Assalamualaikum and hi readers!
Selamat Hari Ibu kepada ibuku..Puan
Rosita…Sesungguhnya entry ini aku khaskan untuk mak yang jauh di mata pada saat
ini..Aku rasa dalam blog ni sahaja banyak juga entry tentang mak aku.Cumanya
hari ni bila tengok post di FB,IG dan lain2 tentang ibu..tiba-tiba aku tergerak
untuk menulis entry ni sebab satu demi satu kenangan terpancar dalam fikiran
aku tadi.
Aku bukanlah kanak-kanak perempuan
tipikal yang suka main pondok-pondok ataupun masak-masak.Yep,dengan baju t
oversized gambar power rangers,seluar track dan potongan rambut ala-ala
helmet,I don’t look like a girl at all.Aku memang nakal dan aku tak tahu macam
mana mak aku boleh handle aku,sebab bila aku pikir2 balik aku pun tak sanggup
nak handle kalau anak2 aku nanti perangai macam aku masa kecik.Harapan aku moga2 anak2 aku nanti baik2 semuanya.Hahahaha.
Jadual aku masa kanak-kanak adalah
bermain,makan,tido dannnn belajar (oh silap,diajar sebenarnya).Mak aku
bertanggungjawab mengajar aku ABC,123,bahasa jawi,jurus2 matematik asas, dan
juga mengaji al-Quran.Seriously speaking,aku memang di didik dengan rotan.Mak
aku garang! Hahaha.
Tapi,I cant blame her.Aku
digolongkan sebagai anak kecil yang nakal.Curi ayam atas para,bermain lumpur di
lopak lepas hujan,balas dendam koyakkan baju sebab tak dapat pergi kedai dan
lain-lain.Mak mana yang tak naik darah?.But I’m always adore her.
Masa aku umur 4 tahun,aku dihantar
ke tadika KEMAS (masa ni KEMAS still pakai baju kotak2 merah).Mak mandikan
aku,pakaikan baju gaun (betapa aku tak suka pakai gaun masa tu),sandangkan beg
sailormoon ungu kat belakang aku dan hantar aku pergi ke tadika naik
motor.Mula2 aku excited nak pergi sekolah,lepas tu aku takut dan nak ikut mak
aku balik rumah.The,mak aku hidup2 tipu aku nak pergi beli aiskrim kejap lagi
mak datang balik.Hahahaha.To my surprise,balik2 sekolah je betul mak belikan
aiskrim.Aku lupa nama aiskrim tu.Tapi aku still ingat rasa dia.
Pernah la jugak aku pergi ikut
kawan2 sepermainan melastik sarang penyengat.Lepas tu,aku kena gigit secara
berjemaah dengan penyengat2.Balik2 rumah aku dimandikan mak sambil
dicubit juga dileteri.Hahaha.Mak dah kata dah jangan keluar tadi kan.kan dah kena.Aku still
ingat scene tu,sebab mata aku bengkak,muka aku bengkak2 dan aku tak berhenti
menangis, lepas tu mak bagi susu then pujuk aku balik…
Paling aku ingat masa aku sakit..mak
selalu ada di samping aku.Sebab,aku kalau sakit memang mengada2.Aku tak suka
makan ubat,tak suka makan,dan kuat merengek/menangis.Kau tahu tak,bila tangan
mak sapu je ubun2 kau,kau akan rasa semacam air sejuk mengalir kat ubun2 kau…Nikmat Allah bagi bidadari dunia untuk aku..dan kawan2 yang mempunyai ibu...:)
Aku ada tabiat pelik dari
dulu..setiap hari aku akan belek muka,tangan,kaki dan rambut mak aku.Lagi2 bila
berjauhan dengan mak aku,asal balik je aktiviti wajib aku belek rambut,kaki dan tangan.Baru2 ni aku belek rambut mak aku..aku Nampak beberapa helai uban..tiba2
je aku menangis,bergenang air mata.Sebabnya,aku takut kalau mak aku pergi
tinggalkan aku…She never thought me how to live without her..
Aku harap aku boleh jaga mak aku
macam mana dia jaga aku.Walaupun tak mungkin aku dapat menandingi kasih sayang seorang
ibu…
Lots Of Love,
Fatinajwa :3