Salaymualaykum and hye readers!
Muzik latar ketika entry ini ditulis~
-fullhouse OST-Why- Venue:Bilik No 2,sambil minum2
air Kacip Fatimah~=,=’malas betul nak buat susu~
LANGIT STARGATE |
Perkara yang paling senang berubah adalah hati
manusia.Tiba2 je quote,ehehe..Sebenarnya,aku dah fed up hadap buku Pak Cik
Netter,dan anatomy..So untuk mengelakkan burn out dalam kepala aku ni,aku
decide nak tulis entry merapu2 dalam blog ini.
2 minggu sejak berumur 20 tahun ni,bukan tempoh
yang mudah buat aku~sakit memanjang,adakah simptom2 penuaan?..dan baru2 ni aku
tak dapat berjalan dengan betul pun,gara2 popliteal fossa yang dijangkiti
virus~dan dah 2 kali jugak dalam tempoh 2 minggu aku berulang alik ke
klinik.Sesungguhnya,hal ini amat mencabar ketahanan,iman,emosi,fizikal dan
dompet aku!..Kenapa aku merungut?..No,tu bukan point aku kat sini.
Sepanjang aku sakit,aku amat berbangga pada jasad
yang dipinjamkan Allah ini yang masih setia melangkah ke kelas dengan
terdengkot2,tanpa jemu dan gagal(walaupun selalu jugak tertidur)..dan bakal mengharungi
practical exam hari ni..(thanks to Dr Sarah and Dr Dante for their
concern)...The Reasons?
Kenapa aku kuat melangkah ke kelas?..walaupun
markah minitest aku ke laut~walaupun sakit je memanjang,walaupun selalu tertido
dalam kelas,walaupun kadang2 malas bangun tidur?..This is the reasons:
1-Aku sedar aku ni siapa,niat aku ke sini kerana
apa,dan apa yang aku korbankan untuk berada di sini..dan itu semua,memang mahal
harganya nak ditukarkan dengan sehari dua cuti.
2.Aku percaya,setiap langkah aku ke kelas Allah
dah janjikan pahala...sebab aku adalah antara umat2 Rasulullah SAW yang sedang
berjihad menuntut ilmu...dan memang aku sedang mengumpul pahala..aku hamba Alah
yang banyak dosa..
3.Aku dikelilingi oleh ramai orang2 yang
prihatin..Allah je tahu,betapa aku rasa bersyukur dengan kehadiran mereka2 di
sini..kawan2,lecturer2..yang sentiasa memimpin aku kalau aku terjatuh...
4.Ini ujian buat aku..makin Allah sayang
hambanya..makin banyak ujian yang diberikan untuk menguji iman hambanya..aku
selalu lekatkan reminder ni dalam hati dan otak aku..
5.Bila aku dah pilih sesuatu jalan..aku akan
habiskan sehabis baik..dan biasanya..jalan yang aku pilih memang akan penuh
dengan cabaran...dan memang aku akan siapkan diri aku untuk menghadapi semua
ni.
6.Doa mak ayah..sebab mereka..aku di sini..dan aku
tak akan sia-siakan harapan dyeorang..dyeorang hantar aku kat sini bukan nak
tengok aku terbongkang je atas katil kan?..Aku tak mampu lagi nak bagi
sumbangan apa2 kat mak ayah aku..at least ini yang aku boleh buat...
Lots Of Love,
Dr-to-be
fatinajwa:3