan dan memberi nama kepada cikgu sekarang untuk menghadiri sesi uji bakat,”kata Cikgu Surizan.
”Saya!laung satu suara sambil mengangkat tangan.
Semua pandangan para pelajar tertumpu terhadap sang empunya suara dan mereka terkejut!


BERSAMBUNG.........

Monday, July 20, 2009

Sambungan Cerpen

HASIL NUKILAN:FAEZATEN


Bulan malu-malu muncul di awan biru.Faiq memerhatikan panorama itu dengan penuh minat.tiba-tiba dia teringat peristiwa pagi tadi.Peristiwa yang mengganggu perasaanya.Peristiwa yang bakal merubah masa depannya.
Bunyi tapak kaki di dengarnya dengan jelas.Huh,bunyi tapak kaki seorang pengawas yang berlagak,getus hatinya.Figura gadis itu yang terpeleset benar-benar mengejutkan dirinya yang sedang mengutuk-ngutuk pengawas bengkeng itu.
Entah mengapa,secara automatik tangannya memegang tangan gadis itu untuk membantunya dari terjatuh.Sebaik sahaja merenung anak mata kecoklatan gadis itu,amarahnya hilang diganti dengan kemaafan sedingin salju.Mengapa?dia tertanya sendiri.Gelang tangan kristal gadis itu berada di genggamannya.Mungkin tercabut semasa dia terjatuh tadi.
”Faiq,turun makan,suara Mak Dah orang gajinya memecah lamunan Faiq.
”Ya.Faiq turun,laung Faiq.
Faiq menuruni anak tangga sambil berlari-lari anak.Aroma sambal tumis udang dan ayam goreng benar-benar menusuk hidung.
”Mak Dah,mama dengan papa balik tak malam ni?Mulutnya bertanya sambil tangannya lincah mencedok lauk dari pinggan.
”Rasanya tak Faiq, sebab Puan Aisya ada beritahu tadi yang dia ada urusan dengan klien.Tuan Fiza pula out-station kat Tokyo,jelasnya dengan terperinci.
”Tak apalah,Mak Dah.Eh,Mak Dah tak makan sekali ke?Marilah teman Faiq makan,ajaknya.
”Yalah,tuan putera”,ujar Mak Dah sambil tersenyum.
Mak Dah yang sudah berkhidmat dengan keluarga itu sejak Faiq di bangku sekolah rendah lagi.Dia amat mengenali sikap Faiq.Keras di luar namun lembut di dalam.
Malam pun mula merangkak.Setia menanti sang suria memunculkan diri......



Suara riuh rendah rumah papan yang sederhana besar itu seringkali menghiasi malam.Di bilik ,Qistina melilau mencari gelang tangan kesayangannya.Gelang itu dihadiahkan oleh arwah neneknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-16 tahun.Itulah satu-satunya kenangan dia dengan neneknya.
Akak,cari apa malam-malam ni?soal adiknya Madiana yang berumur 13 tahun.Mereka berkongsi bilik sejak kecil lagi.
’Gelang tangan kristal yang nenek bagi,Dina ingat tak? Tanyanya sambil menyelak-nyelak cadar katil.Yalah mana tahu gelang tangan tercicir di situ.
”Tak pula.Kalau Dina nampak Dina bagi tau.”ujar Madiana.
”Tak apalah Dina,kakak cari sendiri,”kata Dina.
Hisyy,pening betullah nak mencari benda ni,ngomel hati kecilnya.
”Kak,Dina nak tidur dulu ya,Assalamualaikum,Dina berkata begitu sambil berbaring di atas katil bujangnya.
”Waalaikumsalam,Maira menyahut.
Dingin malam mula mencengkam tulang.Suara riuh rendah rumahnya juga diganti dengan nyanyian cengkerik dan katak yang menguang.Akhirnya,rasa kepenatan membuat Maira tidur dengan lena.


BERSAMBUNG.......

Saturday, July 18, 2009

Cerpen bersiri....Bacalah dulu.....

HASIL NUKILAN,:FAEZATEN


Aku melangkah lambat-lambat ke Blok O,tempat aku bertugas.Selaku seorang pengawas ,memang sudah menjadi rutin harian aku,meronda-ronda kawasan Blok O.Burung-burung mula membunyikan irama yang aku sendiri tak pasti nadanya.Yang pasti,iramanya mendamaikan jiwa sesiapa yang pandai menghargainya.Sedang aku berjalan meronda kelas,tiba-tiba langkahku terhenti di tingkatan 5 Al-Biruni,kelas yang sangat famous dengan pelajar-pelajar yang agak nakal.
”Awak buat apa kat sini?soalku.
”Kenapa tak boleh ke?jawab sang empunya suara.Agak kasar. Muka handsome tapi perangai....Dialah Ariff Faiq,pelajar yang paling popular di sekolah kerana masalah disiplin dan kepandaiannya dalam akademik. Tapi taklah sepandai aku..Cewahh...berlagak le pulak.
”Awak telah melanggar peraturan sekolah kerana ponteng perhimpunan rasmi.Jadi,saya terpaksalah forward nama awak kat Cikgu Shalat ye?Tanganku mula memegang buku mata penalti yang memang telah disediakan untuk semua pengawas bertugas.
”Suka hati kaulah.Aku rasa kau pun dah tahu nama dan maklumat diri aku kan?Jadi kau boleh blahlah ,minah bengkeng!”
Isyy,ada yang kena makan penampar jepun pagi-pagi ni kang.Aku dah panasss ni.Ngomel mulutku sendiri.”So,Encik Ariff Faiq you can get out from this class now!!!!!”Aku menjerit kepadanya.Giliran dia pula terdiam.Baru kau tahu siapa Maira ye?Hatiku bersorak.
Selepas dia mula melangkah ke pintu masuk kelas, aku mula melangkah keluar.Ketika menuruni tangga,entah macam mana kakiku terpeleset dan badanku hilang imbangan.Ketika itu,hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku,Dalam fikiranku ,hanya terbayang kakiku dan tangan yang akan patah riuk.
Tiba-tiba, bagai ada seseorang yang menarik aku ke atas.Mataku yang terpejam tadi terbuka semula.Pandangan mata ku dengan si empunya tangan bersambung.Entah berapa lama kami berkeadaan begitu,aku tak pasti.Tetapi akal ku yang masih berfungsi dan imbangan badanku yang sudah stabil mendorong aku untuk melepaskan pegangan tangannya.
”Awak?Mulutku sedikit terlopong.Kenapa?aku menyambung lagi.Figura Ariff Faiq di depanku.Dialah yang menyelamatkan aku daripada terjatuh.”Apapun terima kasih..”.sempat aku menuturkan kalimat itu kepadanya walaupun minda aku masih belum sepenuhnya fokus.
Dia tidak menjawab dan terus berlalu.”Awak hutang saya,1-0”,katanya sambil melangkah pergi.Aku terpaku di situ sambil memerhatikan dia pergi.
Badai mula menghempas hatiku.Entah perasaan apa yang mula turun membasahi hatiku.”Ah,persetankan itu semua,kau masih belajar Maira....kata-kata itu berdengung di segenap hatiku.
Semilir pagi terus berbisik......


BERSAMBUNG.......
******************************************************************