Salaymualaykum n hye readers!!
Hari ni Fatin memasak puding roti kukus kat rumah..tetiba dengan selamba nyer mak suruh Fatin buat..dan apabila Aleef mendengar tentang perkara ni..terus dipaksanya Fatin buat hari ni jugak..no butss!..(budak kecik berperangai diktaktor..T__T)
Jadi dengan langkah yang agak2 bersemangat Fatin pergilah ke dapur..selongkar dulu barang2 nak buat puding roti tuh..(masuk nie dah kali ketiga buat)
Bahan-bahan yang ditemui di dapur:
Susu cair F&N & susu pekat
Roti putih sebuku..(ala yang selalu buat sandwich tuh)
Mentega
Gula perang(kalau tak ada gula perang gula pasir pun boleh jugak)
Tepung kastad.
Telur ayam sebiji
Perisa vanilla
Perisa oren..(Fatin pakai sunquick jep)
Dengan lafaz bismillah,Fatin pun mula lah projek nak buat puding roti nie..
1-lengser loyang dengan merjerin tuh..(dalam loyang,jangan tibai bontot loyang pon korang sapu sekali..=P)
2-roti dipotong empat,dan susun dalam loyang.(kalau nak lagi lemak berkrim,sapu marjerin tu kat roti baru susun dalam loyang)
3-ketepikan loyang tu sekejap.
4-campurkan gula(ikut suka kalau suka manis letak lebih),susu cair,telur,dan esen vanila..godak2 sampai sebati.tapis yer..sebelum masukkan dalam loyang yang berisi roti tadi.
5-masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan..biar dalam 25 minit.
*kenapa kukus?..kalau nak bakar boleh jugak,tapi Fatin tak suka dengan tekstur puding yang akan jadi kering nanti.Bila kukus jadi lembap..=)..tapi ikut sukee korang la kan?
Cara2 nak buat sos kastad oren...jap2,mukadimah sekejap...Sebenarnya sos ni kita boleh ubah ikut suka hati n sesedap rasa kita.kalau terasa nak makan perisa coklat,letak lah serbuk koko.Fatin selalu buat plain jep.Tak letak apa2 perisa pon.Nie letak perisa oren pulak.
1-masukkan air dalam periuk
2-campur dengan susu cair.(kalau guna susu pekat tak payah letak gula)
3-sambil2 kacau,masukkan tepung kastad sedikit demi sedikit
4-masukkan perisa oren.
5-kacau2 sampai sebati dan pekat.
Bila dah siap semua,tuang sos atas puding roti tadi.Ikut suka lar,kalau nak makan baru letak sos atau tuang je sos sekaligus.
tabur2 la hiasan atas puding tu,contoh;kismis,serbuk roti,buahan2 potong.
Selamat mencuba!!
P/S:..tak dapat upload gambar..line lembap..ceit.!!
Lots Of Love
L.O.L
fatinajwa=)
No comments:
Post a Comment