Sunday, December 31, 2017

Pro Exam (part 2)

Hi peeps!
Assalamualaikum..

Untuk clinical..ianya dibuat pada 25th November 2017 hari Sabtu.malam tu aku dengan roomies aku just study group main lempar2 soalan je.Mana yang terlintas tanya dan jawab.Malas nk buka buku dah.bajet konon ilmu dah hampir penuh di dada.hahaha..Then malam tu..my tonsils buat hal..aku terbatuk2 dengan kahak berdarah semua sampai ke pagi dan tak boleh tidur nyenyak langsung..(Haih,tonsil ni pun cukuplah aku je gelabah yang kau gelabah sekali kenapa?) . 

Pagi tu kami diminta berkumpul di bilik seminar auditorium pada pukul 7.30am. Aku boleh telan roti sapu jem dan milo je masa tu. Risau sebenarnya ,ketaq nak exam,risau juga kalau examiner tak dengar suara aku.

So,sampai je pagi tu,nombor giliran ditampal.oh ya..seminggu sebelum exam kami kena cabut nombor giliran…aku dapat no 5 dalam group akhir.So, setiap orang akan tahu long case dan short case mereka apa.Kumpulan pertama start pukul 8 am..manakala aku kumpulan terakhir start pukul 10.45 am.
Susunan case yang aku dapat :
Long case  10.45 am: Surgical
Short case 3.00 pm : Round 1 , Medicine Station 2
                             :Round 2  ,O&G Station 1
                             :Round 3 , Paeds Station 2      

Sepanjang menunggu tu aku pun bacalah sikit2 surgical case yang common masuk exam.Contohnya ,thyroid swelling,breast ca,hernia, dan colorectal ca.Puas menunggu,tibalah giliran aku bersama2 4 orang lagi batchmates yang lain.Naik je oncall centre tu,terkejutlah aku,Suasana oncall centre sangat2 meriah. Ye la,banyak sangat doktor2,MO,matron,nurse,MA,student nursing..OMG!

Lepas tu,ada bunyi loceng menandakan masa sejam untuk clerking dah bermula.Masa aku masuk patient dalam toilet dan ada sorang student nursing as chaperon .Tak apalah,aku susun2 dulu kertas dan rangka2 soalan.Oh,tengok2 patient aku Chinese uncle.Then,start la intro,consent dan clerk.Uncle ni datang of course sebab exam.Tapi,main chief complaint adalah  altered bowel habit,with bloody stool and tenesemus for 2 months .Tapi dah undergone op and complete chemo. Uncle ni sendiri kata dia ada kanser,which aku suspect colorectal ca..Dah habis history semua dalam 20 minit,buat PE,uncle ada stoma! Chemoport! ..Laparascopy scar! habis PE,aku p susun la ayat2 bagi kemas sikit.Then aku teringat yang aku  tak ambik BP masa tu dan  tak buat PR examination lagi!  Request kat student nursing nak sphygmomanometer ,glove, juga lubricant. Bergegaslah aku buat semua tu..Akhirnya berjaya juga habiskan semuanya dalam masa sejam.Loceng berbunyi sekali lagi menandakan masa sejam dah pun habis.
30 minutes discussion sangatlah mendebarkan ya adik2.Tapi external examiner sangat2 sempoi..Apapun diingatkan jangan kau gelak sekali dengan examiner sebab kadang2 laugh can be deceiving waktu2 macam ni.Tapi nak senyum tu bolehlah.. So,present case dari identification data sampai ke Personal and social history.

Tips penting masa present case :
-Jangan lupa buat systemic review.Don’t u ever forget!
-Jangan tunduk je pandang kertas,sila pandang muka examiner.
-Sediakan a few Ddx although you memang sure ni case colorectal ca.
-Personal and Social history play important role here..make it as details as possible..termasuk depression symptoms,financial,eating habits…

Habis present suruh perform PE..abdominal examination..and describe positive findings je..Masa ni colostomy dengan stoma kena tahu in and out…rupanya uncle ni ada parastomal hernia..I did realize  he got left inguinal hernia but didn’t notice the parastomal hernia..alhamdulillah,im not penalized because of this.because they said its ok, u had show that u try to elicit the findings ..Huwaaaa..

Then,discuss pasal management pulak…All the management,anatomical wise..kalau left hemi kena ligate what artery ,this surgery pulak ligate apa..Masa ni aku rasa nak cium peluk je study groupmate aku,sebab we discuss this topic ! and Yes,I can answer it..Alhamdulillah.. Dukes classification ..ya..all about colorectal ca.Termasuk screening programme sekarang..tidak dilupa colonoscopy procedure conduct macam mana,bowel prep dll..banyak sangat soalan sebab bila aku keluar dari bilik tu aku sedar 45 minit rupanya waktu discussion aku dengan mereka..Huuuu..The perks being the last group for long case.Adoi..

Habis dah long case,sampai bilik kuarantin 2 ..Kawan2 ramai dah makan..sebab masa tu dah pukul 12.45 pm dan first group akan mula short case pukul 1pm.. Aku tak boleh makan sebab..ya tonsillitis masa tu.plus stress..sebab rasa memang tak boleh nak baca apa dah..I just manage to sip Milo and eat some fruits.So..waiting and waiting..second group start pukul 2pm and finally 3 pm..tibalah masa …

Round 1 , Medicine Station 2
Masuk2 bilik ,ada 2 external examiner ,nampak a male patient already in prop up position.cardio ke? Yep,cardio examination.Perform and illicit findings..displaced apex beat,PSM murmur radiated to axilla,accentuated in exhalation,with irregularly irregular pulse (AF) and pedal edema .Alhamdulillah,I think I did well in this station.

Second round : O&G.
I've kneeling for the whole 15 minutes . .hahaha..The external examiner really 'garang' in this round.The patient is middle aged women with mass.Its fibroid..surely fibroid..so,based on findings must justify why I've said it is fibroid not other mass.Then investigations..followed by management..Then,there' question 'if the patient doesn't want any surgical intervention ,no myomectomy ,no hysterectomy,what do you want to do?'
'I'll give medical treatment such as GnRH analogue to her..for 6 months.'
'Why you give it for only 6 months?'
'It have side effects such as osteoporosis' (Ya Allah,thank you for make me remember this😣)
Then,the ring bell...


Third round :Paeds
I've dreaded paeds since year 3. I'm hopeless in this.
There's 11 years old girl sitting on the chair,examine her neck. (Urggh,why neck,why not thalassemia with splenomegaly😭😭😭) I performed neck examination accordingly,but i think I spend too much time on examination rather than discussion. Yep,definitely hyperthyroidism...with proptosis, exophthalmos, tachycardic pulse and thyroid bruit..I think im fumbling a lot ..but I managed to answer most of basic questions...
Finally ,the bells ring and it's over.

To be continued..
Lots of Love,

fatinajwa ,3


Pro Exam 2 (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca setia blog ini.
Hai!

Dah lama aku tak update blog ni ..maafkan aku,seriously busy dengan hidup sebagai seorang medical student.So,this is the post that I write post day 1 of pro exam 2. Aku rasa perlu untuk aku share pengalaman aku ni sebab during my final year,especially masa study week aku banyak scroll blog untuk dapatkan tips pro exam.

Format pro exam aku terbahagi kepada theory dan clinical part.
OBA 100 questions .Split into 2 part which is 50 medical based and 50 more surgical based
PMP ada 2 set ,medical based  and surgical based ,4 PMP each set
OSCE –5 manned and 10 unmanned stations
CLINICAL -1 long case,3 short cases.
#OSCE termasuk dalam clinical part..so please adik2 KUIN score dalam OSCE ni.

So,untuk OBA,PMP dan OSCE semuanya dibuat di main campus kat K.Ketil..memakan masa 1jam setengah ke 2 jam dengan menaiki bas kolej.So, pagi2 tu bas kolej akan ambil kami di KUIN Mergong pukul 6.30 am..Exam start pukul 10 am.So,ada masa dalam 2 jam lagi untuk kau (study,tido,solat dhuha,makan )bila sampai di main campus.

Ceritanya,ditakdirkan Allah SWT aku ditimpa demam siap package tonsillitis lagi sehari sebelum exam OBA bermula..malam tu langsung tak study,terbaring dan tidur sebab tak larat..dan hari OBA exam tu..yang aku ingat ,pagi2 tu aku makan ubat,masuk dalam bas aku tidur,sampai2 je aku tidur,pukul 9.30 am baru aku masuk dewan…and that day..jangan tanya aku apa yang aku jawab..everything was blurry..kepala aku rasa macam nk tercabut masa jawab paper surgical tu..petang tu pergi klinik my temperature was spike up till 39.9 degree Celsius!

Then,dapat ubat ..malam before PMP tu still demam ..tapi tak seteruk hari OBA..seperti biasa aku tidur dalam bas,sampai2 je solat dhuha,baca apa2 pun memang tak masuk time ni..and surprisingly PMP questions memang senang lagi daripada OBA.

Lepas tu ada jarak masa sehari sebelum osce..Time ni la pulun baca benda2 untuk OSCE..yang unmanned osce no choice kau kena jawab juga soalan2 tu..manned osce serius macam short case tapi hands on way. Manned osce ada CBD insertion,Ryles tube insertion,counseling on contraception, suicide risk assessment and patella tap tes/fluid shift test.. Aku rasa tak lah susah mana manned osce ni.tapi sebab gabra ,aku kadang-kadang gagap jugak nak jawab soalan2 tu.

To be continued...

Lots of Love,
fatinajwa ,3


Friday, September 8, 2017

Kata-kata

Assalamualaikum dan hai awak2 semua :)

Lama dah kan tak update blog ni? Almost a year kot.ke dah setahun? Tiba2 rasa nak update sebab someone tanya kenapa tak update blog? Bukan someone la,ramai actually..what to do..laptop aku ada problem then biasalah aku mudah diheret waktu..ceh ayat...hahaha

Kala aku menulis ni ,aku berada di Alor Star..ya masih di sini..meniti perjalanan semester akhir sebagai seorang pelajar perubatan.Sekarang di posting orthopedik.Baru je lepas habiskan PMP cases.Cuaca pulak hujan dan sejuk,kalau dapat kopi o dengan biskut kering ni layan beb..hahaha.sesungguhnya masih lapar selepas bersarapan nasi pagi tadi.aku dan makan tak dapat dipisahkan.hahaha

Bagi yang tertanya-tanya umur aku dah berapa tahun ni,aku dah menginjak 24 tahun bulan 3 yang lalu..pantas je masa berlalu..masa aku pertama kali menjejakkan diri ke bumi utara ni,usiaku baru je 19 tahun..belasan tahun muda remaja lagi.Sekarang ni,mana pergi je orang tanya bila nak kahwin.maaflah makcik2 bawang kerana mengecewakan anda,saya tak kan kawin sekarang,mungkin 2-3 tahun lagi.Hutang banyak nak kena bayar.hahaha

Walau demikian,batchmate aku ada yang dah kawin,ada anak dan bertunang..Aku kagum betul dengan orang yang boleh juggle hidup berkahwin dengan belajar.Tapi obviously that kind of life is not for me :)..

InsyaAllah ,habis bulan November ni,habislah pengajian aku dan aku akan bergelar seorang DR,.doakanlah ya..really need all the prayers right now..Habis dah ,aku tak tahu actually nak taip apa.Skill menulis aku jahanam sejak tak aktif menulis novel or cerpen pendek.Asyik menulis case write up je. T___T..
Jadi,hingga ketemu lagi ya awak2 semua.

Lots of Love ;

Fatinajwa :3

Sunday, May 15, 2016

Mak :)

Assalamualaikum and hi readers!

Selamat Hari Ibu kepada ibuku..Puan Rosita…Sesungguhnya entry ini aku khaskan untuk mak yang jauh di mata pada saat ini..Aku rasa dalam blog ni sahaja banyak juga entry tentang mak aku.Cumanya hari ni bila tengok post di FB,IG dan lain2 tentang ibu..tiba-tiba aku tergerak untuk menulis entry ni sebab satu demi satu kenangan terpancar dalam fikiran aku tadi.

Aku bukanlah kanak-kanak perempuan tipikal yang suka main pondok-pondok ataupun masak-masak.Yep,dengan baju t oversized gambar power rangers,seluar track dan potongan rambut ala-ala helmet,I don’t look like a girl at all.Aku memang nakal dan aku tak tahu macam mana mak aku boleh handle aku,sebab bila aku pikir2 balik aku pun tak sanggup nak handle kalau anak2 aku nanti perangai macam aku masa kecik.Harapan aku moga2 anak2 aku nanti baik2 semuanya.Hahahaha.

Jadual aku masa kanak-kanak adalah bermain,makan,tido dannnn belajar (oh silap,diajar sebenarnya).Mak aku bertanggungjawab mengajar aku ABC,123,bahasa jawi,jurus2 matematik asas, dan juga mengaji al-Quran.Seriously speaking,aku memang di didik dengan rotan.Mak aku garang! Hahaha.

Tapi,I cant blame her.Aku digolongkan sebagai anak kecil yang nakal.Curi ayam atas para,bermain lumpur di lopak lepas hujan,balas dendam koyakkan baju sebab tak dapat pergi kedai dan lain-lain.Mak mana yang tak naik darah?.But I’m always adore her.

Masa aku umur 4 tahun,aku dihantar ke tadika KEMAS (masa ni KEMAS still pakai baju kotak2 merah).Mak mandikan aku,pakaikan baju gaun (betapa aku tak suka pakai gaun masa tu),sandangkan beg sailormoon ungu kat belakang aku dan hantar aku pergi ke tadika naik motor.Mula2 aku excited nak pergi sekolah,lepas tu aku takut dan nak ikut mak aku balik rumah.The,mak aku hidup2 tipu aku nak pergi beli aiskrim kejap lagi mak datang balik.Hahahaha.To my surprise,balik2 sekolah je betul mak belikan aiskrim.Aku lupa nama aiskrim tu.Tapi aku still ingat rasa dia.

Pernah la jugak aku pergi ikut kawan2 sepermainan melastik sarang penyengat.Lepas tu,aku kena gigit secara berjemaah dengan penyengat2.Balik2 rumah aku dimandikan mak sambil dicubit juga dileteri.Hahaha.Mak dah kata dah jangan keluar tadi kan.kan dah kena.Aku still ingat scene tu,sebab mata aku bengkak,muka aku bengkak2 dan aku tak berhenti menangis, lepas tu mak bagi susu then pujuk aku balik…

Paling aku ingat masa aku sakit..mak selalu ada di samping aku.Sebab,aku kalau sakit memang mengada2.Aku tak suka makan ubat,tak suka makan,dan kuat merengek/menangis.Kau tahu tak,bila tangan mak sapu je ubun2 kau,kau akan rasa semacam air sejuk mengalir kat ubun2 kau…Nikmat Allah bagi bidadari dunia untuk aku..dan kawan2 yang mempunyai ibu...:)

Aku ada tabiat pelik dari dulu..setiap hari aku akan belek muka,tangan,kaki dan rambut mak aku.Lagi2 bila berjauhan dengan mak aku,asal balik je aktiviti wajib aku belek rambut,kaki dan tangan.Baru2 ni aku belek rambut mak aku..aku Nampak beberapa helai uban..tiba2 je aku menangis,bergenang air mata.Sebabnya,aku takut kalau mak aku pergi tinggalkan aku…She never thought me how to live without her..

Aku harap aku boleh jaga mak aku macam mana dia jaga aku.Walaupun tak mungkin aku dapat menandingi kasih sayang seorang ibu…


Lots Of Love,
Fatinajwa :3


Saturday, January 23, 2016

Saat ini...

Assalamualaikum...

Pernah tak kadang- kadang kau rasa hati kau dipalu-palu sakit sebab rindu? Rindu pada zaman lalu,rindu dengan diri kau yang dulu,rindu pada seseorang..Tapi saat ini aku sangat-sangat rindukan mak dan ayah aku yang berada jauh di Melaka.

Pagi tadi aku menelefon mak aku,jelas kedengaran suaranya yang sengau akibat selsema dan sesekali disulami batuk2..Tahu tak bila kau merindukan mereka,dan  kau terdengar suara mereka yang tak berapa sihat..hati kau bagi direntap dan ditarik-tarik mahu segera berjumpa mereka?

Kedah-Melaka tidaklah jauh.Tapi untuk aku yang bergelar pelajar perubatan ni,tambang bas pergi-balik bernilai RM 120 dan cuti weekend yang sekadar beberapa hari beserta lambakan quiz,assignment,dan case write up membatasi keadaan aku untuk berlari pulang menemui mereka.

Mak ayah aku pernah berkata,bila dia menghantar anaknya menuntut ilmu dalam bidang perubatan ni..dia telah ‘mewakafkan’ anaknya untuk ummah dan jalan Allah.Anaknya,untuk masyarakat.Mereka redha.

Maafkan anakmu kerana tidak seperti anak-anak orang lain yang selalu pulang melawat ibu bapa...

Kerana doa-doa dan sokongan mereka aku di sini…

Sungguh aku rindu…

Lots of Love:
Fatinajwa :3





Thursday, January 14, 2016

IT’S BEEN A YEAR (3rd year) PART 2

Assalamualaikum dan hai pembaca2 sekalian!
Hampir 3 minggu jugaklah aku tinggalkan blog ni.Dah dua minggu jugak aku berada dalam posting Ortho,tahun 4.so far,everything is good and under control.Ok,sambung balik cerita tentang 3rd year ,kali ni di Medical posting.

Dalam medical posting ni,seriously basics kau tentang physiology haruslah teguh,seteguh konkrit yang membina bangunan.Berbanding di Surgical dep,semuanya jenis straight to the point,tapi dalam Medical posting ni,everything berselirat dan kau kena pandai connect the dot between maklumat2 yg diberikan semasa history taking dan juga physical examination (PE).

Disebabkan itu,masa minggu2 awal posting medical,aku struggling juga dalam history taking.kau kena master the art of history taking.Ha,macam gitulah.Untuk PE,Cardiovascular examination tricky jugak masa tu utk aku.Tapi overcome tricky2 part tu dengan banyak berlatih on patient.PE yg lain2 seperti Respi,GIT,dan lain2 agak ok pd aku.

Subjek2 yg menjadi bread n butter dalam posting ni haruslah,diabetes dan darah tinggi.Heh,benda 2 beradik ni,sila study and ukir kemas2 dalam otak.Sebab 2 penyakit ni akan come along with other diseases.

Sebenarnya tak banyak yg aku nak cerita masa Medical ni,sebab pada aku there's too much to learn,to wide to explore and too little time to understand.Aku lulus jugak dalam posting ni,cuma kes yang aku dapat masa end posting exam tough jugak,chronic case,DM + HPT + u/l IHD with ARF.Macam resepi utk membunuh aku jugak lah time exam tu.Dapat examiner yang memang tak pernah mengajar aku.First time aku lepas exam,terduduk and menangis depan patient.

Alhamdulillah,walaupun begitu aku telah menghabiskan dengan jayanya 2 posting tersebut.
lagi 2 posting di Kulim,O&G da Paeds,aku pilih untuk tidak menceritakan dalam blog ni.Biarlah cerita2 tu menjadi simpanan aku.Jujur aku katakan,di Kulim,aku lebih banyak belajar berhadapan dengan karenah manusia yg pelbagai.Tapi pada adik2 junior yg nak tahu,bolehlah pm aku di fb atau emelkan soalan di fatinajwa93@gmail.com.

Lots of Love,
fatinajwa :3




Saturday, December 26, 2015

IT’S BEEN A YEAR (3rd year) PART 1



    Assalamualaikum dan hai pembaca yang tegar membaca blog yang telah sekian lama aku tinggalkn.kah! setahun kot hilang~Oh ya,sebelum tu aku minta maaf kalau penulisan aku messy and bercampur baur,sebab aku dah lama tak menulis,-tak kira case write up kay,tu lain!)

Sebenarnya aku sekarang ni dah habis 3rd year dan bakal melangkah ke 4th year tahun depan.yep.4th year.Aku tak nak mengulas panjang tentang 4th year aku,Cuma nak cerita secara ringkasnya tentang posting2 aku selama berada dalam 3rd year.Aku cuba tak menjadi emosional dalam penulisan aku kali ni,tapi kalau ter ‘emo’ please jangan kecam aku.heh~

Sebelum 3rd year bermula,kami semua seramai 26 orang diberi pilihan untuk memilih sama ada untuk start posting di SP atau Kulim.Posting di SP adalah Surgical & Internal Medicine dan posting di Kulim adalah Paeds & O&G.Aku memilih berdasarkan posting yang aku rasa susah dulu,hidup aku berprinsip berakit2 ke hulu,berenang2 ketepian,susah2 dulu,senang2 kemudian,padahal tak ada kena mengena pon susah ke, senang ke,rakit ke,berenang ke,hahaha.bajet macam paeds dan o&g tak susahlah? Apa punya pikiran la aku masa tu.Daif + naïve gila! By the way,benda dah lepas usah dikenang,setelah meletakkan diri aku di SP,ditakdirkan aku memulakan 3rd year dengan Surgical Dep bersama2 5 orang groupmates..Seronok gila! Heh~ (di ingatkan kpd pembaca perasaan dan description aku masa ni berdasarkan apa yg aku rasa masa tu ye,bukan sekarang).

Surgical posting:
Ehem,kat sini seriously masa berlalu sangat lah pantasnya.Masa ni aku sangatlah rasa lack sebab yelah aku bukan ada senior,first batch.berguru dengan buku2,youtube,and lecturer foreigner yang tak tahu pun system di Malaysia camana.At first,aku try la nak master history taking dan physical examination..which is basic.Tak dapat grab benda2 ni,memang kau gali kubur sendiri la jawabnya.Dalam posting ni,kau akan bermain2 dengan ketulan2 yang signifikan di tempat2 tertentu,kanser2 yang memerlukan pembedahan(breast ca,testicular ca,hcc dll),juga berbagai2 sakit di dalam perut sama ada batu,ketumbuhan, dll.heh,hardcore jugaklah.dah nama pon posting surgical kan? Mestilah ada masa aku dan rakan2 masuk ke dalam OT,bajet masa tu macam surgeon la bila first time pakai scrub (kena tanya what is anatomical boundaries of breast  and its nerve supply dengan pakar) hah,nganga kau~tips before masuk OT,make sure la,kita ni baca and prepare knowledge for that particular surgery,dah tahu nak wat op mastectomy,bacalah tentang breast anatomy,phsio segala mak nenek tu.jadual op boleh tengok je dekat ward a day before op.Then,ward work.Ini semua depend on log book nak apa dan kerajinan korang menempek di ward.Benda paling aku suka sangat tengok dan buat wound dressing! Lagi2 kalau ada carbuncle,dia punya nikmat tu lain macam masa buat dressing.kah3! And masa exam,aku dapat case acute appendicitis and abdominal mass,aku tak nak ulas lanjut pasal exam aku.nak tahu korang boleh pm fb aku.hahaha.yang pastinya aku lulus la.Overall,pada aku posting surgery ni kau senang nak grab,sebab dia simple.Straight to the point and tak da belok2.Tips ekstra,tolong jangan jadi macam aku yg introvert tak bertempat,sebab masa clinical year ni kau kena kepochi untuk benefit diri kau jugak nanti.Tapi dah memang dasar aku yang tak pandai membodek so everything aku kena struggle la…haish..membodek orang bukan aku punya strongest point.

(bersambung…part 2)
Lots of Love

Fatinajwa <3 o:p="">